Jun 15, 2011

WARKAH DARI SANA

Seorang pemuda melangkah masuk ke satu ruangan yang dipenuhi oleh manusia berbaju hijau. Matanya meliar melihat keadaan sekeliling. Terpancar kesuraman pada ruangan itu. kebosanan, kesedihan mahupun kerisauan seakan terasa pada diri si pemuda. Suatu perasaan yang mudah difahami oleh sesiapa sahaja.

Pada hujung sudut, pemuda memandang kelibat seseorang yang dicari. Wajah merona senyuman. Seseorang yang dikasihi lebih 23 tahun lamanya. Tidak pernah berkurang walau sedetik.

Duduk pada ruangan itu, bersama seseorang , berbagai perkara yang diceritakan, baik hal dirumah mahupun hal peribadi. Sesekali terdengar deraian ketawa berselang seli dengan tepuk tampar. Suasana menjadi riuh. Orang sekeliling menjeling pandang, hairan melihat gelagat mereka.

“aduh..aduh…” pemuda itu memegang bahunya….

“eh..eh..sorry..sorry..mama tak sengaja…”

Bahu pemuda yang patah sewaktu pulang dari melawat ibunya di hospital masih terasa. Keadaan ibu yang masih ditahan di wad sedikit sebanyak menganggu fikiran pemuda itu. Kalau dikira-kirakan hendak dekat sebulan ibunya di hospital.

Ada seorang pesakit yang sudah tua dihadapan katil seseorang, nurse disitu memanggilnya Nek Nani. Fizikalnya bongkok, tidak mampu untuk berjalan dan bercakap, Pampers dipakaikan padanya , menurut kata Nurse, Nek Nani semakin menunjukkan kemajuan. Dulu tangan tidak boleh digerakkan langsung, kini bolehlah untuk digerakkan, walaupun pada keadaan yang terbatas.

“Dia tak ada sedara mara ke?” Pemuda bertanya pada seseorang

“Ada..tapi adik beradik dia pun macam tu jugak…tak berapa sihat…”

Pemuda menggaru-garu kepala, kasihan melihat keadaan Nek Nani, siapalah yang boleh diharapkan untuk menjaga dia. Ikut kata nurse, rumah kebajikan belum ada lagi yang mahu menerima dia.. tak tahu kenapa. Kalaulah Nek Nani ada anak, ada juga tempat tumpang berteduh, itupun kalau si anak boleh diharapkan. Tak ramai anak zaman sekarang yang sanggup untuk menjaga ibu dalam keadaan begitu. Sudahlah makan pakai disediakan. Kencing berak pun perlu dicuci, ditambah pula dengan beban kerja dipejabat, kerenah anak-anak sendiri, jiran-jiran, rakan sekerja, ataupun masyarakat luar sudah cukup melengkapkan masalah hidup.

Kalau bapak-bapak atau ibu-ibu zaman tok nenek dulu, memang garang-garang..pantang silap sikit..melekat penampar ke muka. Kalau nasib tak baik kenalah penerajang free2 je. Tapi garang-garang mereka pun tugas sebagai ibu bapa masih dijalankan, begitu juga tugas sebagai seorang anak. Dulu, kalau cikgu lempang kat sekolah, kat rumah dapat ‘flying kick’ pulak. Mungkin kerana itulah mereka menjadi orang berguna sekarang.

Kalau zaman sekarang, anak-anak dijaga elok. Dibelai, ditatang bagai minyak yang penuh. Umpama luka dihujung jari balutnya satu badan (agak2lah kan). Cikgu lempang disekolah..ibu telefon lawyer di rumah. Akhirnya anak-anak jadi seseorang yang langgar bahasa. Dengan orang tua pun dah pandai meninggikan suara. Kalau dulu ayah mak periksa dapat keputusan elok-elok dapat peluk cium. Budak-budak sekarang dah tak heran dengan tu semua. Paling cikai pun psp..ps1??? tak ada dalam kotak minda generasi sekarang dah..outdated. Kalau tak dapat, merajuk. Muncung panjang segalah.

Pernah pemuda menonton rancangan ulangan, wawancara personality terkenal di TV, tetamu jemputan rancangan wawancara itu ada memberikan pendapat yang dirasakan betul-betul ‘low minded’ punya pemikiran.. budak kecil harus diberikan duit untuk menyuruh mereka membuat kerja dirumah. Andai mereka mencuci pinggan berikan mereka duit, andai mereka mengemas bilik berikan mereka duit..dan sebagainya. Pemuda betul-betul meluat mendengar pendapat begitu. Seolah-olah suatu tanggungjawab sudah bertukar menjadi satu pekerjaan yang mesti dibayar. Mesti dihadiahkan sesuatu. Kanak-kanak dididik dengan hadiah itu dan ini hanya kerana mahu mengajar mereka cara untuk menguruskan hidup. Suatu pendapat dangkal yang tidak langsung boleh ditoleransi. Andaikatalah anak-anak sudah terbiasa dengan tradisi seperti itu, bolehkah diubah persepsi mereka apabila dewasa kelak. Tepuklah dada sendiri.

“eh bau apa pulak ni…” Tiba-tiba pemuda terbau sesuatu yang kurang menyenangkan.

Kepala seseorang terhanggak-hanggak melihat Nek Nani…”Lah Nek Nani main taik pulak dah…” seseorang menepuk dahi, bingkas bangun untuk mengadu pada nurse yang sedang leka berborak di kaunter hadapan.

Aiseymen…Nek Nani main taik lah, pemuda itu gelisah, ish..tak tahan macam ni..nak tunggu ke nak cabut terus. Mencongak-congak didalam fikiran sambil kembang kempis hidung menahan bau, kalau tidak disebabkan seseorang ada disitu, mahu pemuda mengangkat kaki.

“err..mama, jom kita duduk kat depan tu…biar nurse tu bersihkan Nek Nani dulu..” cadang pemuda itu.. bau yang agak kuat menyebabkan ruangan itu semakin ‘coklat’.

Beruntung lah kerana ada nurse yang sudi untuk mencuci najis Nek Nani. Tak mengeluh pun, hmm..mungkinkah semua nurse seperti yang dilihat oleh pemuda itu. Entahlah, mungkin ada mungkin tiada.

Begitulah Nek Nani, semalam dan hari ini. Tidak pasti apakah yang bakal dia tempuhi pada masa akan datang. Semoga kehidupannya lebih sempurna kelak. Amin….

1 comment:

  1. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a berkata: Telah datang seorang laki-laki kepada Rasulullah saw lalu bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin?” Rasulullah saw bersabda: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ibumu.” Orang itu terus bertanya: “Kemudian siapa?” Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ibumu.” Orang itu terus bertanya: “Kemudian siapa?” Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ayahmu.” [HR. Bukhori, Muslim, Ibnu Majjah, Ahmad]

    ReplyDelete