Mar 3, 2011

Pada seorang aku...1

Dalam kesibukkan, masa yang menghenyak diri ke tepi, aku masih lagi mampu berfikiran dengan waras. Masih lagi dapat membezakan antara hidup dan kehidupan. Saban hari persoalan yang sama timbul, kemanakah langkah aku selepas ini? Apakah yang akan aku lakukan? Siapakah aku nanti? Adakah aku akan menjadi seperti mereka yang lain?

Jelas sekali aku ada cita-cita dalam hidup ini, seperti mereka semua. Mempunyai matlamat yang boleh dijadikan alasan untuk terus bergelumang dengan penderitaan ini. Permulaan yang sempurna, beransur menjadi semakin berliku. Dari detik pertama menjejakkan kaki ke sini, dalam diri masih tersemat matlamat yang sama….Suatu hari nanti aku ingin menjadi seseorang…somebody. Setiap kali diri tersesak atau terbeban dengan seribu macam tekanan, matlamat ini akan datang menjengah..memberikan harapan yang tidak tahu sahih kunjung tibanya.

Dari satu pilihan, aku beralih ke pilihan yang lain. Bermula dari Pusat asasi, dari program setahun aku tukar ke program dua tahun, dengan harapan untuk menjadi yang terbaik, mengumpul sebanyak mana yang aku mampu. Dan disini, berubah lagi. Harapan bertukar, kemudian aku mempunyai pilihan..dari major A aku tukar ke Major E. Masalah utama ialah kekangan masa, dan masih banyak lagi harapan yang perlu aku penuhi. Aku membuat keputusan untuk ke major E. Menyesal..??? mungkin ya..mungkin tidak.

Seperkara yang selalu aku ingatkan, sejauh mana pun aku merancang…aku tidak mampu melawan takdir illahi. Manusia ibarat hasil lukisan, kertas, berus dan warna Dia yang sediakan. Yang mampu kita lakukan hanyalah berdoa memohon agar hasil lukisan selepas ini akan lebih meriah dan lebih cantik hasilnya. Hidup adalah sebuah cerita, pada mereka yang tahu membidik pada plotNya, dia akan mendapat frasaNya.

Di kuliyyah, aku lebih suka berseorangan, kadangkala sukar aku nak menutupi sesalan dengan senyuman. Adakala berjumpa dengan teman-teman baru, senyuman, lawak-lawak kosong menjadi tabir pada hati yang penuh dengan penyesalan. Setiap hari, setiap kali pen digenggam, buku dibuka…aku teringat pensel dan kertas lukisan. Berus warna…. Board. Sekali sekala berjumpa dengan rakan-rakan lama. Dah final year rupanya. Sedang aku ….masih disini. Ya Allah…apa yang Kau sedang tunjukkan pada aku…apakah yang sedang Kau cuba buat pada diriku ini?.

Hari ini, aku terjumpa rakan lama, dah grad rupanya…rakan sewaktu kami sama-sama taaruf di Pusat Asasi dahulu…patutlah, dia 3 tahun sahaja….hmm…hati rasa tertusuk benda tajam. Namun senyuman dan lawak-lawak kosong masih meniti dibibir. Dimasa senggang yang hanya seketika ini….aku cuba..masih cuba untuk memujuk diri. Lukisan-lukisan lama aku selak satu persatu. Baju ‘lama’ aku ambil, buka dan lipat. Hmm….kenapa begini? Apakah salah aku?

Alhamdulillah,aku bersyukur, kerana pilihan-pilihan yang pernah aku tempuhi, aku belajar satu perkara…ilmu tidak semudah itu untuk aku capai, menjadikan aku orang yang betul-betul mencintainya….. betapa jerihnya untuk insan seperti aku mendapatkan setitis cahayaNya. Setiap seorang rakan yang membantu dalam susur jalanku, sesungguhnya aku sangat menghormati dan menghargai mereka. Sudah ku anggap seperti sahabat dunia akhirat.

Sering kali kita mendengar mereka berkata. “apa gunanya belajar tinggi, nanti kerja diorang nak tengok sikit je, yang lebihnya kita punya aktiviti kelab..” itu ini dan sebagainya..sahabatku..jangan berkata begitu, ilmu tidak semurah itu untuk orang seperti kita hendak tafsirkan. Apa guna datang ke sini, kalau ‘itu’ bukan matlamatnya. Apa guna akal fikiran kalau ilmu dianggap setaraf dengan yang lain. Jangan terlalu bongkak mendabik dada sedang diri keciciran ilmu.

Membuat keputusan untuk pilihan yang itu, bukan lah semudah yang disangka. Sewaktu borang permohonan dihantar, hati semestinya sedang berkecamuk, keliru dan gelisah. Persoalan yang timbul..betulkah aku ni???

Semoga Allah menjaga hati aku dari perkara yang menyesatkan, kerana dalam mencari jawapan pada persoalan-persoalan ini, terkadang hati tersalah ‘menyalahkan’ . bimbinglah dan teguhkan hati ku dari kemungkinan yang menyesatkan.

Semoga aku Nampak kebaikkanNya dihujung jalan. Amin

p/s :

Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal".

~~~ Surah At-taubah: 51


2 comments:

  1. betapa berat beban yang tergantung di bahu, berat lagi hati yang memamah beban perasaannya..
    yakinlah, setiap yang terjadi pastinya telah tertulis di sisiNya,kerana takkan ia jadi nyata kalau bukan dengan kalamNya...
    setiap tangis dan tawa, resah rasa, punya makna dan jiwa, tinggal kita untuk menebak dan menafsirnya...
    buku sudah terbuka, pen sudah digenggam, kertas lukisan terbentang lebar, warna warni sedia untuk dipalit...tinggal kita untuk bertindak :)
    moga rahmat dan kasih Allah tak pudar mengiringi~amiin

    ReplyDelete