Showing posts with label apa - apa. Show all posts
Showing posts with label apa - apa. Show all posts

Mar 28, 2012

kampung Changkat gohor

Siapa yang tidak kenal dengan Pak Mat Sapi. Orangnya garang umpama singa. Misai meleding jambul didepan. Pantang tersilap cakap buruk padahnya. Tiap hari ada saja mangsa maki hamunnya. Hari ni giliran Kamal unta pula dimaki hamun. Habis sumpah seranah herdik keji yang Kamal unta terima. Apa hendak dikatakan. Telan ajelah..hendak cakap banyak pun tak berguna.

Orang-orang kampung diwarung Pak Man lembu hanya mampu melihat dan menggeleng-geleng kan kepala. “apelah si Sapi tua bodoh ni…marah orang je kerjanya” keluh Jalak lenteng “tiap-tiap hari ada saja orang yang dia nak maki…memang kerja dia agaknya…cukup bulan claim gaji. Ni agaknya dia tengah buat OT lah ni” sambungnya lagi

“Dua malam lepas…aku kena maki hamun dengan dia…hish..tak puas hati aku” keras suara Jalak lenteng sambil mengepal-ngepal penumbuk ke tangan.

“Ala kamu tu Jalak…bukan aku tak tau..ngendap Jenab anak dara si Mat tu. Mananya tak mengaruk si Mat tu…” Pak Man lembu menyampuk “ Aku ngendap Jenab ..bukannya dia..apahal dia nak marah pulak..macamlah luak sangat badan si Jenab tu. Aku tengok sikit-sikit aje.”

Kelentang…!!! Kepala Jalak lenteng kena hempuk “kamu ni cakap macam orang tak sekolah. Bodoh…” sindir Pak Man lembu. “kau beragak sikit Man..aku ni bukan bodoh..kurang cerdik je..baca pandai tau...kalau jawilah..”

Sedang asyik bertekak Kamal unta tiba-tiba sampai diwarung dengan wajah muncung segalah. Dihentak-hentak kaki ke lantai. Berwap-wap debu naik ke udara. “hei..warung aku ni bukan panper nak hentak-hentak kaki. Kot ye pun marah beragak sikit. Aku grip jugak kepala kau nanti” marah Pak Man lembu. “Ala Man…aku tengah marah ni..paham-pahamlah. Tak sensitif betullah kau ni..sharing is caring tau”

Jalak lenteng menarik kerusi duduk disebelah Kamal Unta. “eh..kenapa sapi tua tu marah kat kau?” dia bertanya ingin tahu. Kamal Unta diam seketika. Tangannya mengurut-urut dagu “hmm..malam semalam aku jumpa si Jenab tu. Aku pegang tangan dia. Itu yang si Sapi tua nyanyuk tak sadar dek untung tu marah”

“huih…berani kau pegang tangan si Jenab tu…cari maut ke. Nasib baik Mat tu tak kejar kau dengan parang.” Getus Pak Man lembu. “heleh heleh…touch-touch sikit je pon…itupun dia nak kesah, bukannya aku pegang tangan dia. Ndak pulak aku pegang tangan dia haha” “kamu pun satu Kamal..yang pergi cari penyakit tu buat apa..kan dah terima padahnya. Aku taulah Si Jenab tu lawa. Badannya gebu kulitnya mulus senyumnya tulus”

“wah..wah.. baik kau punya perumpamaan ni Man. Macam dah ada hati jugak ni…” Kamal Unta mengangkat-angkat kening “kalau mahu katakan mahu..senang kita nak berbahasa basi”

“errr..sebenarnya adalah jugak” Jawab Pak Man lembu perlahan. Kamal Unta dan Jalak Lenteng ketawa berdekah-dekah mendengar pengakuan Pak Man Lembu. Tak sangka orang tua ni pun ada hati hendakkan anak dara pujaan kampung.

“sudah-sudahlah gelakkan aku tu..kang aku double kan hutang korang baru tau”

“haha..ok..ok..aku kelakar je. Tak sangka kau pun ada hati dengan Jenab tu. Tak sedarkan tua” tempelak Jalak. “hello…tua-tua aku pun steady lagi tau. Ada kerjaya di warung. Kereta datsun motor lambretta. Kau apa ada. Duduk melepak je” “eh..eh..kami ni warga kampung yang prihatin. Kalau bukan kami yang memajukan warung ni siapa lagi.” Tingkah Kamal. “ala start dari aku bukak warung ni sampai sudah hutang tak pernah tolak. Asyik tambah je. Date payment pun dah overdue, ape cte lu bai”

“ahh sudah…tak payah nak bertekak. Malam ni aku ada plan baik punya. Nak join tak?”

………………………………………………………………………………………………………………………………………

Pukul 2 pagi. Penduduk kampung sudah lama lena dibuai mimpi. Dingin malam membuatkan Jalak lenteng, Pak Man lembu dan kamal unta menggigil kesejukkan. Angin bertiup kencang, pokok-pokok kelapa di laman rumah Pak Mat sapi bergoyang kuat.

“eh..eh over pulak pokok nyor ni..taulah tengah berangin, goyang lebih pulak dia.” Jalak lenteng bersuara perlahan rasa terganggu dengan bunyi pokok kelapa bergoyang ditiup angin. Kamal menepuk bahu Jalak lenteng “shh..diamlah. Lantaklah pokok tu nak jadi apa pun. Yang kau kisah sangat nak buat apa.”

“ahh..konsentrasi aku terganggu….”

“shhh…dah jom kita cari bilik Jenab” Pak Man lembu bergerak perlahan. Mereka bertiga bercadang untuk menculik Jenab. Lama sudah mereka geram melihat Jenab, gadis kampung pujaan ramai. Badannya gebu. Senyumannya mengukir lesung pipit di pipi. Kulit yang putih menambahkan lagi seri pada wajah. Sesiapa sahaja akan tergoda tatkala melihat wajah anak dara Pak Mat Sapi itu. Inilah yang merisaukan hati Pak Mat Sapi sekeluarga. Mereka sedar Jenab memang ‘hot’ lagi ‘ngetop’ leleh…..

Berbekalkan hati yang waja dan akal yang singkat mereka pun bergerak perlahan menuju ke bilik Jenab. Jalak lenteng yakin itulah bilik Jenab, sudah lama dia perhatikan gerak geri mereka sekeluarga. Boleh kata tiap-tiap malam dia akan datang mengintip melepaskan hajat hati menatap wajah Jenab gadis pujaan.

Serang……!!!!! Mereka terkejut beruk mendengar jeritan itu. Dalam masa beberapa minit sahaja mereka telah dikepung oleh penduduk kampung. Halamak…tertangkap lah pulak. Apa lagi menggigil ayam lah mereka. Dari jauh Pak Mat sapi datang membawa raket badminton. Kelihatan Mak Jah kambing isteri Pak Mat Sapi menjengah-jengah dari beranda rumah.

“err…assalammualaikum Mat..apa khabar? Nak main badminton ke hehe” terketar-ketar Jalak lenteng menegur. Pak Mat Sapi mendiamkan diri. Tangannya memintal-mintal misai. Raket yonex besi carbon dihayun-hayun ke udara. “kamu jangan nak berseloroh dengan aku ye. Raket ni bukan sebarang raket. Ada tandatangan Lee chong wei kamu tau. Malam ini aku nak kamu bertiga rasa kekuatan hayunan smash aku. Berani kamu nak membuat onar dengan anak dara aku ye..ciss…ini keturunan pahlawan Melaka tau. Pantang maruah tercabar.”

“sabar..Mat..sabar….kami bukan nak buat apa…nak culik Jenab aje hehe…jangan lah marah”

kelepap!!!!...aduh aduh… jerit Jalak lenteng, kamal unta dan Pak man lembu kena hempuk kepalanya dengan raket badminton keluaran yonex tandatangan Lee chong wei kebanggaan Pak Mat sapi itu. Penduduk kampung bersorak kegirangan melihat mereka menjerit- jerit kesakitan.

“kurang ajar kamu. Berani nak menculik Jenab ye. Malam ni nahaslah kamu. Yearghh..kill kill die die…” habislah, Pak Mat sapi dah naik sheikh. Jenab dan Mak Jah kambing hanya memerhati dari beranda rumah. “kekandaku..pukul lagi kuat… I sapot u…yeahhh….” Jerit Mak Jah kambing sambil melompat-lompat ala-ala pom pom girl. “yearghh..papa rock……” Jerit Jenab juga sambil menunjukkan ibu jari menandakan bagus seyhh.

………………………………………………………………………………………………………………………………………

Pagi itu Pak Man lembu, Jalak lenteng dan Kamal unta diusir oleh penduduk kampung. Kepalang sedihnya hati mereka bertiga. Dan yang paling sedih sekali adalah Pak Man lembu kerana ramai penduduk kampung masih belum melunaskan hutang diwarung. Sebelum meninggalkan kampung Pak Man lembu berpesan

“kamu semua jangan gembira sangat. List nama orang berhutang ada dengan aku. Nanti aku balik aku claim dengan bunga sekali… aku pun masih ada hutang lagi dengan koperasi…jangan lari dari hutang…tungguuuuuuu…” Penduduk kampung yang begitu asyik bersorak tadi diam tiba-tiba. Masing-masing mengeluh, ingatkan tak perlu bayar hutang. Kena jugak rupanya.

Namun, nasi sudah menjadi bubur. Hendak menyesal pun tidak berguna lagi. Melangkahlah mereka bertiga keluar dari kampung itu bersama perasaan malu dan penyesalan yang tidak terhingga. Itulah akibatnya kalau nafsu mengatasi akal yang waras. Mulai dari hari itu aman damai lah kampung Changkat gohor, Jenab pula sudah dijodohkan dengan jejaka pilihan hati. Legalah hati Pak Mat sapi dan Mak Jah kambing setelah selamat anak dara mereka diijab Kabul kan.

Mar 10, 2012

ooppsss...

Apakah kau rasa hidup mu sudah cukup sempurna untuk meludah ke muka orang. Baru sebait dua baris ayat yang kau hafalkan mulut mu sudah bernyanyi diruangan opera. Matamu memandang seolah sedang memerhati pengemis tua kurap bertaraf anjing jalanan meminta-minta pada raja-raja yang angkuh lagi bongkak sedang Tuhan memandang jijik pada mereka. Hari-hari dalam hidupmu penuh dengan angan-angan mat jenin, memimpikan yang indah-indah seolah dunia ini sudah menyediakan segalanya untuk golongan putra-putri …dewa-dewi sepertimu.

Kau rasakan diri kau penuh dengan kewangian disebalik tabir pakaian yang luas umpama layar panggung..membuatkan kau memandang mereka yang berbalut perca seperti ahli neraka yang kotor umpama babi menyondol mencari cacing. Kau merasakan balutan kepala kau yang besar menutup gunung lebih mulia dari juraian halus ke bahu. Sumbing bibir kau melihat mereka, jelingan kau seperti kucing hutan mengancam mangsa. Lidah kau tidak bertulang mengetus caci maki dalam syarah yang kau taklidkan nasihat.

Tinggi dada kamu bersama golongan wali-wali dunia berbalut serban bertutup jubah. Saat itu senyum kamu manis umpama bidadari. Cuba meraih perhatian wali-wali yang jelas wanginya tau mana kaca mana permata. Sebaliknya kamu mengata mereka yang berperangai sedemikian pada sebalik wali-wali seperti pelacur-pelacur nista menjual tubuh. Bila senyum diukir pada wajah mereka kamu katakan tiada maruah, gedik mengada sedang kamu bertindak tidak ubah seperti….selayaknya….kamu seperti….juga.

perlukah aku nasihat kamu

kalau kamu makan tahi

Adakah bahasaku kasar

Kalau lidahmu nanah membusuk

Jangan ajar aku alif ba ta

Jangan ajar aku ya tidak

kalau kencing kamu berdiri

kalau berak kamu terabur

aku ada ruanganku

aku faham hidupku..aku punya ilmu

jangan ilmumu dipaksakan padaku

kalau aku anjing jangan jadikan aku babi

ooppsss...

Feb 15, 2012

testing-testing

Siapakah manusia untuk apekah masa?

Sigghhhh….semester baru bermula….bersama semangat yang dah tinggal sisa-sisa. Hari pertama menjejakkan kaki ke kuliyyah. Perasaan malas membuak-buak dalam diri. Jasad bergerak tanpa roh. Mata melilau mencari kawan-kawan kalau-kalau terserempak. Boleh jugak bertanya khabar.

“hmmm..mana budak-budak ni..selalunya ada je menyemak kat sini”

Malangnya puas berpusing kesana-sini yang ada hanyalah wajah-wajah baru yang tidak selalu kelihatan di kuliyyah. “budak-budak baru agaknya…freshieeeeeee” kemanalah agaknya muka-muka ‘pelajar tua’ kat sini. Ahhh…lantaklah. kelas pun dah nak mula. Langkah diteruskan ke tingkat dua.

Siapakah manusia untuk apekah masa?

Dari tingkat dua. Mata melihat-lihat lagi, kalau-kalau ada yang kenal. Hmmm…masih tiada. Haish…dah lama sangat ke aku kat sini. Sambil melihat-lihat mata terpandang seorang pelajar baru. Hamboihh….bek punye pakai…..baju kemeja…. siap masuk dalam lagi. Kasut kulit, pen kat dalam poket….beg kat belakang…yang paling best..gantung matric card kat leher. Muka nak ketat jalan nak segak..perrghh..macam aaron aziz...Hahaha… tengok muka masing-masing macam tak bersalah je...suci bersih ekeke... Memancar-mancar semangat nak belajar Hahaha..gud luck lah ye dik…jangan berhenti separuh jalan sudah….akak dengan abg2 ni dah sipi-sipi semangatnya…kui3

Siapakah manusia untuk apekah masa?

Kawan-kawan agaknya ramai yang dah grad. Banyak sangat benda yang berlaku, sampai tak ada masa nak Tanya khabar. Alih-alih dah tak ada pun kat sini. Seorang demi seorang dah tak nampak batang hidung. Diri sendiri je masih terkontang kanting kat sini. Itu baru yang kat kuliyyah ni. Kalau kuliyyah dulu. Lama dah ‘berambus’ nya. Hmmm…masuk matrik sama2…diorang dah habis aku je tak habis-habis lagi…dunia2…apakan daya…nak katakan dugaan ..ye juga…tapi lumrah manusia biasa…ada jugak ungkit-ungkit kadang-kadang tu….hmmm….biarlah…

Siapakah manusia untuk apekah masa?

What can I say…it feels good to be part of your life either we'll meet again or not. To be able to help…to share…to work together….to laugh with…to think it again and again…. The feeling is just awesome. One day I might say to my new friend that I have a friend like you and maybe I could make a story about you…nobody knows. Just thanks a lot for the symphonies of memories…that is the melody of a story…for my life… thanks for being part of me…even for a while.

Last word… For those yang dah habis, gud luck for your new life…new challenge…hope you can do better…and for those yang masih ada satu atau dua semester lagi….gud luck for the rest of the semester…never give up…burn up the spirit….May Allah bless us.

Jun 15, 2011

SELOKA ENAM BELAS


Alkisah…taiiibbb…nak dijadikan cerita…di sebuah kampung terdapatlah seorang nenek tua yang sudah lah tersangat tua. Tuanya tu sampai anak sendiri pun tak kenal. Nenek tua ini di panggil Nek Midah. Oleh kerana usia nya yang semakin lanjut, tahap kesihatan mahupun kewarasan semakinlah berkurangan. Anak-anak yang enam belas orang semua nya sekor batang hidung pun tak nampak, masing-masing cuba mengelak dari menjaga Nek Midah. Maka tingallah Nek Midah seorang diri di pondok buruknya. Taaiiibbb….

Pada suatu hari, Nek Midah jatuh dalam bilik mandi…kepoomm..lebih kurang begitu lah bunyi jatuhnya itu. Sudahlah tua, jatuh pula ke lantai bilik mandi yang licin..memang kompem sakitlah kan…sampai terjelir – jelir lidahlah Nek Midah meng adoikan sakitnya itu… “adoi..adoi…”

Kebetulan ada jiran terdengar lolongan Nek Midah yang tidak ubah seperti baby arnab tercekik carrot, terus membawa dia ke hospital.

Selang sehari, berkumpulah enam belas adik beradik di hospital melawat Nek Midah, masing-masing datang dengan seribu satu alasan…agar terlepas dari tanggungjawab menjaga Nek Midah. Adalah sorang hamba Allah dalam kalangan enam belas orang ini mencadangkan agar orang yang menjaga Nek Midah ini dibayar…untuk menampung makan minum dan kos perubatan.

“kalau nak saya jaga..bagilah upah dengan duit makan mak”

Seorang hamba Allah bersuara. Lima belas yang lain terdiam. Masing-masing memandang siling hospital, agaknya ada Angelina jolie kat situ, bukan main merenung ke atas.

Ada ke patut, nak jaga mak kandung sendiri pun berkira-kira. Kalau anak tunggal bolehlah nak consider lagi ada masalah nak uruskan mak dalam keadaan begitu, ini enam belas orang. Gilir-gilirlah jaga. Siap nak mintak bayaran lagi tu. Dulu mak tu lahirkan, besar…sekolah..cuci berak sume enam belas orang tu..oraiit je. ..tak ada pulak nak bising lebey.

Sedang enam belas anak begitu asyik merenung siling, enam belas menantu masing-masing gelisah tidak keruan, bimbang kalau-kalau disuruh menjaga Nek Midah. Siap menjeling menjeling ku bertentang lagi.

Alahai…kerana seorang..enam belas yang lain bermasam muka. Kesian Nek Midah. Bawak-bawaklah berfikir panjang. Memanglah masalah hendak menjaga ibu dalam keadaan yang kurang sebegitu. Tapi, fikirlah…dia dah tua. Dulu penat dah menjaga anak-anak yang enam belas tu. Macam-macam perangai ada. Yang kencing malam lah, demamlah, ponteng sekolah lah..apelah… cubalah balas sikit jasa tu. Memanglah mudah bagai dikata, tapi susah hendak dibuat. Tapi ibu tetaplah ibu..bawak-bawaklah berbincang. ..taiiibbbb….

Feb 16, 2011

skrip soso

kecik molek bertudung oren, ustazah sekolah merangkap warden untuk aspuri sekolah lama aku dulu. Aku panggil dia ummi. Dia seperti ibu aku sendiri. Aku menghormatinya. Dia sentiasa tenang dalam apa jua keadaan . lembut suaranya. Aku berasa senang berbual dengannnya. banyak jugak nasihat yang aku dapat dari ummi. bernas-bernas umpama beras bernas. Selamat menyambut maulidul rasul ummi.



Sebelah kanan berbaju kuning ni pulak, cikgu kimia aku dulu merangkap warden untuk aspura. Orang nya sempoi je. kadang-kadang kalau melawak dengan aku, rasa macam nak kurang ajar je dengan dia..nasib boleh bersabar lagi hehe...maklumlah aku muda abi pun muda...kaw team lah...isteri abi ..fuh..wanita melayu terakhir, ketar lutut beb... Kali terakhir aku kuar pada sekolah tu baru sorang je anak. Sekarang ni dah ada 3 orang. hamboi...cepatnye..tak menyemoat yek..tapi...macam tersama pulak dengan adik beradik aku, 3 lelaki. Boleh wat team perang ni abi..hehe... abi ni kalau marah macam tak berapa nak jadi. Muka die bukan spesis marah punya orang. Yang paling penting segala ilmu perli memerli orang aku belajar pada dialah. memang terer bab perli orang, dengan aku sekali dia perli. cess.. ummi dengan abi rapat dengan family aku. Adalah sebab kenapa.

Gambar menari sebelah ni, Sambutan hari guru masa aku tingkatan 5, Selalunya, tiap-tiap tahun team depa ni menari lagu hindustan, ntah cemanelah dorang leh pasang lagu tamil tyme ni. Aku pun tersedak lah. yang lain dah pakat-pakat tahan gelak je. Aku pandang siling wat dunno...ihi...habeh depa dok psang lagu padiyappa mana ntah aku pakat angguk pale je. Tapi pape pon, persembahan korang memang mantap ...korang punya lenggok tu..fuh..mahal beb, tade ganti (tade orang len da nak buat mcm tu..korang je..)...haha gurau je..lawak rasis

hah, yang tengah lari-lari ni, sebab ada game explorace. Ada dua orang aku nak kenalkan, lelaki tu cikgu yahya, cikgu penolong kanan hem, yang pakai jubah tu..cikgu zaidah ..guru disiplin, aku da cakap, pakai baju sukan, die pakai jubah jugak..lari jelah...aku pedulik ape, tyme nilah nak kenekan cikgu cukup-cukup, aku suh itu ini...pueh hati aku=p mereka adalah Dua orang terbesar dalam hidup aku, yang mencorak sifat kepimpinan dalam diri aku ni. Aku dulu head prefect di sekolah. Jadi dua orang nilah yang paling kerap aku jumpa. Aku ingat lagi masa mula-mula Cikgu Yahya nak pujuk aku jadi head prefect, bukan men bodek...melambung-lambung,bulan bintang matahari amma appa habeh sume die taburkan ...aku iyekan saje..kang melawan kecik ati pulak ..Cikgu zaidah pulak agak cerewet, ramai pelajar xske dengan dia. Tapi aku suka dia...cerewet bertempat. Masa dia nak pindah dari sekolah, aku lah orang pertama yang tau, masa tu ntah cemane aku boleh nangis depan dia... malu beb, jatuh ego laki ni. Dia bek punya pujuk aku. Dah macam kakak aku pulak mase tu. 'Asyraf..nak buat macamana ..saya kene ikut suami..." sambil tu tangan die gosok- gosok belakang aku....ee...malu2...wek2...apalah khabar die sekarang agaknya....

hah, yang ni pulak..masa game lawan bola tampar dengan cikgu-cikgu. Student vs teacher. Of chos lah student menang. Cikgu sume dah tua-tua...tambah dengan perut gendut dorang lagi. terjungkit-jungkit lah punggung nak lawan kitorang ...ngahaha...pueh aty dapat cakap macam ni. yang tengah nak ambik bola tu adik aku. Baju itam lengan panjang tu aku. Sekolah kitorang, masa batch aku dengan adik aku..bola tampar memang menjadi kegemaran. Aku suka jadi tukang angkat, adik aku suke spike...kenelah kitorang. adik aku star sekolah tu..bangga beb...Masa ni aku kurang bersukan. Aku masuk forum, debate, pantun, catur, kooorreeelll ssppeeekkinng...dengan bace quran je. Adik aku yang banyak bersukan....star tu beb...fuh ...bangge dengan adik aku...ngehehe...poyo giler


lastly, yang bagi hadiah tu aku, yang terima adiah tu azli ke name die, aku pun dah tak ingat. Comel budak nye. menjadi rebutan gadis-gadis yang tengah ingus meleleh.-leleh..pg skolah mintak mak bapak duit belanja...tak dpat eskrem ngajuk dan eksetra...men tukar-tukar surat..kantoi dengan aku, nasib aku bek, lau tak masak lah ko..kat doom aku 'tibai' cukup-cukup...habeh aku geletek die...sampai nak termuntah-muntah....kadang-kadang aku cium pipi die...ooppss...=p........die comel sangat...soo whaatttt..korang nak pikir ape, ade aku kesah haha...uuoollss....

rindu zaman ni, zaman dimana aku mula-mula belajar. Belajar apa itu sebuah kehidupan. Belajar apa itu kawan, lawan...sawan...haiwan..cawan..
Zaman dimana aku mula mencorak diri aku sekarang.
Disinilah aku bermula.
.

Feb 11, 2011

tangga...

Bunyi tangis teresak-esak kedengaran dikaki tangga. Sesekali terdengar batuk-batuk kecil. Air mata Balkish tidak terbendung lagi, deras mengalir dipipi gebunya. Mata yang cantik… kemerahan. Dia memegang gambar Wardah. Adik kesayangannya.

*****************************************************

“kakak kenapa menangis kat tangga ni?” Wardah muncul dari belakang. Balkish mengesat air mata “kak long sedih, nanti angah dah belajar di Mesir, siapa yang nak kawankan kak long lagi.” Wardah memeluk Balkish, kepalanya dibaringkan ke bahu Balkish. “kakak, walaupun adik jauh, tapi adik tetap ada di hati kakak. Kakak pun tetap ada dihati adik, kemana pun adik pergi.” Kembang hati Balkish mendengar kata-kata Wardah. Dipeluk adiknya …pipinya dicium berulang kali. Wardah hanya mendiamkan diri, air mata mewakili segalanya.

“hah, cukuplah tu, adik kamu tu bukan nak kemana pun, dia nak pergi belajar.” Mak Jah, ibu mereka muncul tiba-tiba. Balkish dan Wardah tersenyum sambil mengesat air mata.

“bukan apa ummi, nanti Akish rindu dekat dia. Akish dah tak ada adik lain lagi” Jawab Balkish. Dia bangun duduk disebelah Mak Jah, lengan Mak Jah dipeluk. “ish kamu ni, biarlah dia, takkan nak duduk bawah ketiak kamu je…nanti cuti dia baliklah” Balas Mak jah, tangannya, lembut mengusap-usap kepala Balkish. Wardah turut bangun duduk disisi Mak Jah…

“doakan Adah nanti ye ummi” perlahan suaranya….petang itu, Merupakan petang terakhir bagi si ibu membelai si anak dan si kakak memeluk si adik. Esok, Wardah akan berlepas ke Mesir, untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Al Azhar. Universiti yang sentiasa menjadi pilihan hati sejak dari bangku sekolah lagi.

“kakak…!!! Doakan Adah ye….jumpa lagi..sayang kakak” laung Wardah dari dalam teksi. Ditangga, Mak Jah berdiri seorang. Jauh dilubuk hati…terasa berat untuk melepaskan Wardah pergi jauh, tapi apakan daya. Memenuhi kehendak seorang anak...adalah segalanya bagi seorang ibu.

“belajar rajin-rajin…jaga diri..!!!” Balkish melambai-lambai tangan, matanya bergenang, sebak memerhatikan Wardah yang semakin hilang dari pandangan.

Hari bertukar minggu, minggu bertukar bulan, masih tiada khabar diterima. Sibuk sangat agaknya. …Balkish membuat telahan. Buku Malaysian Taxation ditutup. Dia merupakan pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, jurusan perakaunan. Tinggal 3 semester sebelum melangkah kealam perkerjaan. Saban hari dia menunggu khabar berita dari Wardah. Peti surat sering dibuka, kalau-kalau ada berita dari Wardah. Rasa rindu semakin meluap-luap.

‘Buletin Utama…melaporkan perarakan besar-besaran di Mesir menunjukkan rasa tidak puas hati kepada kepimpinan kerajaan. Banduan-banduan dilepaskan. Suasana menjadi semakintidak terkawal…..’

Luluh jiwa Balkish mendengar berita tersebut, tangannya lantas mencapai telefon bimbit… nama ‘ummi sayang’ dalam ruangan ‘contact’ ditekan…

Balkish : hello…ummi, dah tengok berita?

Mak Jah : dah, ummi dah tau…ya Allah…macamana lah adik kamu ni.

Suara Mak Jah bergetar, membayangkan kerisauan dihati yang semakin memuncak.

Balkish : Ya Allah ummi, apa kita nak buat ni….Balkish risau lah…

Mak Jah : Sabar..sabar… esok Balkish balik ye…nanti kita bincang

Mak Jah resah memikirkan Wardah, tiada siapa lagi dalam hidupnya…hanya Wardah dan Balkish permata hatinya. Sebab untuk dia terus bernafas. Suami tercinta sudah lama meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Ketika itu Wardah baru berumur sebulan. Tidak sempat merasa belai manja seorang ayah. Pada Balkish dan dia sahajalah tempat Wardah bermanja-manja. Mak jah tidak sanggup kehilangan seorang lagi orang terpenting dalam hidupnya…tidak …selagi dia belum memejamkan mata.

Selesai menunaikan Solat zuhur, Balkish duduk disamping Mak jah. Mak jah duduk ditangga, memandang jauh, seperti menanti kepulangan seseorang. Mata Mak Jah sembab, kerana terlalu banyak menangis. “ummi, sabarlah… kita sama-sama doa ye…” Balkish memujuk, lengan Mak Jah dipeluk…

“Macammana Ummi nak sabar, kalau anak ummi dalam bahaya…kalau…..” Mak Jah senyap…mulutnya ditutup, jiwanya kusut memikirkan keadaan Wardah. Tiada langsung Khabar berita darinya. Balkish kelu, getar dalam hati cuba disembunyikan, bimbang lebih menganggu emosi Mak Jah.

Kriingg…kriinngg… kringg…krriinnggg…!!! deringan telefon memeranjatkan mereka…..lantas bergegas ke meja telefon.

Mak Jah: hello…..

Diam beberapa ketika….

Mak Jah : Ya Allah….!!! Wardah………

Mak Jah terduduk, gangang telefon terlepas dari tangannya. “ummi…ummi.. kenapa ni…kenapa?” Balkish resah. “Wardah… akish…Wardah….” “kenapa dengan Wardah Ummi…kenapa..?”

Mak Jah duduk sendirian dibilik Wardah. Memerhatikan segenap ruang bilik, baju Wardah dicium-cium. “ Ya Allah…kenapa kau ambil Wardah dari aku…”

*****************************************************

Balkish menangis lagi, ditangga itulah tempat terakhir dia memeluk Wardah. Gambar Wardah digenggam erat. Kini tiada lagi usikkan manja dari seorang adik. Tiada lagi kedengaran suara Wardah mengomel kerana kepenatan. “kakak…!!! Doakan Adah ye….jumpa lagi..sayang kakak” ucapan terakhir dari mulut Wardah masih terngiang-ngiang di telinga Balkish. Seperti semalam kata-kata itu dilafazkan. Pelupuk mata terus basah. Namun yang pergi tetap pergi. Gurau senda,tangis tawa..kini tinggal dalam lipatan sejarah.

“kakak, walaupun adik jauh, tapi adik tetap ada di hati kakak. Kakak pun tetap ada dihati adik, kemana pun adik pergi.”
p/s :
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang. kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Agama Allah itu; orang-orang mati. bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali"
~~~ Al-Baqarah 2:153-156