Showing posts with label karangan sekolah. Show all posts
Showing posts with label karangan sekolah. Show all posts

Sep 3, 2013

Dua Peristiwa


Ding dong..ding dong....loceng pintu ditekan kasar. Bunyi nya yang bingit mengejutkan Lina dari lena yang panjang. “Hish..sapa sajelah yang menganggu pagi-pagi buta ni” dengus Lina sambil bergegas turun dari tingkat dua rumah mendapatkan pintu utama. Rambut yang kusut masai diikat rapi. “kejap..kejap....!!!” langkah disegerakan.

“Ya Allah...baru bangun tidur...kau sedar tak dah pukul berapa sekarang ni???? Aku ingatkan kau dah siap..hish nak jadi apelah kau ni...”  bebel Suzy yang terpacul sebaik pintu dibuka.  . “dah...dah pergi siap...kan hari ni kita nak pergi tengok wayang, kau dah lupa ke?”

Kesan corak bantal masih berbekas di pipi Lina . Jam antik pemberian orang tua Lina yang tersergam megah di ruang tamu menunjukkan pukul 11.00 pagi. “alaaa...baru pukul sebelas, rilekslah” Jawab Lina sambil mengesat-ngesdat muka menghilangkan rasa mengantuk.  Suzy menjegilkan mata “rileks kau cakap, kita dah janji dengan Maria nak jumpa pukul dua belas....nanti mengamuk pulak minah tu”.

“ish..yelah..yelah...aku nak siaplah ni...tunggu aku mandi kejap..membebel macam mak nenek”  tempelak Lina

Kereta Vios putih dipandu laju. Suzy yang sememangnya berasal dari Kuala Lumpur sudah mahir dengan selok belok jalan dikota. Jalan-jalan pintas sudah masak ranum dalam ingatannya. Mudah sahaja dia sampai ke Mid Valley tanpa perlu menghadapai kesesakan lalu lintas yang tiada kesudahannya di bandar metropolitan seperti Kuala Lumpur.

 Tidak jauh dari pintu masuk kelihatan Maria menunggu dengan muka masam...
“Sorry sangat Maria, aku bukan sengaja lambat...Lina ni tak bangun lagi masa aku datang rumah dia tadi...” Kata Suzy sambil menjeling-jelingkan pandangan terhadap Lina. Lina memeluk lengan Maria 

“Ala sorry lah beb..aku bukan sengaja...aku tido lewat semalam, tu yang tersedar lambat...Sorry baby sorry..” Lina membuat reaksi muka comel

Maria melepaskan tangan dari pelukan Maria. Mukanya Masih lagi masam...”huh..kau ingat dengan buat-buat cute macam ni aku bole cool balik...bole jalan daaaa”  die mencuit hidung Lina. “dahlah..jom kita gerak masuk panggung...aku dah belikan tiket dulu tadi...nak harapkan korang memang lambatlah kita nanti..” Tambah Maria lagi

Cerita bikers kental menjadi pilihan mereka pada hari itu. Suzy dan Maria memang peminat tegar Zizan Raja Lawak. Pelakon komedi hasil keluaran program reality tv sentiasa menjadi pilihan pujaan mereka berdua. Sesekali terdengar bunyi ketawa didalam panggung, geli hati melihat keletah Zizan. Sesekali senyap, penonton yang hadir menumpukan perhatian pada babak cerita yang cuba digarapkan. Ringan dan  ‘straight forward’.
..................................................................................................................................

Sebaik habis tayangan penonton berasak-asak keluar, begitu juga dengan mereka bertiga. “bole tahan lah cerita dia ni...senang nak hadam...tak complicated sangat” Suzy memberikan komentarnya. “ala biasalah cerita melayukan...mana nak susah-susah fikir sangat” Balas Lina, dia kurang menggemari filem atau drama melayu...dia hanya menuruti kemahuan Suzy dan Maria yang berkeras hendak menonton filem melayu. Kalau datang seorang, filem melayu semestinya  tidak berada pada carta pertama nya.

“ala kau.....” Sebelum sempat Maria menghabiskan kata-katanya tiba-tiba begnya diragut kasar. Die terjelepuk jatuh ke lantai, Suzy dan Lina terkesima tidak tahu hendak berbuat apa-apa....peragut berlari pantas menuju ke pintu keluar pasaraya besar itu.

“Tolongg.....Tolonggggg......!!!!!” 

Maria menjerit...sambil menunjuk kearah peragut. Kelihatan dua tiga orang pengunjung pasaraya berlari mengejar peragut tersebut, pengawal keselamatan bergegas mendapatkan mereka bertiga.

“Kenapa ini....?” Pengawal keselamatan berketuruna Bangladesh bertanya. “Beg saya kene ragut...” Jawab Maria, ada setitis dua air mata keluar dari matanya. Tangan kiri nya sedikit luka akibat jatuh diatas permukaan simen. Pengawal keselamatan bercakap sesuatu pada walkie talkie yang dibawa....matanya melilau melihat sekeliling.

Tiba-tiba mereka disapa dari belakang...”Maafkan saya..ni beg cik kan?” pemuda kacak berbadan tegap menghulurkan beg Maria kepadanya. “ohhh..terima kasih encik...terima kasih....” Maria mengambil beg nya...dia berasa lega kerana beg nya berjaya di dapatkan dari peragut itu.

“ohh sama-sama....” Pemuda itu membalas pendek. “eh mari ikut saya....peragut tu ada kat luar ...” tambahnya sambil menarik tangan pengawal keselamatan tadi

Kelihatan peragut terbabit terbaring lemah di atas jalan raya, tanda-tanda lebam  jelas di muka. Orang ramai tidak henti-henti mencaci peragut tersebut. Seketika kemudian dua orang polis peronda hadir membawa dia ke balai polis. Maria di minta ke balai polis untuk memberikan keterangan lanjut.

“lain kali hati-hati ye cik..disini bukan kat luar je boleh kena ragut..kat dalam pasaraya macam ni pun bole .” Pemuda tadi memberikan nasihat

Maria berpaling “ohh..terima kasih sangat encik..kalau encik tak ada tak tahulah saya.” 

“ahhh..tidak apa-apalah....saya mintak diri dulu..jaga diri lain kali ye”  Pemuda itu meminta diri ...Maria menganggukkan kepala, “terima kasih sekali lagi encik..nama saya Maria, nama encik?” 

“Aliff...panggil saya Aliff sahaja” jawab pemuda itu sambil tersenyum, menampakkan barisan giginya yang rapi tersusun.
.........................................................................................................................................

Peristiwa yang berlaku seminggu yang lepas masih melekat di hati Maria. Itulah pertama kali dia di ragut. Trauma dari kejadian itu menyebabkan dia tidak berani hendak keluar seorang diri lagi, dia lebih gemar mengajak Suzy atau Lina untuk menemaninya. Sejak dari peristiwa itu jugalah dia sentiasa teringat pada Aliff, wajah nya yang kacak sudah berjaya meruntun hati nuraninya.
Ohh Aliff...dimanakah kau sekarang ni...getus suara hatinya. Dia merindui untuk berjumpa kembali dengan Aliff.

“Wahhh Maria...hotnya guy tu...i like...” kata-kata Suzy masih terngiang-ngiang di telinga Maria. Hmmm....hendakkah dia padaku. Hatinya berbisik lagi.....

Disatu sudut yang lain, disebuah rumah...aliff sedang berteleku di kerusi rotan. Hujan di petang hari membataskan niat nya untuk bermain tenis. Dia mengelamun sendirian...tiba-tiba wajah Maria terpampang pada tabir matanya...hmmmm..boleh tahan juga dia ni..dah berpunya ke.... Dimanakah dia tinggal....

Ternyata perasaan yang dirasai Maria turut dikongsi oleh Aliff. Hanya takdir yang menjadi penetu pada ikatan mereka. Maria tidak bertepuk sebelah tangan.
...........................................................................................................................................

Hari isnin adalah hari sugul buat semua pekerja di ofis, termasuklah Aliff..kerana hari isnin hari mereka mula bekerja selepas dua hari bercuti. Kebanyakkan dari mereka masih lagi dalam mood bercuti. Dua haricuti yang ditetapkan oleh kerajaan terasa singkat dalam zaman sekarang, zaman dimana semua orang berlumba-lumba untuk berada di puncak.

Tugas Aliff selaku eksekutif pemasaran di salah sebuah syarikat hartanah terkemuka di negara ini menuntut dia untuk meletakkan sepenuh perhatiannya untuk memenuhi ‘target sales’ yang dipinta oleh pihak syarikat pada setiap bulan. Setiap hari dia terpaksa pulang lewat demi memenuhi permintaan ‘client’ yang tidak tentu masa.

Hari ini dia ditugaskan untuk bertugas di Low yat...kawasan Bukit Bintang memang selalunya penuh dengan lautan manusia, baik yang tempatan mahupun pelancong...yang kaya mahupun yang miskin. Sedang asyik dia menjalankan tugas..tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi kereta berlanggar. Bunyinya yang kuat menarik perhatian mereka yang berada di dalam Plaza Low yat untuk datang menjengah.

Aliff meninjau dari jauh...sekujur tubuh yang terbaring didalam kereta menarik perhatiannya. “eh maria!!!!!” berderau jantungnya tatkala melihat Maria berbaring dengan darah membasahi dahinya. Pantas dia keluar mendapatkan Maria, tubuh nya dipangku lantas dibawa ke hospital.
..........................................................................................................................................

Tiga hari kemudian Maria membuka Mata, dahinya berbalut...ada tompok kuning di balutannya. Suzy dan Lina setia menanti dikatil. Lina segera berdiri apabila melihat Maria sudah mula sedar. 

“Maria..Maria...kau dah sedar?” Lina menggoncang bahunya perlahan

“aku kat mana ni?”

“kau sekarang kat hospital...kau kemalangan tiga hari lepas.” Suzy menjawab pertanyaan Maria. 

“Syukurlah kau selamat..nasib baik Aliff cepat bawa kau ke hospital” sambungnya lagi

“hah Aliff???” Maria tergamam

“Iyeeee sayang...Aliff hot guy yang tolng kita hari tu...ni second time dia tolong kau tau...ada jodoh lah nie...hehe” Usik lina

Suzy menolak bahu Lina “Hishh kau ni...biarkan dia rehat dulu...benda tu nanti kita ceritakan..”
Maria mengiringkan badan...ohh Aliff...ini kali kedua kau selamatkan aku...adakah ini takdir jodoh aku dengan kau....

Tiba-tiba pintu bilik dibuka...Aliff datang membawakan bunga...”eh dah sedar dah awak...” kata Aliff separuh terperanjat, mukanya terpancar sinar kegembiraan. Lina mengangkat-angkat kening pada suzy, mereka berdua tersenyum nakal....”eh aku dengan suzy keluar dululah..kami nak beli makanan kejap...” Lina bersuara lantas menarik tangan Suzy..”kau orang borak-borak lah ye hehe...” kedengaran gelak nakal keluar dari mulut Lina.

Maria terkesima...aduh...dia buat dah..dia buat dah....jerit hati kecilnya...kenapa tinggalkan aku seorang. Aliff pula tidak keruan, kejap berdiri kejap duduk...bunga di kepala katil hasbis semua dikeluarkan....

Maria masih mendiamkan diri, dia tidak tahu bagaimana hendak memulakan perbualan. Selang lima minit kemudian dia memberanikan hati untuk memulakan perbualan.

“Kenapa dikeluarkan semua bunga tu...biarlah dalam pasu tu..”

“eh..bila pula saya keluarkan..tak sedar pulak..hehe..” Aliff yang tidak keruan memasukkan kembali bunga ke dalam pasu. Bait ayat dalam drama melayu terpacul dalam hati nya..

Adakah ini cinta.....hehe...

“Syukurlah awak selamat...kan saya dah ingatkan..jaga diri..hati-hati....”

“dah nak jadi ..nak buat macam mana...nampak gayanya kenelah sya ucapkan terima kasih lagi kat awak ye...” Lina tersenyum...pipnya kemerahan menahan malu. Aliff pura-pura melihat ke luar tingkap. Dia sendiri menggelabah menghadapi situasi itu

“tak terima kasih pun takpe...saya ikhlas mebantu....hehe” suara Aliff tenggelam timbul, seperti tidak mahu keluar suaranya, tersekat dikerongkong...situasi yang tidak selesa menjadikan dia seperti itu.....
.........................................................................................................................................

Alhamdulillah...selepas hari itu.Maria dan Aliff mula berkawan rapat. Selepas beberapa bulan Aliff masuk meminang Maria. Suzy dan Lina lah orang paling gembira melihat mereka disatukan kerana mereka lah orang yang tahu kisah sebenar bagaimana mereka mula bersatu.....
-Tamat-



Feb 15, 2011

Cermin

Jam dinding menunjukkan pukul 2.00 pagi, Suhail masih belum dapat melelapkan mata. Jiwanya kacau. Sejak akhir-akhir ini ada perkara yang merunsingkannya, datang dan pergi silih berganti. Dia cuba mencari dimana mula dan silapnya. Apa sahaja yang cuba dibuat seolah-olah tidak menjadi, setiap hari dirasakan kosong...ibarat jasad tidak bernyawa..bergerak mengikut masa.

Suhail melihat gambar ibu dan ayah dimeja. Bagaimanalah keadaan mereka sekarang. Dah lama rasanya tidak berjumpa. dirumah, kalau masa-masa begini..memang dah lama berdengkur....

Suhail menguap dua tiga kali, rasa mengantuk mula menusuk-nusuk.... sambil itu tangannya menyeluk poket mengeluarkan telefon bimbit. Butang 'Gallery' ditekan. Dia melihat gambar-gambar lama….hmm…Syuhada, Hanafis…apa khabar agaknya mereka sekarang. Seingat Suhail, kali terakhir dia berjumpa dengan mereka ketika majlis pertunangan Syuhada. Masa itu, Syuhada kelihatan manis berbaju ungu. Hanafis tidak habis-habis mengusik Syuhada. Menjadikan suasana gamat dengan gelak tawa.

Pssstt….pssstt….tiba-tiba ada suara memanggil. Suhail terperanjat….dari mana datangnya suara itu pagi-pagi buta begini. kawan bilik semuanya dah tidur. Psssttt..psstt.. “kat sinilah..” Suhail tercengang, suara itu datang dari arah cermin bilik. Dingin pagi yang menusuk ke tulang menjadikan keadaan lebih menyeramkan. Pssstt…psstt….

“hei…cepatlah..!!!!”

“Allah…!!!” Suhail terjaga. Dia tertidur rupanya. Telefon bimbit masih lagi berada ditangan. “Allahuakbar…” Suhail menyebut kalimah itu berulang kali sambil menekup-nekup tangan kemuka. Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi. Rakan-rakan bilik sudah lama lena, dibuai mimpi-mimpi indah.

Suhail terpandang cermin dalam mimpinya, serta merta dia merasa gugup. Mimpi tadi seperti bukan khayalan...dia berasa tidak sedap hati. Perlahan-lahan dia bergerak mendekati cermin, sebaik melihat ke dalam cermin. “Subahannallah……!!!!” Suhail terpempan ke katil. Dia melihat seseorang seperti dirinya dalam keadaan yang sangat mengerikan. Mukanya penuh dengan ulat-ulat berengga. Kudis sana sini. “hei…hei…kenapa takut ni, ini akulah. Diri kau…takkan kau tak kenal aku?”

“aku tak kenal kau…kau siapa?” Suhail memejamkan mata. Dia memberanikan diri untuk bercakap dengan lembaga itu. “kau kata tak kenal aku. Aku adalah kau…kau adalah aku…pssttt..pssttt”

“apa maksud kau? Aku tak faham..” Suara Suhail bergetar… senyap.... ...Suhail membuka mata perlahan-lahan. Dia terkedu, lembaga yang menyerupai dirinya sedang merangkak keluar dari dalam cermin. “Pssstt…..psssttt…. aku adalah kau….kau yang buatkan aku begini…” jawab lembaga itu sambil merangkak kearah Suhail. Suhail terkesima... tidak mampu bersuara..lutut seperti tidak bertulang. Pengsan….

Selang beberapa ketika Suhail terjaga…..

“Pssssttt…psstttt..bangun diriku..bangun…!!!” tegak bulu roma Suhail bertentangan dengan lembaga itu, wajahnya mengadap ke muka Suhail “kenapa kau buat aku begini…lihat lah aku…aku adalah amalan kau… kau takut dengan amalan kau???” Suhail tidak mampu menjawab soalan itu…rasa takut, gugup gementar bercampur baur dalam dirinya. “kau diam..!!!!! kau yang buatkan aku macam ni!!!! Mana amal kebaikkan kau??!!!.. kau sibuk dengan urusan dunia….kau sibuk dengan perkara yang akan mencelakan kau!!!! Kau lupakan akhirat!!!....... Kau abaikan aku!!!!”

Paamm…!!! Suhail tejatuh ke lantai. Dia memandang sekeliling…suasana kelihatan suram. Bertemankan lampu tidur yang malap....dia memandang ke cermin. Betul ke aku ni. Bisik hatinya. Dia cuba mengingat kembali semua yang terjadi. Telefon bimbit…Hanafis…Syuhada..cermin…dan lembaga. Semuanya seperti betul-betul berlaku. Tanpa disedari, pipinya terasa hangat. Suhail menangis…..

“Ya Allah….tuhan yang menjadikan alam dan segala isinya. Segala yang berlaku adalah dengan izin-Mu Ya Allah. Ampunkan semua dosa-dosaku. kalau Kau izinkan ku untuk berdosa. Aku pohon…aku pinta…. Kau izinkanlah aku untuk bertaubat. Izinkanlah aku untuk bergerak mendekati-Mu. Dengan cara yang Kau redhai. Selamatkanlah aku dari fitnah yang menyesatkan. Jangan Kau ambil rahmat-Mu dariku..Ya Allah..aku pohon hidayah-Mu”

"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus."
~~~Surah Al-Kahfi: 7-8

Jan 15, 2011

light friday morning...

Bunyi lagu ‘surgamu’ dari kumpulan ungu pada ‘handphone’ Syaami, berdendang nyaring, memecah sunyi disubuh hari. Syaami bangun dengan mata terkulat-kulat, tuala dan berus gigi dicapai. Rakan bilik masih lena dibuai mimpi. Ada yang sedang meniarap, ada yang tertonggeng, yang macam kuak lentang pun ada…”hmm..macam-macam gaya budak ni tidur..”

Selesai sembahyang subuh, Syaami membaca Mathurat…dengan mata yang kuyu, tersengguk-sengguk menahan mengantuk. Sekali sekala dia menguap lebar. Rakan bilik masih belum bangun dari tidur. Penat sangat agaknya. Selesai membaca, dia bangun mengejut rakan-rakan yang lain. Macam nak dibaling bom kat telinga masing-masing, “ahh..lantaklah..janji dah kejut”…..Treng teng teng…apa lagi, sambunglah tidur.

Dalam tidur, Syaami bermimpi menjadi seorang CEO Berjaya disalah sebuah syarikat terkemuka di Bandar. Kehadirannya menjadi paradigma baru dalam sejarah syarikat tersebut. Dia disegani oleh pekerja-pekerja senior mahupun junior. Ada kereta mewah, rumah besar..dan sebuah keluarga yang bahagia. Akhirnya Syaami Berjaya menubuhkan sebuah syarikat dalam industri pembinaan dan perkapalan. Perniagaan bercorak ‘diversity’ menjadikan dia salah seorang ahli perniagaan terkemuka. Kemudian, datanglah pelbagai tawaran kepadanya untuk membuka cawangan di luar Negara, pelbagai ‘title’ diperolehi, dato’, tan sri, apa-apa jelah.

Bunyi lagu ‘surgamu’ menganggu mimpi indahnya…”hmm..7.45 sekejap lagi lah” Syaami tidur lagi. Kali ini tiada lagi mimpi. …kosong…

Pamm!!!!...bunyi tingkap bilik berlaga ditiup angin kuat mengejutkan Syaami… dia melihat jam… “WHAT..!!!!!!!!!!!” 8.50 pagi, dia ada kelas pukul 9.00 pagi. apa lagi…selimut kemana, bantal kemana… lantas baju ditukar, rambut diusap ala kadar. Berus gigi dan kunci motor dicapai. Vrrooooommmm……berdesup kencang…dalam hati Syaami menyumpah-nyumpah dirinya. “kenapalah boleh tak terjaga ni, adulah….” Dengan kepala yang melayang-layang, Syaami memecut laju. “Syaami…!! Ada pak guard jaga kat jalan besar…” Syaami menoleh, dia melihat Azri dibelakang, “yeke…aku tak pakai helmet ni”….”kau parking kat sini..” jawab Azri. Apa lagi, Syaami meletakkan motor disitu, dengan keadaan yang begitu kusut masai, fikiran tak tentu hala, dia berjalan ke kuliyyah, jam sudah pukul 9.15 pagi. “sibuk je pak guard ni, pilihlah hari lain, banyak lagi hari dalam seminggu…hari ni jugak dia nak pilih, orang nak cepat pergi kelas ni”

Sampai sahaja di kuliyyah, Syaami masuk ke tandas, dia memberus gigi…ada seorang pelajar lelaki disitu, melihatnya…”sorry..kat mahallah tak ada air ke??” pelajar tersebut bertanya. Pertanyaan itu seperti menekan ‘button’ stressnya, dia cuba bersabar “haah, tadi tak ada air…”jawabnya slumber. “alamak..tak ada air lagi..okey…terima kasih” Pelajar itu keluar dari tandas. Hahahahaha…Syaami ketawa puas hati, nasib baik tiada orang didalam tandas, “lawak antarabangsa untuk diri aku….” Sengaja Syaami mengiyakan sahaja pertanyaan pelajar itu, malas nak melayan….dia mahu cepat ke kelas.

Sesampai dikelas, Syaami membuka pintu perlahan-lahan…sir duduk membelakangkannya, dengan penuh berhati-hati dia menyusun langkah, bimbang membuat bising. Sesekali dijeling lecturer didepan. Fuhh…tak perasan. Cepat-cepat dia duduk. Pelajar didalam kelas terjongket-jongket menahan ketawa. “Alhamdulillah…sampai jugak…”

Legalah Syaami kerana tidak terlepas pelajaran hari tu. Semester ini, dia cuba untuk tidak ‘skip’ kelas selalu. Biarlah terlambat sekalipun, dia kena pergi juga. Hari itu menjadi pengalaman pertama dia untuk semester itu. Harap-harapnya itulah yang terakhir. (^_~)

"Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. “

(At-Taalaq: 65:3)

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara)."

(al-Ahzaab:33:70)

p/s : lain kali kalau orang tanya, jangan nak berbohong ye….http://www.emocutez.com

Jan 14, 2011

level four story...6

Damainya pagi selepas hujan dimalam hari. Terasa minda begitu lapang sekali. Alam panorama kelihatan subur menghijau, Fary menarik nafas panjang. Kata orang menghirup udara segar dapat menenangkan jiwa. Kepalanya terasa ringan. Awan putih bersama kabus pagi berarak perlahan dilangit yang biru, begitulah indahnya alam jika manusia tidak mengkufuri nikmatNya.

***loceng rehat dibunyikan, semua pelajar bergegas keluar dari kelas… “Fary ..nak kemana tu? Jomlah rehat sekali” Pelawa Aiman. Fary memasukkan ‘notepad’ kedalam saku baju, pen disangkutkan ke kocek seluar “hmm…taknak lah, aku kene bertugas ni..” “alah..nak pegi kelas cik lin tu cakap ajelah, kan senang…” Lina menyampuk dari muka pintu “dahlah, Aiman, Farish…jom cepat, nanti habis pulak nasi lemak tu” sambungnya lagi. “ish sibuk je minah karan ni” gerutu Fary.”. Dikelas Shafalina, tiada orang. Hmm…dia terlambat***

Petang semalam, dia menerima surat dari Shafalina..hari ini dia mahukan penjelasan yang lebih. Bukan itu jawapan yang dia inginkan. Malangnya, tiada sesiapa disitu. Fary melangkah pergi.

“lina, apa kena dengan Fary tu? ..macam orang gila bayang je..”

“lah..kau ni lambat lah Farish, makan je laju…dia tu tengah gila bayanglah..” Farish menggaru-garu kepala. Bibirnya comot dengan sambal nasi lemak. “hah..!! gila bayang???” dia bertanya lagi. Aiman menepuk bahu Farish “kau nikan, kalau selain dari makan, kau memang lembab agaknya kan??? Fary tu tengah gilakan Lin lah..bukan kau tak tau dia tengah sibuk nak ngorat Lin tu” ketika sedang berborak Shafalina tiba-tiba muncul “Assalammualaikum, boleh saya duduk?” dia bertanya. Farish, Aiman dan Lina terpaku….masing-masing senyap.

“kalau begitu tak apalah..” Shafalina berpaling…

“eh..eh..duduklah…duduk..sorry, kitorang terkejut je, cantik Lin hari ni” Lina bingkas menarik tangan Shafalina…dia cuba berselindung dari perkara sebenar. Farish dan Aiman terkempas kempis perut menahan ketawa.

*************************************************

Krriingggg…!!!! Loceng terakhir pada hari itu dibunyikan. Berduyun-duyun pelajar keluar dari kelas, Fary berlari turun, dia ternampak Shafalina sedang berjalan di kaki lima perhimpunan.

“Shafalina…..Shafalina….!!!” Fary menjerit dari jauh, namun riuh rendah suara pelajar menenggelamkan jeritannya. Shafalina semakin menghampiri pintu pagar sekolah. Fary terus berlari. Keadaan berbukit dari kawasan perhimpunan dan pintu pagar sekolah mempercepatkan larian Fary.

“Shafalina …tunggu….!!” Fary menahan …Shafalina terperanjat. Dia menoleh ke tempat lain. “apa yang awak nak? Saya nak cepat ni” “tunggu..tunggu…saya mahukan penjelasan dari awak. Kenapa awak tolak saya”

“Tolak..?? apa maksud awak”

Fary mengeluarkan surat tulisan tangan Shafalina. “ini, saya mahu penjelasan ini” jawabnya sambil menunjuk-nunjukkan surat itu.

Shafalina gelisah, dia memandang beberapa orang pelajar perempuan yang sedang memerhatikan mereka berdua, “ish..apa yang saya tulis tu, itulah penjelasan saya…apa yang awak mahu lagi?”

“memanglah…tapi..” …………………….

“sudahlah….” Shafalina menolak Fary dengan begnya, Fary terpempan ke belakang. Dia terkesima, Shafalina cepat-cepat pergi dari situ. Mukanya terasa tebal. Malu dengan apa yang sedang berlaku. Air mata menitis di pipi, entah kenapa dia tidak dapat menahan sebak didada. Peristiwa tengahari itu betul-betul memalukan. Tidak pernah sepanjang hidup, ada orang melakukan perkara itu kepadanya. Ini membuahkan rasa benci dia terhadap Fary.

“ahh…apa yang aku dah buat ni..” hati kecil Fary terdetik, rambutnya diusap-usap kebelakang. Dia tidak menghiraukan mata-mata yang memandang. Dia merasa bersalah. Tidak sepatutnya dia melakukan perkara ini kepada Shafalina. Bagaikan ada malaikat tiba-tiba muncul dalam hatinya. “apa yang kau buat ni Fary..kau sedar tak apa yang kau buat ni???!!!” malaikat itu seperti menengkingnya. “Kau tau tak, Shafalina tu perempuan..dan kau lelaki…kamu bukan muhrim” Malaikat itu bersuara lagi.

“ahh…maafkan aku” Fary mengeluh, dia seperti menjawab pertanyaan itu. “aku tau..dia perempuan, dia bukan hak aku…aku…aku… terlupa..”

“kau terlupa..atau kau terleka!!!!” bentak malaikat itu. Serta merta kilat memancar, disambut dengan petir dan guruh sabung menyabung. Lamunan Fary terhenti, dia mendongak kelangit. Mendung, entah bila mendungnya dia sendiri tidak sedar.

~~~“Ya Allah, hamba Mu adalah Hamba selemah-lemah hamba. Mendung dihati gelap dijiwa. Langkahku satu, songsangnya beribu…Aku bukan hantu….....hanya hamba yang Menadah tangan..merayu ditunjukkan pintu…….. Ada masa, aku begini, ada masa aku begitu…ku memberontak pada kejahilan itu. Ku tahu, Ku sedar…namun.... lalai tetap dengan lalainya, leka tetap dengan lekanya. Sekali kehadapan sepuluh kali kebelakang..sekali mencuba seratus kali gagal…. Adakah Kamu menguji aku begini, atau mungkin aku sendiri masih lemah untuk mengerti baik buruk nukilanMu. Ampunkan aku..susunkan aku dalam baris kekasihmu, biarlah aku berdiri dibelakang sekalipun…kerana itu lebih menggembirakan. Aku seperti semut dalam lembaran takdirMu” ~~~