Jun 15, 2011

SELOKA ENAM BELAS


Alkisah…taiiibbb…nak dijadikan cerita…di sebuah kampung terdapatlah seorang nenek tua yang sudah lah tersangat tua. Tuanya tu sampai anak sendiri pun tak kenal. Nenek tua ini di panggil Nek Midah. Oleh kerana usia nya yang semakin lanjut, tahap kesihatan mahupun kewarasan semakinlah berkurangan. Anak-anak yang enam belas orang semua nya sekor batang hidung pun tak nampak, masing-masing cuba mengelak dari menjaga Nek Midah. Maka tingallah Nek Midah seorang diri di pondok buruknya. Taaiiibbb….

Pada suatu hari, Nek Midah jatuh dalam bilik mandi…kepoomm..lebih kurang begitu lah bunyi jatuhnya itu. Sudahlah tua, jatuh pula ke lantai bilik mandi yang licin..memang kompem sakitlah kan…sampai terjelir – jelir lidahlah Nek Midah meng adoikan sakitnya itu… “adoi..adoi…”

Kebetulan ada jiran terdengar lolongan Nek Midah yang tidak ubah seperti baby arnab tercekik carrot, terus membawa dia ke hospital.

Selang sehari, berkumpulah enam belas adik beradik di hospital melawat Nek Midah, masing-masing datang dengan seribu satu alasan…agar terlepas dari tanggungjawab menjaga Nek Midah. Adalah sorang hamba Allah dalam kalangan enam belas orang ini mencadangkan agar orang yang menjaga Nek Midah ini dibayar…untuk menampung makan minum dan kos perubatan.

“kalau nak saya jaga..bagilah upah dengan duit makan mak”

Seorang hamba Allah bersuara. Lima belas yang lain terdiam. Masing-masing memandang siling hospital, agaknya ada Angelina jolie kat situ, bukan main merenung ke atas.

Ada ke patut, nak jaga mak kandung sendiri pun berkira-kira. Kalau anak tunggal bolehlah nak consider lagi ada masalah nak uruskan mak dalam keadaan begitu, ini enam belas orang. Gilir-gilirlah jaga. Siap nak mintak bayaran lagi tu. Dulu mak tu lahirkan, besar…sekolah..cuci berak sume enam belas orang tu..oraiit je. ..tak ada pulak nak bising lebey.

Sedang enam belas anak begitu asyik merenung siling, enam belas menantu masing-masing gelisah tidak keruan, bimbang kalau-kalau disuruh menjaga Nek Midah. Siap menjeling menjeling ku bertentang lagi.

Alahai…kerana seorang..enam belas yang lain bermasam muka. Kesian Nek Midah. Bawak-bawaklah berfikir panjang. Memanglah masalah hendak menjaga ibu dalam keadaan yang kurang sebegitu. Tapi, fikirlah…dia dah tua. Dulu penat dah menjaga anak-anak yang enam belas tu. Macam-macam perangai ada. Yang kencing malam lah, demamlah, ponteng sekolah lah..apelah… cubalah balas sikit jasa tu. Memanglah mudah bagai dikata, tapi susah hendak dibuat. Tapi ibu tetaplah ibu..bawak-bawaklah berbincang. ..taiiibbbb….

1 comment:

  1. Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
    [Al-Isra`: 23]

    ReplyDelete