Jan 14, 2011

level four story...6

Damainya pagi selepas hujan dimalam hari. Terasa minda begitu lapang sekali. Alam panorama kelihatan subur menghijau, Fary menarik nafas panjang. Kata orang menghirup udara segar dapat menenangkan jiwa. Kepalanya terasa ringan. Awan putih bersama kabus pagi berarak perlahan dilangit yang biru, begitulah indahnya alam jika manusia tidak mengkufuri nikmatNya.

***loceng rehat dibunyikan, semua pelajar bergegas keluar dari kelas… “Fary ..nak kemana tu? Jomlah rehat sekali” Pelawa Aiman. Fary memasukkan ‘notepad’ kedalam saku baju, pen disangkutkan ke kocek seluar “hmm…taknak lah, aku kene bertugas ni..” “alah..nak pegi kelas cik lin tu cakap ajelah, kan senang…” Lina menyampuk dari muka pintu “dahlah, Aiman, Farish…jom cepat, nanti habis pulak nasi lemak tu” sambungnya lagi. “ish sibuk je minah karan ni” gerutu Fary.”. Dikelas Shafalina, tiada orang. Hmm…dia terlambat***

Petang semalam, dia menerima surat dari Shafalina..hari ini dia mahukan penjelasan yang lebih. Bukan itu jawapan yang dia inginkan. Malangnya, tiada sesiapa disitu. Fary melangkah pergi.

“lina, apa kena dengan Fary tu? ..macam orang gila bayang je..”

“lah..kau ni lambat lah Farish, makan je laju…dia tu tengah gila bayanglah..” Farish menggaru-garu kepala. Bibirnya comot dengan sambal nasi lemak. “hah..!! gila bayang???” dia bertanya lagi. Aiman menepuk bahu Farish “kau nikan, kalau selain dari makan, kau memang lembab agaknya kan??? Fary tu tengah gilakan Lin lah..bukan kau tak tau dia tengah sibuk nak ngorat Lin tu” ketika sedang berborak Shafalina tiba-tiba muncul “Assalammualaikum, boleh saya duduk?” dia bertanya. Farish, Aiman dan Lina terpaku….masing-masing senyap.

“kalau begitu tak apalah..” Shafalina berpaling…

“eh..eh..duduklah…duduk..sorry, kitorang terkejut je, cantik Lin hari ni” Lina bingkas menarik tangan Shafalina…dia cuba berselindung dari perkara sebenar. Farish dan Aiman terkempas kempis perut menahan ketawa.

*************************************************

Krriingggg…!!!! Loceng terakhir pada hari itu dibunyikan. Berduyun-duyun pelajar keluar dari kelas, Fary berlari turun, dia ternampak Shafalina sedang berjalan di kaki lima perhimpunan.

“Shafalina…..Shafalina….!!!” Fary menjerit dari jauh, namun riuh rendah suara pelajar menenggelamkan jeritannya. Shafalina semakin menghampiri pintu pagar sekolah. Fary terus berlari. Keadaan berbukit dari kawasan perhimpunan dan pintu pagar sekolah mempercepatkan larian Fary.

“Shafalina …tunggu….!!” Fary menahan …Shafalina terperanjat. Dia menoleh ke tempat lain. “apa yang awak nak? Saya nak cepat ni” “tunggu..tunggu…saya mahukan penjelasan dari awak. Kenapa awak tolak saya”

“Tolak..?? apa maksud awak”

Fary mengeluarkan surat tulisan tangan Shafalina. “ini, saya mahu penjelasan ini” jawabnya sambil menunjuk-nunjukkan surat itu.

Shafalina gelisah, dia memandang beberapa orang pelajar perempuan yang sedang memerhatikan mereka berdua, “ish..apa yang saya tulis tu, itulah penjelasan saya…apa yang awak mahu lagi?”

“memanglah…tapi..” …………………….

“sudahlah….” Shafalina menolak Fary dengan begnya, Fary terpempan ke belakang. Dia terkesima, Shafalina cepat-cepat pergi dari situ. Mukanya terasa tebal. Malu dengan apa yang sedang berlaku. Air mata menitis di pipi, entah kenapa dia tidak dapat menahan sebak didada. Peristiwa tengahari itu betul-betul memalukan. Tidak pernah sepanjang hidup, ada orang melakukan perkara itu kepadanya. Ini membuahkan rasa benci dia terhadap Fary.

“ahh…apa yang aku dah buat ni..” hati kecil Fary terdetik, rambutnya diusap-usap kebelakang. Dia tidak menghiraukan mata-mata yang memandang. Dia merasa bersalah. Tidak sepatutnya dia melakukan perkara ini kepada Shafalina. Bagaikan ada malaikat tiba-tiba muncul dalam hatinya. “apa yang kau buat ni Fary..kau sedar tak apa yang kau buat ni???!!!” malaikat itu seperti menengkingnya. “Kau tau tak, Shafalina tu perempuan..dan kau lelaki…kamu bukan muhrim” Malaikat itu bersuara lagi.

“ahh…maafkan aku” Fary mengeluh, dia seperti menjawab pertanyaan itu. “aku tau..dia perempuan, dia bukan hak aku…aku…aku… terlupa..”

“kau terlupa..atau kau terleka!!!!” bentak malaikat itu. Serta merta kilat memancar, disambut dengan petir dan guruh sabung menyabung. Lamunan Fary terhenti, dia mendongak kelangit. Mendung, entah bila mendungnya dia sendiri tidak sedar.

~~~“Ya Allah, hamba Mu adalah Hamba selemah-lemah hamba. Mendung dihati gelap dijiwa. Langkahku satu, songsangnya beribu…Aku bukan hantu….....hanya hamba yang Menadah tangan..merayu ditunjukkan pintu…….. Ada masa, aku begini, ada masa aku begitu…ku memberontak pada kejahilan itu. Ku tahu, Ku sedar…namun.... lalai tetap dengan lalainya, leka tetap dengan lekanya. Sekali kehadapan sepuluh kali kebelakang..sekali mencuba seratus kali gagal…. Adakah Kamu menguji aku begini, atau mungkin aku sendiri masih lemah untuk mengerti baik buruk nukilanMu. Ampunkan aku..susunkan aku dalam baris kekasihmu, biarlah aku berdiri dibelakang sekalipun…kerana itu lebih menggembirakan. Aku seperti semut dalam lembaran takdirMu” ~~~


No comments:

Post a Comment