Showing posts with label luahan hati untuk dirasa. Show all posts
Showing posts with label luahan hati untuk dirasa. Show all posts

Sep 2, 2013

Pada seorang aku...2



Perasaan resah, gundah gulana, rendah diri tidak henti-henti menerjah benakku. Pertanyaan yang berulang ku tanyakan pada diri...bolehkah aku ni? Betul ke apa yang aku buat ni? Perasaan bimbang langkah ini akan menjadi sia-sia sentiasa bermain-main dalam kotak minda ku. Semakin hari semakin galak. Hingga aku sendiri rimas. Aku terjerat dalam kerisauan yang aku sendiri timbulkan. Keadaan yang berterusan menjadikan aku seperti orang tolol, bingung.....

Peluang yang ada aku penuhi dengan melihat sahabat lain seangkatan dengan ku dulu. Banyak dari mereka sudah mula mebina kehidupan baru. Si dia di bank...aduh..segak sekali gayanya..boleh bikin gadis tak tidur malam..hehe..ada juga yang bekerja sendiri..berwawasan besar ingin menjadi bos besar suatu hari  nanti...ahh dia itu sudah bekerja di syarikat besar..satu-satunya pekerja beragama islam disitu....fuh..penuh karisma...cantik sekali

 Aku sendiri masih disini mengejar matlamat aku. Langkah ku jauh entahkan bila hendak habisnya. Saban hari menilik untung nasib dikemudian hari. Selepas ini ada selangkah lagi .... Tetapi...Ya Allah sungguh aku takut aku tidak berdaya lagi untuk terus melangkah...Sumpah Ya Allah aku tak tahu apakah yang harus aku lakukan...Aku mencari sesuatu dalam kehidupan ini.....Keredhaaan Mu....

Sedar atau tidak masa itu bergerak dengan cukup pantas....Hingga aku sendiri tidak mampu mengikut rentak dan lagunya. Dari seorang budak kampung yang tidak punya cita-cita kepada orang yang penuh dengan cita-cita dan impian yang ingin digapai. Serasa aku,  dalam dunia ini, bukan duit yang kukejar...tapi secebis ilmu Mu yang tidak kuketahui luasnya...tetapi ku tahu ku sedar duit itu penting...penting untuk kubalas jasa kedua ibubapaku nanti. Hatiku hambar bila terkenang jasa mereka masih belum kubalas...dan selagi itu..aku masih anak yang tidak berguna.

Kusingkap warna-warna yang telah Kau coretkan dalam hidupku...dari satu...satu...kemudian satu...ahh...bahagian satu ..the end...cantik susunan dan aturanMu...thank you Allah...Cuma coretan bahagian kedua ini masih  belum ku tahu plot-plot, klimaks dan sudahnya. Sehingga itu...kerisauan ini akan terus melekap kukuh.

Langkah ini Ku niatkan pada Mu sang pencipta dan kedua Ibubapa ku. Bapa yang membesarkan ku dan ibu yang susunya mengalir sebati dalam tubuhku. Kupohon kekuatan dan keredhaan dari Mu dan mereka.....Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim.......

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a. Nabi Muhamad pernah bersabda :”Janganlah ingin seperti orang lain, kecuali seperti dua orang ini. Pertama orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah dan ia membelanjakannya secara benar, kedua orang yang diberi Allah al-Hikmah dan ia berprilaku sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain (HR Bukhari)

Jun 25, 2011

DULU-DULU


Dulu-dulu ayah kata..jangan main api, kita nak main jugak..bila tangan luka kene api, ayah datang marah-marah. Muka macam singa, tangan naik tinggi nak tampar kita, kita buat muka seposen, ayah tak jadi tampar..ayah suruh letak colgate. Kita pun letak , sejuk…pastu jalan kat ayah, ayah cakap..padan muka….

Dulu-dulu ayah kata..jangan mandi paya, kita pergi jugak..nek beskal dengan kawan2..best, air sejuk sangat.. paya kat dalam kebun getah, budak-budak mandi takde sensored2 ..kompem sejuk seluruh badan. Balik umah badan gatal-gatal..naik ruam kat badan, ayah buat muka...bebel sana bebel sini..ujung2 ayah jugak yang kene bawak pegi klinik…balik umah ayah kunci beskal..

Dulu-dulu ayah kata.. lepas makan jangan tido, kita buat tak tau je..lepas makan terus tido..memang heaven lah…ayah marah, kita buat dunno je… ayah geleng kepala…kecik2 dah degil …lempang sedap jugak ni..Panng..!!! adeh..kita nangis, wuwu..ayah pulak buat muka dunno, kita sakit aty lari masuk bilik... nangis atas katil..

Dulu-dulu ayah kata, lepas sekolah terus balik, ayah penat tunggu luar sekolah, kita besenye lepas abis sekolah pegi blakang sekolah men rounders ke borak2 ke…cite pasal anak cik supandi ..lawa..haha kalau dah bosan pegi kat budak2 pra ..mintak makanan dorg, dorg bukan nak makan pun…bile kite turun nak balik..ayah dah tade…cari2…adk ayah ko dah balik..pak cik guard cakap…ayah sampaikan pesan suh balik jalan kaki…

Dulu-dulu ayah kata.. tengok tv jangan dekat-dekat, kita cakap tak dengar duk jauh-jauh..tiap-tiap ari tengok tv dekat2, cite-cite peberet kita , usop sontorian..dragon ball, atromen taro, atromen at, dengan sailormoon, dulu kita tak minat tengok cite gundam, dah besar2 baru kita suka…makin lama mata kita makin tak nampak… ayah bawak pegi buat spek…ayah bayar

Dulu-dulu ayah kata.. pergi sekolah jangan nak bercinta..belajar..kita pulak, asyik tengok anak cik supandi je haha..tapi tak ngorat pon..malu..kita jeling dia jeling..aduh, gegar …haha..konon-konon tak bertepuk sebelah tangan, last2 dia kawan dengan orang lain, kita duk tepi longkang..kira berudu…

Dulu-dulu ayah kata..belajar rajin-rajin, nanti boleh jadi orang berguna..kita pun belajar lah, Alhamdulillah result ok..dapat masuk u..ayah lompat hurey2..kita guling yeeppi2..ayah kata..dulu ayah belajar tak pandai..ko kenelah belajar betul2…kalau dah berjaya, bukan untuk ayah..untuk ko jugak…kita angguk kepala je…

Bukan mudah nak jadi ayah, nasihat dan perhatian sentiasa bermain diminda..yang bertanggungjawab...dikesempatan ini, saya mewakili seluruh warga anak2 megucapkan selamat hari bapa buat semua bapa2 di dunia...semoga anda sentiasa mejadi sumber inspirasi dan kekuatan untuk keluarga tersayang.....



Jun 15, 2011

WARKAH DARI SANA

Seorang pemuda melangkah masuk ke satu ruangan yang dipenuhi oleh manusia berbaju hijau. Matanya meliar melihat keadaan sekeliling. Terpancar kesuraman pada ruangan itu. kebosanan, kesedihan mahupun kerisauan seakan terasa pada diri si pemuda. Suatu perasaan yang mudah difahami oleh sesiapa sahaja.

Pada hujung sudut, pemuda memandang kelibat seseorang yang dicari. Wajah merona senyuman. Seseorang yang dikasihi lebih 23 tahun lamanya. Tidak pernah berkurang walau sedetik.

Duduk pada ruangan itu, bersama seseorang , berbagai perkara yang diceritakan, baik hal dirumah mahupun hal peribadi. Sesekali terdengar deraian ketawa berselang seli dengan tepuk tampar. Suasana menjadi riuh. Orang sekeliling menjeling pandang, hairan melihat gelagat mereka.

“aduh..aduh…” pemuda itu memegang bahunya….

“eh..eh..sorry..sorry..mama tak sengaja…”

Bahu pemuda yang patah sewaktu pulang dari melawat ibunya di hospital masih terasa. Keadaan ibu yang masih ditahan di wad sedikit sebanyak menganggu fikiran pemuda itu. Kalau dikira-kirakan hendak dekat sebulan ibunya di hospital.

Ada seorang pesakit yang sudah tua dihadapan katil seseorang, nurse disitu memanggilnya Nek Nani. Fizikalnya bongkok, tidak mampu untuk berjalan dan bercakap, Pampers dipakaikan padanya , menurut kata Nurse, Nek Nani semakin menunjukkan kemajuan. Dulu tangan tidak boleh digerakkan langsung, kini bolehlah untuk digerakkan, walaupun pada keadaan yang terbatas.

“Dia tak ada sedara mara ke?” Pemuda bertanya pada seseorang

“Ada..tapi adik beradik dia pun macam tu jugak…tak berapa sihat…”

Pemuda menggaru-garu kepala, kasihan melihat keadaan Nek Nani, siapalah yang boleh diharapkan untuk menjaga dia. Ikut kata nurse, rumah kebajikan belum ada lagi yang mahu menerima dia.. tak tahu kenapa. Kalaulah Nek Nani ada anak, ada juga tempat tumpang berteduh, itupun kalau si anak boleh diharapkan. Tak ramai anak zaman sekarang yang sanggup untuk menjaga ibu dalam keadaan begitu. Sudahlah makan pakai disediakan. Kencing berak pun perlu dicuci, ditambah pula dengan beban kerja dipejabat, kerenah anak-anak sendiri, jiran-jiran, rakan sekerja, ataupun masyarakat luar sudah cukup melengkapkan masalah hidup.

Kalau bapak-bapak atau ibu-ibu zaman tok nenek dulu, memang garang-garang..pantang silap sikit..melekat penampar ke muka. Kalau nasib tak baik kenalah penerajang free2 je. Tapi garang-garang mereka pun tugas sebagai ibu bapa masih dijalankan, begitu juga tugas sebagai seorang anak. Dulu, kalau cikgu lempang kat sekolah, kat rumah dapat ‘flying kick’ pulak. Mungkin kerana itulah mereka menjadi orang berguna sekarang.

Kalau zaman sekarang, anak-anak dijaga elok. Dibelai, ditatang bagai minyak yang penuh. Umpama luka dihujung jari balutnya satu badan (agak2lah kan). Cikgu lempang disekolah..ibu telefon lawyer di rumah. Akhirnya anak-anak jadi seseorang yang langgar bahasa. Dengan orang tua pun dah pandai meninggikan suara. Kalau dulu ayah mak periksa dapat keputusan elok-elok dapat peluk cium. Budak-budak sekarang dah tak heran dengan tu semua. Paling cikai pun psp..ps1??? tak ada dalam kotak minda generasi sekarang dah..outdated. Kalau tak dapat, merajuk. Muncung panjang segalah.

Pernah pemuda menonton rancangan ulangan, wawancara personality terkenal di TV, tetamu jemputan rancangan wawancara itu ada memberikan pendapat yang dirasakan betul-betul ‘low minded’ punya pemikiran.. budak kecil harus diberikan duit untuk menyuruh mereka membuat kerja dirumah. Andai mereka mencuci pinggan berikan mereka duit, andai mereka mengemas bilik berikan mereka duit..dan sebagainya. Pemuda betul-betul meluat mendengar pendapat begitu. Seolah-olah suatu tanggungjawab sudah bertukar menjadi satu pekerjaan yang mesti dibayar. Mesti dihadiahkan sesuatu. Kanak-kanak dididik dengan hadiah itu dan ini hanya kerana mahu mengajar mereka cara untuk menguruskan hidup. Suatu pendapat dangkal yang tidak langsung boleh ditoleransi. Andaikatalah anak-anak sudah terbiasa dengan tradisi seperti itu, bolehkah diubah persepsi mereka apabila dewasa kelak. Tepuklah dada sendiri.

“eh bau apa pulak ni…” Tiba-tiba pemuda terbau sesuatu yang kurang menyenangkan.

Kepala seseorang terhanggak-hanggak melihat Nek Nani…”Lah Nek Nani main taik pulak dah…” seseorang menepuk dahi, bingkas bangun untuk mengadu pada nurse yang sedang leka berborak di kaunter hadapan.

Aiseymen…Nek Nani main taik lah, pemuda itu gelisah, ish..tak tahan macam ni..nak tunggu ke nak cabut terus. Mencongak-congak didalam fikiran sambil kembang kempis hidung menahan bau, kalau tidak disebabkan seseorang ada disitu, mahu pemuda mengangkat kaki.

“err..mama, jom kita duduk kat depan tu…biar nurse tu bersihkan Nek Nani dulu..” cadang pemuda itu.. bau yang agak kuat menyebabkan ruangan itu semakin ‘coklat’.

Beruntung lah kerana ada nurse yang sudi untuk mencuci najis Nek Nani. Tak mengeluh pun, hmm..mungkinkah semua nurse seperti yang dilihat oleh pemuda itu. Entahlah, mungkin ada mungkin tiada.

Begitulah Nek Nani, semalam dan hari ini. Tidak pasti apakah yang bakal dia tempuhi pada masa akan datang. Semoga kehidupannya lebih sempurna kelak. Amin….