Feb 11, 2011

tangga...

Bunyi tangis teresak-esak kedengaran dikaki tangga. Sesekali terdengar batuk-batuk kecil. Air mata Balkish tidak terbendung lagi, deras mengalir dipipi gebunya. Mata yang cantik… kemerahan. Dia memegang gambar Wardah. Adik kesayangannya.

*****************************************************

“kakak kenapa menangis kat tangga ni?” Wardah muncul dari belakang. Balkish mengesat air mata “kak long sedih, nanti angah dah belajar di Mesir, siapa yang nak kawankan kak long lagi.” Wardah memeluk Balkish, kepalanya dibaringkan ke bahu Balkish. “kakak, walaupun adik jauh, tapi adik tetap ada di hati kakak. Kakak pun tetap ada dihati adik, kemana pun adik pergi.” Kembang hati Balkish mendengar kata-kata Wardah. Dipeluk adiknya …pipinya dicium berulang kali. Wardah hanya mendiamkan diri, air mata mewakili segalanya.

“hah, cukuplah tu, adik kamu tu bukan nak kemana pun, dia nak pergi belajar.” Mak Jah, ibu mereka muncul tiba-tiba. Balkish dan Wardah tersenyum sambil mengesat air mata.

“bukan apa ummi, nanti Akish rindu dekat dia. Akish dah tak ada adik lain lagi” Jawab Balkish. Dia bangun duduk disebelah Mak Jah, lengan Mak Jah dipeluk. “ish kamu ni, biarlah dia, takkan nak duduk bawah ketiak kamu je…nanti cuti dia baliklah” Balas Mak jah, tangannya, lembut mengusap-usap kepala Balkish. Wardah turut bangun duduk disisi Mak Jah…

“doakan Adah nanti ye ummi” perlahan suaranya….petang itu, Merupakan petang terakhir bagi si ibu membelai si anak dan si kakak memeluk si adik. Esok, Wardah akan berlepas ke Mesir, untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Al Azhar. Universiti yang sentiasa menjadi pilihan hati sejak dari bangku sekolah lagi.

“kakak…!!! Doakan Adah ye….jumpa lagi..sayang kakak” laung Wardah dari dalam teksi. Ditangga, Mak Jah berdiri seorang. Jauh dilubuk hati…terasa berat untuk melepaskan Wardah pergi jauh, tapi apakan daya. Memenuhi kehendak seorang anak...adalah segalanya bagi seorang ibu.

“belajar rajin-rajin…jaga diri..!!!” Balkish melambai-lambai tangan, matanya bergenang, sebak memerhatikan Wardah yang semakin hilang dari pandangan.

Hari bertukar minggu, minggu bertukar bulan, masih tiada khabar diterima. Sibuk sangat agaknya. …Balkish membuat telahan. Buku Malaysian Taxation ditutup. Dia merupakan pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, jurusan perakaunan. Tinggal 3 semester sebelum melangkah kealam perkerjaan. Saban hari dia menunggu khabar berita dari Wardah. Peti surat sering dibuka, kalau-kalau ada berita dari Wardah. Rasa rindu semakin meluap-luap.

‘Buletin Utama…melaporkan perarakan besar-besaran di Mesir menunjukkan rasa tidak puas hati kepada kepimpinan kerajaan. Banduan-banduan dilepaskan. Suasana menjadi semakintidak terkawal…..’

Luluh jiwa Balkish mendengar berita tersebut, tangannya lantas mencapai telefon bimbit… nama ‘ummi sayang’ dalam ruangan ‘contact’ ditekan…

Balkish : hello…ummi, dah tengok berita?

Mak Jah : dah, ummi dah tau…ya Allah…macamana lah adik kamu ni.

Suara Mak Jah bergetar, membayangkan kerisauan dihati yang semakin memuncak.

Balkish : Ya Allah ummi, apa kita nak buat ni….Balkish risau lah…

Mak Jah : Sabar..sabar… esok Balkish balik ye…nanti kita bincang

Mak Jah resah memikirkan Wardah, tiada siapa lagi dalam hidupnya…hanya Wardah dan Balkish permata hatinya. Sebab untuk dia terus bernafas. Suami tercinta sudah lama meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Ketika itu Wardah baru berumur sebulan. Tidak sempat merasa belai manja seorang ayah. Pada Balkish dan dia sahajalah tempat Wardah bermanja-manja. Mak jah tidak sanggup kehilangan seorang lagi orang terpenting dalam hidupnya…tidak …selagi dia belum memejamkan mata.

Selesai menunaikan Solat zuhur, Balkish duduk disamping Mak jah. Mak jah duduk ditangga, memandang jauh, seperti menanti kepulangan seseorang. Mata Mak Jah sembab, kerana terlalu banyak menangis. “ummi, sabarlah… kita sama-sama doa ye…” Balkish memujuk, lengan Mak Jah dipeluk…

“Macammana Ummi nak sabar, kalau anak ummi dalam bahaya…kalau…..” Mak Jah senyap…mulutnya ditutup, jiwanya kusut memikirkan keadaan Wardah. Tiada langsung Khabar berita darinya. Balkish kelu, getar dalam hati cuba disembunyikan, bimbang lebih menganggu emosi Mak Jah.

Kriingg…kriinngg… kringg…krriinnggg…!!! deringan telefon memeranjatkan mereka…..lantas bergegas ke meja telefon.

Mak Jah: hello…..

Diam beberapa ketika….

Mak Jah : Ya Allah….!!! Wardah………

Mak Jah terduduk, gangang telefon terlepas dari tangannya. “ummi…ummi.. kenapa ni…kenapa?” Balkish resah. “Wardah… akish…Wardah….” “kenapa dengan Wardah Ummi…kenapa..?”

Mak Jah duduk sendirian dibilik Wardah. Memerhatikan segenap ruang bilik, baju Wardah dicium-cium. “ Ya Allah…kenapa kau ambil Wardah dari aku…”

*****************************************************

Balkish menangis lagi, ditangga itulah tempat terakhir dia memeluk Wardah. Gambar Wardah digenggam erat. Kini tiada lagi usikkan manja dari seorang adik. Tiada lagi kedengaran suara Wardah mengomel kerana kepenatan. “kakak…!!! Doakan Adah ye….jumpa lagi..sayang kakak” ucapan terakhir dari mulut Wardah masih terngiang-ngiang di telinga Balkish. Seperti semalam kata-kata itu dilafazkan. Pelupuk mata terus basah. Namun yang pergi tetap pergi. Gurau senda,tangis tawa..kini tinggal dalam lipatan sejarah.

“kakak, walaupun adik jauh, tapi adik tetap ada di hati kakak. Kakak pun tetap ada dihati adik, kemana pun adik pergi.”
p/s :
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang. kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Agama Allah itu; orang-orang mati. bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali"
~~~ Al-Baqarah 2:153-156

6 comments:

  1. sedih seh story...
    bape lame karang citer nie??
    nk tahu gak..
    heheh

    nyway,org tlg bg ikan kat sblh nie mkn..
    cian dorang.. lapar!!

    hm,sape nyanyi lagu yg de kat ur blog nie ea??
    n title of the song...

    ReplyDelete
  2. ehek...sedihnye crta ni...based on true story ke ni?

    ReplyDelete
  3. cerita ni, biasanya 15 ke 20 minit, janji dah ada dlm kepala....silalah bg makan ikan tu, sian die lapar hehe...

    story ni...utk maksud yang lain...ok..=)~

    ReplyDelete
  4. cuba pejamkan mata, fikirkan orang2 terpenting dalam hidup....

    ReplyDelete
  5. cepatnya wardah pergi dipanggil Ilahnya...bersediakah kita saat kita dipanggil kelak? (wardah? ehmm..sounds nice ^_^)

    ReplyDelete