Feb 16, 2011

skrip soso

kecik molek bertudung oren, ustazah sekolah merangkap warden untuk aspuri sekolah lama aku dulu. Aku panggil dia ummi. Dia seperti ibu aku sendiri. Aku menghormatinya. Dia sentiasa tenang dalam apa jua keadaan . lembut suaranya. Aku berasa senang berbual dengannnya. banyak jugak nasihat yang aku dapat dari ummi. bernas-bernas umpama beras bernas. Selamat menyambut maulidul rasul ummi.



Sebelah kanan berbaju kuning ni pulak, cikgu kimia aku dulu merangkap warden untuk aspura. Orang nya sempoi je. kadang-kadang kalau melawak dengan aku, rasa macam nak kurang ajar je dengan dia..nasib boleh bersabar lagi hehe...maklumlah aku muda abi pun muda...kaw team lah...isteri abi ..fuh..wanita melayu terakhir, ketar lutut beb... Kali terakhir aku kuar pada sekolah tu baru sorang je anak. Sekarang ni dah ada 3 orang. hamboi...cepatnye..tak menyemoat yek..tapi...macam tersama pulak dengan adik beradik aku, 3 lelaki. Boleh wat team perang ni abi..hehe... abi ni kalau marah macam tak berapa nak jadi. Muka die bukan spesis marah punya orang. Yang paling penting segala ilmu perli memerli orang aku belajar pada dialah. memang terer bab perli orang, dengan aku sekali dia perli. cess.. ummi dengan abi rapat dengan family aku. Adalah sebab kenapa.

Gambar menari sebelah ni, Sambutan hari guru masa aku tingkatan 5, Selalunya, tiap-tiap tahun team depa ni menari lagu hindustan, ntah cemanelah dorang leh pasang lagu tamil tyme ni. Aku pun tersedak lah. yang lain dah pakat-pakat tahan gelak je. Aku pandang siling wat dunno...ihi...habeh depa dok psang lagu padiyappa mana ntah aku pakat angguk pale je. Tapi pape pon, persembahan korang memang mantap ...korang punya lenggok tu..fuh..mahal beb, tade ganti (tade orang len da nak buat mcm tu..korang je..)...haha gurau je..lawak rasis

hah, yang tengah lari-lari ni, sebab ada game explorace. Ada dua orang aku nak kenalkan, lelaki tu cikgu yahya, cikgu penolong kanan hem, yang pakai jubah tu..cikgu zaidah ..guru disiplin, aku da cakap, pakai baju sukan, die pakai jubah jugak..lari jelah...aku pedulik ape, tyme nilah nak kenekan cikgu cukup-cukup, aku suh itu ini...pueh hati aku=p mereka adalah Dua orang terbesar dalam hidup aku, yang mencorak sifat kepimpinan dalam diri aku ni. Aku dulu head prefect di sekolah. Jadi dua orang nilah yang paling kerap aku jumpa. Aku ingat lagi masa mula-mula Cikgu Yahya nak pujuk aku jadi head prefect, bukan men bodek...melambung-lambung,bulan bintang matahari amma appa habeh sume die taburkan ...aku iyekan saje..kang melawan kecik ati pulak ..Cikgu zaidah pulak agak cerewet, ramai pelajar xske dengan dia. Tapi aku suka dia...cerewet bertempat. Masa dia nak pindah dari sekolah, aku lah orang pertama yang tau, masa tu ntah cemane aku boleh nangis depan dia... malu beb, jatuh ego laki ni. Dia bek punya pujuk aku. Dah macam kakak aku pulak mase tu. 'Asyraf..nak buat macamana ..saya kene ikut suami..." sambil tu tangan die gosok- gosok belakang aku....ee...malu2...wek2...apalah khabar die sekarang agaknya....

hah, yang ni pulak..masa game lawan bola tampar dengan cikgu-cikgu. Student vs teacher. Of chos lah student menang. Cikgu sume dah tua-tua...tambah dengan perut gendut dorang lagi. terjungkit-jungkit lah punggung nak lawan kitorang ...ngahaha...pueh aty dapat cakap macam ni. yang tengah nak ambik bola tu adik aku. Baju itam lengan panjang tu aku. Sekolah kitorang, masa batch aku dengan adik aku..bola tampar memang menjadi kegemaran. Aku suka jadi tukang angkat, adik aku suke spike...kenelah kitorang. adik aku star sekolah tu..bangga beb...Masa ni aku kurang bersukan. Aku masuk forum, debate, pantun, catur, kooorreeelll ssppeeekkinng...dengan bace quran je. Adik aku yang banyak bersukan....star tu beb...fuh ...bangge dengan adik aku...ngehehe...poyo giler


lastly, yang bagi hadiah tu aku, yang terima adiah tu azli ke name die, aku pun dah tak ingat. Comel budak nye. menjadi rebutan gadis-gadis yang tengah ingus meleleh.-leleh..pg skolah mintak mak bapak duit belanja...tak dpat eskrem ngajuk dan eksetra...men tukar-tukar surat..kantoi dengan aku, nasib aku bek, lau tak masak lah ko..kat doom aku 'tibai' cukup-cukup...habeh aku geletek die...sampai nak termuntah-muntah....kadang-kadang aku cium pipi die...ooppss...=p........die comel sangat...soo whaatttt..korang nak pikir ape, ade aku kesah haha...uuoollss....

rindu zaman ni, zaman dimana aku mula-mula belajar. Belajar apa itu sebuah kehidupan. Belajar apa itu kawan, lawan...sawan...haiwan..cawan..
Zaman dimana aku mula mencorak diri aku sekarang.
Disinilah aku bermula.
.

Feb 15, 2011

Cermin

Jam dinding menunjukkan pukul 2.00 pagi, Suhail masih belum dapat melelapkan mata. Jiwanya kacau. Sejak akhir-akhir ini ada perkara yang merunsingkannya, datang dan pergi silih berganti. Dia cuba mencari dimana mula dan silapnya. Apa sahaja yang cuba dibuat seolah-olah tidak menjadi, setiap hari dirasakan kosong...ibarat jasad tidak bernyawa..bergerak mengikut masa.

Suhail melihat gambar ibu dan ayah dimeja. Bagaimanalah keadaan mereka sekarang. Dah lama rasanya tidak berjumpa. dirumah, kalau masa-masa begini..memang dah lama berdengkur....

Suhail menguap dua tiga kali, rasa mengantuk mula menusuk-nusuk.... sambil itu tangannya menyeluk poket mengeluarkan telefon bimbit. Butang 'Gallery' ditekan. Dia melihat gambar-gambar lama….hmm…Syuhada, Hanafis…apa khabar agaknya mereka sekarang. Seingat Suhail, kali terakhir dia berjumpa dengan mereka ketika majlis pertunangan Syuhada. Masa itu, Syuhada kelihatan manis berbaju ungu. Hanafis tidak habis-habis mengusik Syuhada. Menjadikan suasana gamat dengan gelak tawa.

Pssstt….pssstt….tiba-tiba ada suara memanggil. Suhail terperanjat….dari mana datangnya suara itu pagi-pagi buta begini. kawan bilik semuanya dah tidur. Psssttt..psstt.. “kat sinilah..” Suhail tercengang, suara itu datang dari arah cermin bilik. Dingin pagi yang menusuk ke tulang menjadikan keadaan lebih menyeramkan. Pssstt…psstt….

“hei…cepatlah..!!!!”

“Allah…!!!” Suhail terjaga. Dia tertidur rupanya. Telefon bimbit masih lagi berada ditangan. “Allahuakbar…” Suhail menyebut kalimah itu berulang kali sambil menekup-nekup tangan kemuka. Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi. Rakan-rakan bilik sudah lama lena, dibuai mimpi-mimpi indah.

Suhail terpandang cermin dalam mimpinya, serta merta dia merasa gugup. Mimpi tadi seperti bukan khayalan...dia berasa tidak sedap hati. Perlahan-lahan dia bergerak mendekati cermin, sebaik melihat ke dalam cermin. “Subahannallah……!!!!” Suhail terpempan ke katil. Dia melihat seseorang seperti dirinya dalam keadaan yang sangat mengerikan. Mukanya penuh dengan ulat-ulat berengga. Kudis sana sini. “hei…hei…kenapa takut ni, ini akulah. Diri kau…takkan kau tak kenal aku?”

“aku tak kenal kau…kau siapa?” Suhail memejamkan mata. Dia memberanikan diri untuk bercakap dengan lembaga itu. “kau kata tak kenal aku. Aku adalah kau…kau adalah aku…pssttt..pssttt”

“apa maksud kau? Aku tak faham..” Suara Suhail bergetar… senyap.... ...Suhail membuka mata perlahan-lahan. Dia terkedu, lembaga yang menyerupai dirinya sedang merangkak keluar dari dalam cermin. “Pssstt…..psssttt…. aku adalah kau….kau yang buatkan aku begini…” jawab lembaga itu sambil merangkak kearah Suhail. Suhail terkesima... tidak mampu bersuara..lutut seperti tidak bertulang. Pengsan….

Selang beberapa ketika Suhail terjaga…..

“Pssssttt…psstttt..bangun diriku..bangun…!!!” tegak bulu roma Suhail bertentangan dengan lembaga itu, wajahnya mengadap ke muka Suhail “kenapa kau buat aku begini…lihat lah aku…aku adalah amalan kau… kau takut dengan amalan kau???” Suhail tidak mampu menjawab soalan itu…rasa takut, gugup gementar bercampur baur dalam dirinya. “kau diam..!!!!! kau yang buatkan aku macam ni!!!! Mana amal kebaikkan kau??!!!.. kau sibuk dengan urusan dunia….kau sibuk dengan perkara yang akan mencelakan kau!!!! Kau lupakan akhirat!!!....... Kau abaikan aku!!!!”

Paamm…!!! Suhail tejatuh ke lantai. Dia memandang sekeliling…suasana kelihatan suram. Bertemankan lampu tidur yang malap....dia memandang ke cermin. Betul ke aku ni. Bisik hatinya. Dia cuba mengingat kembali semua yang terjadi. Telefon bimbit…Hanafis…Syuhada..cermin…dan lembaga. Semuanya seperti betul-betul berlaku. Tanpa disedari, pipinya terasa hangat. Suhail menangis…..

“Ya Allah….tuhan yang menjadikan alam dan segala isinya. Segala yang berlaku adalah dengan izin-Mu Ya Allah. Ampunkan semua dosa-dosaku. kalau Kau izinkan ku untuk berdosa. Aku pohon…aku pinta…. Kau izinkanlah aku untuk bertaubat. Izinkanlah aku untuk bergerak mendekati-Mu. Dengan cara yang Kau redhai. Selamatkanlah aku dari fitnah yang menyesatkan. Jangan Kau ambil rahmat-Mu dariku..Ya Allah..aku pohon hidayah-Mu”

"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus."
~~~Surah Al-Kahfi: 7-8

Feb 13, 2011

karangan paper julai...siri 8



“aduh…aduh…sakitnya..uwawa..cakitnye…” Puteri Nadiah mengaduh lebey2… Mak Cik kalthum isteri John The lennon yang sedang menuam pipi Puteri Nadiah rasa annoying giler….”ish, sabor ler yong, tade ler sakit benor pon, aku kene tampor dgn laki aku lg brutal what…”

“uuuuuwwwwaaawwaaaa….” Makin kuat Puteri Nadiah menangis. Sampai hati Danial menumbuk muka dia. “woi….hape bende ngobok teruk benor kamu ni, macam sembelit je bunyinye …” john the lennon dah datang, dengan misai melentiknye tuh. Tangis Puteri Nadiah perlahan sedikit. Sob..sob…sob… “sakit lah tok, bukan sengaja nak nangis kuat-kuat” , “eleh…gedik je, takat kene tumbuk dah kecoh lebey, bukan kene tembak pon..” jawab John the lennon. “amboi..amboi.. awak nak samakan dia dengan saya ker…yang macam awak selalu pukul saya tu…” sampuk Mak cik kalthum

“eh..ke situ pulak die ni…”

Suasana senyap seketika, “hmm…awak tu lain, saya nak train awak jadi lasak…” sambung John the lennon. “lutut awak, train ape macam tu…sampai patah-patah..ape cte ni der….” Uwah..Mak cik kalthum dah nek sheikh abeslah….terjegil mata John the lennon dengar Mak Cik Kalthum punya ayat “wah, kasar Nampak…” pendek dan ringkas. Tapi mengandungi maksud yang mendalam. Sambil itu, Tangan dikepal-kepal.

“eh..eh…sabar..sabar, jangan kerana saya tok nak gaduh dengan isteri pulak..” Puteri Nadiah tiba-tiba mencelah, sebelum pape jadi bek die bertindak, payah orang tua-tua kalau gado ni, susah nak pujuk..tu yang kadang-kadang rase macam nak anto umah orang tue2 je, habeh citer. Ngahaha…(tak bek punye nasihat, mama abah, ampon….)

“ish, kamu diam yong..kang dengan kamu-kamu sekali kene…melampo benor dah die ni….kene ajor sikit” John the Lennon menyising lengan baju. Mak cik kalthum pulak dah goyang-goyang bahu sambil menumbuk-numbuk angin ala ala petinju harapan Negara. Masing-masing sedang mencari rentak sebelum memulakan pergelutan. “cis, ini keturunan hang jebat ler…”Mak Cik Kalthum bersuara….”

“so What…!!!!ade aku kesah….” Fuh…kurang sopan betul jawapan John The lennon…

Puteri Nadiah semakin cuak, peluh mencurah-curah didahi, dia memandang kiri dan kanan. Alih-alih ternampak Mat besi. "awak..awak...." Puteri Nadiah memanggil, sambil berlari kearah Mat Besi....

Mat Besi ketika itu sedang menikmati masakkan kegemarannya, tempe goreng bersama sambal belacan. fuh....leleh lah. ish..rase macam ada orang panggil nama aku...rasa hati Mat besi. ahh...lantaklah...makan lagi bek...

"ktttttaannng.....!!!!!!"

Pinggan Mat Besi terlungkup, "cess...ini boleh mendatangkan marah" dia menoleh kebelakang, melihat empunya diri yang melanggar pinggannya. dan.......

Puteri Nadiah tergamam... "awak...awak...sori..sori...tolong saya..." Mat Besi kelu, dia melihat Puteri Nadiah tarik-tarik tangan dia..rasa macam nak buat dunno je, uwah, lembutnya tangan dia ni hik3.....Gatal Mat Besi ni...."lalalalalala..." Mat Besi buat-buat selenge.

"awak..cepatlah!!!" Puteri Nadiah menjerit.

"lalalalala......."
apa lagi...hotlah Puteri Nadiah....lalu...







Feb 11, 2011

tangga...

Bunyi tangis teresak-esak kedengaran dikaki tangga. Sesekali terdengar batuk-batuk kecil. Air mata Balkish tidak terbendung lagi, deras mengalir dipipi gebunya. Mata yang cantik… kemerahan. Dia memegang gambar Wardah. Adik kesayangannya.

*****************************************************

“kakak kenapa menangis kat tangga ni?” Wardah muncul dari belakang. Balkish mengesat air mata “kak long sedih, nanti angah dah belajar di Mesir, siapa yang nak kawankan kak long lagi.” Wardah memeluk Balkish, kepalanya dibaringkan ke bahu Balkish. “kakak, walaupun adik jauh, tapi adik tetap ada di hati kakak. Kakak pun tetap ada dihati adik, kemana pun adik pergi.” Kembang hati Balkish mendengar kata-kata Wardah. Dipeluk adiknya …pipinya dicium berulang kali. Wardah hanya mendiamkan diri, air mata mewakili segalanya.

“hah, cukuplah tu, adik kamu tu bukan nak kemana pun, dia nak pergi belajar.” Mak Jah, ibu mereka muncul tiba-tiba. Balkish dan Wardah tersenyum sambil mengesat air mata.

“bukan apa ummi, nanti Akish rindu dekat dia. Akish dah tak ada adik lain lagi” Jawab Balkish. Dia bangun duduk disebelah Mak Jah, lengan Mak Jah dipeluk. “ish kamu ni, biarlah dia, takkan nak duduk bawah ketiak kamu je…nanti cuti dia baliklah” Balas Mak jah, tangannya, lembut mengusap-usap kepala Balkish. Wardah turut bangun duduk disisi Mak Jah…

“doakan Adah nanti ye ummi” perlahan suaranya….petang itu, Merupakan petang terakhir bagi si ibu membelai si anak dan si kakak memeluk si adik. Esok, Wardah akan berlepas ke Mesir, untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Al Azhar. Universiti yang sentiasa menjadi pilihan hati sejak dari bangku sekolah lagi.

“kakak…!!! Doakan Adah ye….jumpa lagi..sayang kakak” laung Wardah dari dalam teksi. Ditangga, Mak Jah berdiri seorang. Jauh dilubuk hati…terasa berat untuk melepaskan Wardah pergi jauh, tapi apakan daya. Memenuhi kehendak seorang anak...adalah segalanya bagi seorang ibu.

“belajar rajin-rajin…jaga diri..!!!” Balkish melambai-lambai tangan, matanya bergenang, sebak memerhatikan Wardah yang semakin hilang dari pandangan.

Hari bertukar minggu, minggu bertukar bulan, masih tiada khabar diterima. Sibuk sangat agaknya. …Balkish membuat telahan. Buku Malaysian Taxation ditutup. Dia merupakan pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, jurusan perakaunan. Tinggal 3 semester sebelum melangkah kealam perkerjaan. Saban hari dia menunggu khabar berita dari Wardah. Peti surat sering dibuka, kalau-kalau ada berita dari Wardah. Rasa rindu semakin meluap-luap.

‘Buletin Utama…melaporkan perarakan besar-besaran di Mesir menunjukkan rasa tidak puas hati kepada kepimpinan kerajaan. Banduan-banduan dilepaskan. Suasana menjadi semakintidak terkawal…..’

Luluh jiwa Balkish mendengar berita tersebut, tangannya lantas mencapai telefon bimbit… nama ‘ummi sayang’ dalam ruangan ‘contact’ ditekan…

Balkish : hello…ummi, dah tengok berita?

Mak Jah : dah, ummi dah tau…ya Allah…macamana lah adik kamu ni.

Suara Mak Jah bergetar, membayangkan kerisauan dihati yang semakin memuncak.

Balkish : Ya Allah ummi, apa kita nak buat ni….Balkish risau lah…

Mak Jah : Sabar..sabar… esok Balkish balik ye…nanti kita bincang

Mak Jah resah memikirkan Wardah, tiada siapa lagi dalam hidupnya…hanya Wardah dan Balkish permata hatinya. Sebab untuk dia terus bernafas. Suami tercinta sudah lama meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Ketika itu Wardah baru berumur sebulan. Tidak sempat merasa belai manja seorang ayah. Pada Balkish dan dia sahajalah tempat Wardah bermanja-manja. Mak jah tidak sanggup kehilangan seorang lagi orang terpenting dalam hidupnya…tidak …selagi dia belum memejamkan mata.

Selesai menunaikan Solat zuhur, Balkish duduk disamping Mak jah. Mak jah duduk ditangga, memandang jauh, seperti menanti kepulangan seseorang. Mata Mak Jah sembab, kerana terlalu banyak menangis. “ummi, sabarlah… kita sama-sama doa ye…” Balkish memujuk, lengan Mak Jah dipeluk…

“Macammana Ummi nak sabar, kalau anak ummi dalam bahaya…kalau…..” Mak Jah senyap…mulutnya ditutup, jiwanya kusut memikirkan keadaan Wardah. Tiada langsung Khabar berita darinya. Balkish kelu, getar dalam hati cuba disembunyikan, bimbang lebih menganggu emosi Mak Jah.

Kriingg…kriinngg… kringg…krriinnggg…!!! deringan telefon memeranjatkan mereka…..lantas bergegas ke meja telefon.

Mak Jah: hello…..

Diam beberapa ketika….

Mak Jah : Ya Allah….!!! Wardah………

Mak Jah terduduk, gangang telefon terlepas dari tangannya. “ummi…ummi.. kenapa ni…kenapa?” Balkish resah. “Wardah… akish…Wardah….” “kenapa dengan Wardah Ummi…kenapa..?”

Mak Jah duduk sendirian dibilik Wardah. Memerhatikan segenap ruang bilik, baju Wardah dicium-cium. “ Ya Allah…kenapa kau ambil Wardah dari aku…”

*****************************************************

Balkish menangis lagi, ditangga itulah tempat terakhir dia memeluk Wardah. Gambar Wardah digenggam erat. Kini tiada lagi usikkan manja dari seorang adik. Tiada lagi kedengaran suara Wardah mengomel kerana kepenatan. “kakak…!!! Doakan Adah ye….jumpa lagi..sayang kakak” ucapan terakhir dari mulut Wardah masih terngiang-ngiang di telinga Balkish. Seperti semalam kata-kata itu dilafazkan. Pelupuk mata terus basah. Namun yang pergi tetap pergi. Gurau senda,tangis tawa..kini tinggal dalam lipatan sejarah.

“kakak, walaupun adik jauh, tapi adik tetap ada di hati kakak. Kakak pun tetap ada dihati adik, kemana pun adik pergi.”
p/s :
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang. kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Agama Allah itu; orang-orang mati. bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali"
~~~ Al-Baqarah 2:153-156