Mar 28, 2012

kampung Changkat gohor

Siapa yang tidak kenal dengan Pak Mat Sapi. Orangnya garang umpama singa. Misai meleding jambul didepan. Pantang tersilap cakap buruk padahnya. Tiap hari ada saja mangsa maki hamunnya. Hari ni giliran Kamal unta pula dimaki hamun. Habis sumpah seranah herdik keji yang Kamal unta terima. Apa hendak dikatakan. Telan ajelah..hendak cakap banyak pun tak berguna.

Orang-orang kampung diwarung Pak Man lembu hanya mampu melihat dan menggeleng-geleng kan kepala. “apelah si Sapi tua bodoh ni…marah orang je kerjanya” keluh Jalak lenteng “tiap-tiap hari ada saja orang yang dia nak maki…memang kerja dia agaknya…cukup bulan claim gaji. Ni agaknya dia tengah buat OT lah ni” sambungnya lagi

“Dua malam lepas…aku kena maki hamun dengan dia…hish..tak puas hati aku” keras suara Jalak lenteng sambil mengepal-ngepal penumbuk ke tangan.

“Ala kamu tu Jalak…bukan aku tak tau..ngendap Jenab anak dara si Mat tu. Mananya tak mengaruk si Mat tu…” Pak Man lembu menyampuk “ Aku ngendap Jenab ..bukannya dia..apahal dia nak marah pulak..macamlah luak sangat badan si Jenab tu. Aku tengok sikit-sikit aje.”

Kelentang…!!! Kepala Jalak lenteng kena hempuk “kamu ni cakap macam orang tak sekolah. Bodoh…” sindir Pak Man lembu. “kau beragak sikit Man..aku ni bukan bodoh..kurang cerdik je..baca pandai tau...kalau jawilah..”

Sedang asyik bertekak Kamal unta tiba-tiba sampai diwarung dengan wajah muncung segalah. Dihentak-hentak kaki ke lantai. Berwap-wap debu naik ke udara. “hei..warung aku ni bukan panper nak hentak-hentak kaki. Kot ye pun marah beragak sikit. Aku grip jugak kepala kau nanti” marah Pak Man lembu. “Ala Man…aku tengah marah ni..paham-pahamlah. Tak sensitif betullah kau ni..sharing is caring tau”

Jalak lenteng menarik kerusi duduk disebelah Kamal Unta. “eh..kenapa sapi tua tu marah kat kau?” dia bertanya ingin tahu. Kamal Unta diam seketika. Tangannya mengurut-urut dagu “hmm..malam semalam aku jumpa si Jenab tu. Aku pegang tangan dia. Itu yang si Sapi tua nyanyuk tak sadar dek untung tu marah”

“huih…berani kau pegang tangan si Jenab tu…cari maut ke. Nasib baik Mat tu tak kejar kau dengan parang.” Getus Pak Man lembu. “heleh heleh…touch-touch sikit je pon…itupun dia nak kesah, bukannya aku pegang tangan dia. Ndak pulak aku pegang tangan dia haha” “kamu pun satu Kamal..yang pergi cari penyakit tu buat apa..kan dah terima padahnya. Aku taulah Si Jenab tu lawa. Badannya gebu kulitnya mulus senyumnya tulus”

“wah..wah.. baik kau punya perumpamaan ni Man. Macam dah ada hati jugak ni…” Kamal Unta mengangkat-angkat kening “kalau mahu katakan mahu..senang kita nak berbahasa basi”

“errr..sebenarnya adalah jugak” Jawab Pak Man lembu perlahan. Kamal Unta dan Jalak Lenteng ketawa berdekah-dekah mendengar pengakuan Pak Man Lembu. Tak sangka orang tua ni pun ada hati hendakkan anak dara pujaan kampung.

“sudah-sudahlah gelakkan aku tu..kang aku double kan hutang korang baru tau”

“haha..ok..ok..aku kelakar je. Tak sangka kau pun ada hati dengan Jenab tu. Tak sedarkan tua” tempelak Jalak. “hello…tua-tua aku pun steady lagi tau. Ada kerjaya di warung. Kereta datsun motor lambretta. Kau apa ada. Duduk melepak je” “eh..eh..kami ni warga kampung yang prihatin. Kalau bukan kami yang memajukan warung ni siapa lagi.” Tingkah Kamal. “ala start dari aku bukak warung ni sampai sudah hutang tak pernah tolak. Asyik tambah je. Date payment pun dah overdue, ape cte lu bai”

“ahh sudah…tak payah nak bertekak. Malam ni aku ada plan baik punya. Nak join tak?”

………………………………………………………………………………………………………………………………………

Pukul 2 pagi. Penduduk kampung sudah lama lena dibuai mimpi. Dingin malam membuatkan Jalak lenteng, Pak Man lembu dan kamal unta menggigil kesejukkan. Angin bertiup kencang, pokok-pokok kelapa di laman rumah Pak Mat sapi bergoyang kuat.

“eh..eh over pulak pokok nyor ni..taulah tengah berangin, goyang lebih pulak dia.” Jalak lenteng bersuara perlahan rasa terganggu dengan bunyi pokok kelapa bergoyang ditiup angin. Kamal menepuk bahu Jalak lenteng “shh..diamlah. Lantaklah pokok tu nak jadi apa pun. Yang kau kisah sangat nak buat apa.”

“ahh..konsentrasi aku terganggu….”

“shhh…dah jom kita cari bilik Jenab” Pak Man lembu bergerak perlahan. Mereka bertiga bercadang untuk menculik Jenab. Lama sudah mereka geram melihat Jenab, gadis kampung pujaan ramai. Badannya gebu. Senyumannya mengukir lesung pipit di pipi. Kulit yang putih menambahkan lagi seri pada wajah. Sesiapa sahaja akan tergoda tatkala melihat wajah anak dara Pak Mat Sapi itu. Inilah yang merisaukan hati Pak Mat Sapi sekeluarga. Mereka sedar Jenab memang ‘hot’ lagi ‘ngetop’ leleh…..

Berbekalkan hati yang waja dan akal yang singkat mereka pun bergerak perlahan menuju ke bilik Jenab. Jalak lenteng yakin itulah bilik Jenab, sudah lama dia perhatikan gerak geri mereka sekeluarga. Boleh kata tiap-tiap malam dia akan datang mengintip melepaskan hajat hati menatap wajah Jenab gadis pujaan.

Serang……!!!!! Mereka terkejut beruk mendengar jeritan itu. Dalam masa beberapa minit sahaja mereka telah dikepung oleh penduduk kampung. Halamak…tertangkap lah pulak. Apa lagi menggigil ayam lah mereka. Dari jauh Pak Mat sapi datang membawa raket badminton. Kelihatan Mak Jah kambing isteri Pak Mat Sapi menjengah-jengah dari beranda rumah.

“err…assalammualaikum Mat..apa khabar? Nak main badminton ke hehe” terketar-ketar Jalak lenteng menegur. Pak Mat Sapi mendiamkan diri. Tangannya memintal-mintal misai. Raket yonex besi carbon dihayun-hayun ke udara. “kamu jangan nak berseloroh dengan aku ye. Raket ni bukan sebarang raket. Ada tandatangan Lee chong wei kamu tau. Malam ini aku nak kamu bertiga rasa kekuatan hayunan smash aku. Berani kamu nak membuat onar dengan anak dara aku ye..ciss…ini keturunan pahlawan Melaka tau. Pantang maruah tercabar.”

“sabar..Mat..sabar….kami bukan nak buat apa…nak culik Jenab aje hehe…jangan lah marah”

kelepap!!!!...aduh aduh… jerit Jalak lenteng, kamal unta dan Pak man lembu kena hempuk kepalanya dengan raket badminton keluaran yonex tandatangan Lee chong wei kebanggaan Pak Mat sapi itu. Penduduk kampung bersorak kegirangan melihat mereka menjerit- jerit kesakitan.

“kurang ajar kamu. Berani nak menculik Jenab ye. Malam ni nahaslah kamu. Yearghh..kill kill die die…” habislah, Pak Mat sapi dah naik sheikh. Jenab dan Mak Jah kambing hanya memerhati dari beranda rumah. “kekandaku..pukul lagi kuat… I sapot u…yeahhh….” Jerit Mak Jah kambing sambil melompat-lompat ala-ala pom pom girl. “yearghh..papa rock……” Jerit Jenab juga sambil menunjukkan ibu jari menandakan bagus seyhh.

………………………………………………………………………………………………………………………………………

Pagi itu Pak Man lembu, Jalak lenteng dan Kamal unta diusir oleh penduduk kampung. Kepalang sedihnya hati mereka bertiga. Dan yang paling sedih sekali adalah Pak Man lembu kerana ramai penduduk kampung masih belum melunaskan hutang diwarung. Sebelum meninggalkan kampung Pak Man lembu berpesan

“kamu semua jangan gembira sangat. List nama orang berhutang ada dengan aku. Nanti aku balik aku claim dengan bunga sekali… aku pun masih ada hutang lagi dengan koperasi…jangan lari dari hutang…tungguuuuuuu…” Penduduk kampung yang begitu asyik bersorak tadi diam tiba-tiba. Masing-masing mengeluh, ingatkan tak perlu bayar hutang. Kena jugak rupanya.

Namun, nasi sudah menjadi bubur. Hendak menyesal pun tidak berguna lagi. Melangkahlah mereka bertiga keluar dari kampung itu bersama perasaan malu dan penyesalan yang tidak terhingga. Itulah akibatnya kalau nafsu mengatasi akal yang waras. Mulai dari hari itu aman damai lah kampung Changkat gohor, Jenab pula sudah dijodohkan dengan jejaka pilihan hati. Legalah hati Pak Mat sapi dan Mak Jah kambing setelah selamat anak dara mereka diijab Kabul kan.

No comments:

Post a Comment