Jan 15, 2011

light friday morning...

Bunyi lagu ‘surgamu’ dari kumpulan ungu pada ‘handphone’ Syaami, berdendang nyaring, memecah sunyi disubuh hari. Syaami bangun dengan mata terkulat-kulat, tuala dan berus gigi dicapai. Rakan bilik masih lena dibuai mimpi. Ada yang sedang meniarap, ada yang tertonggeng, yang macam kuak lentang pun ada…”hmm..macam-macam gaya budak ni tidur..”

Selesai sembahyang subuh, Syaami membaca Mathurat…dengan mata yang kuyu, tersengguk-sengguk menahan mengantuk. Sekali sekala dia menguap lebar. Rakan bilik masih belum bangun dari tidur. Penat sangat agaknya. Selesai membaca, dia bangun mengejut rakan-rakan yang lain. Macam nak dibaling bom kat telinga masing-masing, “ahh..lantaklah..janji dah kejut”…..Treng teng teng…apa lagi, sambunglah tidur.

Dalam tidur, Syaami bermimpi menjadi seorang CEO Berjaya disalah sebuah syarikat terkemuka di Bandar. Kehadirannya menjadi paradigma baru dalam sejarah syarikat tersebut. Dia disegani oleh pekerja-pekerja senior mahupun junior. Ada kereta mewah, rumah besar..dan sebuah keluarga yang bahagia. Akhirnya Syaami Berjaya menubuhkan sebuah syarikat dalam industri pembinaan dan perkapalan. Perniagaan bercorak ‘diversity’ menjadikan dia salah seorang ahli perniagaan terkemuka. Kemudian, datanglah pelbagai tawaran kepadanya untuk membuka cawangan di luar Negara, pelbagai ‘title’ diperolehi, dato’, tan sri, apa-apa jelah.

Bunyi lagu ‘surgamu’ menganggu mimpi indahnya…”hmm..7.45 sekejap lagi lah” Syaami tidur lagi. Kali ini tiada lagi mimpi. …kosong…

Pamm!!!!...bunyi tingkap bilik berlaga ditiup angin kuat mengejutkan Syaami… dia melihat jam… “WHAT..!!!!!!!!!!!” 8.50 pagi, dia ada kelas pukul 9.00 pagi. apa lagi…selimut kemana, bantal kemana… lantas baju ditukar, rambut diusap ala kadar. Berus gigi dan kunci motor dicapai. Vrrooooommmm……berdesup kencang…dalam hati Syaami menyumpah-nyumpah dirinya. “kenapalah boleh tak terjaga ni, adulah….” Dengan kepala yang melayang-layang, Syaami memecut laju. “Syaami…!! Ada pak guard jaga kat jalan besar…” Syaami menoleh, dia melihat Azri dibelakang, “yeke…aku tak pakai helmet ni”….”kau parking kat sini..” jawab Azri. Apa lagi, Syaami meletakkan motor disitu, dengan keadaan yang begitu kusut masai, fikiran tak tentu hala, dia berjalan ke kuliyyah, jam sudah pukul 9.15 pagi. “sibuk je pak guard ni, pilihlah hari lain, banyak lagi hari dalam seminggu…hari ni jugak dia nak pilih, orang nak cepat pergi kelas ni”

Sampai sahaja di kuliyyah, Syaami masuk ke tandas, dia memberus gigi…ada seorang pelajar lelaki disitu, melihatnya…”sorry..kat mahallah tak ada air ke??” pelajar tersebut bertanya. Pertanyaan itu seperti menekan ‘button’ stressnya, dia cuba bersabar “haah, tadi tak ada air…”jawabnya slumber. “alamak..tak ada air lagi..okey…terima kasih” Pelajar itu keluar dari tandas. Hahahahaha…Syaami ketawa puas hati, nasib baik tiada orang didalam tandas, “lawak antarabangsa untuk diri aku….” Sengaja Syaami mengiyakan sahaja pertanyaan pelajar itu, malas nak melayan….dia mahu cepat ke kelas.

Sesampai dikelas, Syaami membuka pintu perlahan-lahan…sir duduk membelakangkannya, dengan penuh berhati-hati dia menyusun langkah, bimbang membuat bising. Sesekali dijeling lecturer didepan. Fuhh…tak perasan. Cepat-cepat dia duduk. Pelajar didalam kelas terjongket-jongket menahan ketawa. “Alhamdulillah…sampai jugak…”

Legalah Syaami kerana tidak terlepas pelajaran hari tu. Semester ini, dia cuba untuk tidak ‘skip’ kelas selalu. Biarlah terlambat sekalipun, dia kena pergi juga. Hari itu menjadi pengalaman pertama dia untuk semester itu. Harap-harapnya itulah yang terakhir. (^_~)

"Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. “

(At-Taalaq: 65:3)

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara)."

(al-Ahzaab:33:70)

p/s : lain kali kalau orang tanya, jangan nak berbohong ye….http://www.emocutez.com

2 comments:

  1. pgajarannye: jgn tido lps subuh....hehe..
    pinjam lagu..hik2

    ReplyDelete
  2. kalau saye jadi lecturer tu,memang saye ketuk je syaami ni..=D

    ReplyDelete