Feb 15, 2011

Cermin

Jam dinding menunjukkan pukul 2.00 pagi, Suhail masih belum dapat melelapkan mata. Jiwanya kacau. Sejak akhir-akhir ini ada perkara yang merunsingkannya, datang dan pergi silih berganti. Dia cuba mencari dimana mula dan silapnya. Apa sahaja yang cuba dibuat seolah-olah tidak menjadi, setiap hari dirasakan kosong...ibarat jasad tidak bernyawa..bergerak mengikut masa.

Suhail melihat gambar ibu dan ayah dimeja. Bagaimanalah keadaan mereka sekarang. Dah lama rasanya tidak berjumpa. dirumah, kalau masa-masa begini..memang dah lama berdengkur....

Suhail menguap dua tiga kali, rasa mengantuk mula menusuk-nusuk.... sambil itu tangannya menyeluk poket mengeluarkan telefon bimbit. Butang 'Gallery' ditekan. Dia melihat gambar-gambar lama….hmm…Syuhada, Hanafis…apa khabar agaknya mereka sekarang. Seingat Suhail, kali terakhir dia berjumpa dengan mereka ketika majlis pertunangan Syuhada. Masa itu, Syuhada kelihatan manis berbaju ungu. Hanafis tidak habis-habis mengusik Syuhada. Menjadikan suasana gamat dengan gelak tawa.

Pssstt….pssstt….tiba-tiba ada suara memanggil. Suhail terperanjat….dari mana datangnya suara itu pagi-pagi buta begini. kawan bilik semuanya dah tidur. Psssttt..psstt.. “kat sinilah..” Suhail tercengang, suara itu datang dari arah cermin bilik. Dingin pagi yang menusuk ke tulang menjadikan keadaan lebih menyeramkan. Pssstt…psstt….

“hei…cepatlah..!!!!”

“Allah…!!!” Suhail terjaga. Dia tertidur rupanya. Telefon bimbit masih lagi berada ditangan. “Allahuakbar…” Suhail menyebut kalimah itu berulang kali sambil menekup-nekup tangan kemuka. Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi. Rakan-rakan bilik sudah lama lena, dibuai mimpi-mimpi indah.

Suhail terpandang cermin dalam mimpinya, serta merta dia merasa gugup. Mimpi tadi seperti bukan khayalan...dia berasa tidak sedap hati. Perlahan-lahan dia bergerak mendekati cermin, sebaik melihat ke dalam cermin. “Subahannallah……!!!!” Suhail terpempan ke katil. Dia melihat seseorang seperti dirinya dalam keadaan yang sangat mengerikan. Mukanya penuh dengan ulat-ulat berengga. Kudis sana sini. “hei…hei…kenapa takut ni, ini akulah. Diri kau…takkan kau tak kenal aku?”

“aku tak kenal kau…kau siapa?” Suhail memejamkan mata. Dia memberanikan diri untuk bercakap dengan lembaga itu. “kau kata tak kenal aku. Aku adalah kau…kau adalah aku…pssttt..pssttt”

“apa maksud kau? Aku tak faham..” Suara Suhail bergetar… senyap.... ...Suhail membuka mata perlahan-lahan. Dia terkedu, lembaga yang menyerupai dirinya sedang merangkak keluar dari dalam cermin. “Pssstt…..psssttt…. aku adalah kau….kau yang buatkan aku begini…” jawab lembaga itu sambil merangkak kearah Suhail. Suhail terkesima... tidak mampu bersuara..lutut seperti tidak bertulang. Pengsan….

Selang beberapa ketika Suhail terjaga…..

“Pssssttt…psstttt..bangun diriku..bangun…!!!” tegak bulu roma Suhail bertentangan dengan lembaga itu, wajahnya mengadap ke muka Suhail “kenapa kau buat aku begini…lihat lah aku…aku adalah amalan kau… kau takut dengan amalan kau???” Suhail tidak mampu menjawab soalan itu…rasa takut, gugup gementar bercampur baur dalam dirinya. “kau diam..!!!!! kau yang buatkan aku macam ni!!!! Mana amal kebaikkan kau??!!!.. kau sibuk dengan urusan dunia….kau sibuk dengan perkara yang akan mencelakan kau!!!! Kau lupakan akhirat!!!....... Kau abaikan aku!!!!”

Paamm…!!! Suhail tejatuh ke lantai. Dia memandang sekeliling…suasana kelihatan suram. Bertemankan lampu tidur yang malap....dia memandang ke cermin. Betul ke aku ni. Bisik hatinya. Dia cuba mengingat kembali semua yang terjadi. Telefon bimbit…Hanafis…Syuhada..cermin…dan lembaga. Semuanya seperti betul-betul berlaku. Tanpa disedari, pipinya terasa hangat. Suhail menangis…..

“Ya Allah….tuhan yang menjadikan alam dan segala isinya. Segala yang berlaku adalah dengan izin-Mu Ya Allah. Ampunkan semua dosa-dosaku. kalau Kau izinkan ku untuk berdosa. Aku pohon…aku pinta…. Kau izinkanlah aku untuk bertaubat. Izinkanlah aku untuk bergerak mendekati-Mu. Dengan cara yang Kau redhai. Selamatkanlah aku dari fitnah yang menyesatkan. Jangan Kau ambil rahmat-Mu dariku..Ya Allah..aku pohon hidayah-Mu”

"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus."
~~~Surah Al-Kahfi: 7-8

2 comments: