Jan 8, 2011

skrip brutal....

Petang tadi ada lah meeting, tak lah nama meeting sangat pun...just nak bincang-bincang apa yang patut. Alkisahnya, entah kenapa aku blurr pulak time tu, mungkin sebab tak tido malam semalam, almaklumlah, kerja bersepah. Tapi, kalau takdak keje pun, aku memang susah nak tido...nama je spesis mamalia. Duk usha-usha dalam meeting, apa nak pikir ni, aku sendiri tetiba lost...dalam hati...pasal lah boleh terkesima ni. Mamai je...cakap pun macam ala-ala mabuk gitu.

kebetulan, bawak member...lelaki-lelaki yang aku rasa kalau bagi microphone tu, sampai cair pun kompem x benti cakap punya. Ada je benda nak cakap. Dalam hati kunun-kunun legelah, tapi....let it less talk than idea...what??? pikir lah sendiri..."kamon lah der" i need ideas..not talking....luckily, adalah sister-sister yang 'hidup' dalam meeting tu, at least takdelah bungkam sangat. Masih lah boleh bernafas dalam lumpur. UHU...Ketua program aku, ada masalah keluarga, so..dia memang macam tak involve langsung lah buat masa ni, aku paham la..take ur time bro...tapi macam dah beberapa minggu...try to not make it as an excuse, life is something u cannot drag all by once, keep it low,...what ever it is...i need to understand you. well...back then, me neither cannot make it as an excuse...kire macam die ada masalah...aku pun tak nak kacau idup die...aku tolong dia. Dalam defensive mechanism, ada satu perkara yang dipanggil 'denial'. sebagai contoh...Awk belajar tapi fail, then awk salah kan lecturer tu strict, mengajar tak paham apa bagai lah, padahal sok xm awk sebok meeting, tengah malam men dota..sok pas sbuh baru study, alih-alih mata bengkak kunun-kunun tak tido study. Kamonlah brader, take it serius with ur life. present is future too.... apa-apa pun, salah aku jugak...sebab aku tak bertegas dengan dorang.
Ala.apedehalkan...takat member-member..die nak berjoget kat situ pon apa aku nak marah kan..kan..kan...(pikir ler sendiri)
bukan xnak marah, muke da lah brutal..kang start marah...mulalah muncung itik, pandang daring-daring,,pastu kutuk belakang..normal lah...haha..macam lah aku tak buat..apa-apa pun next time tak bole macam tu bro, nasihat untuk diri aku jugk...kamon...kita berubah sesama.

later, lepas habis meeting ala-ala sempoi gitu (aww..muhaha) aku pon pglah makan, padahal nak maghrib dah, nak wat cane..azan dalam perut lagi dengung bunyinye..takut nak baca fatihah bunyi mee kari nanti. lepas bayar makanan..aku tengok lah seat2 yang kosong, punyalah penuh...tak tau pulak aku time maghrib penuh macam ni...takdelah nak pikir buruk pun, berprasangka baik lah kunun-kununnya haha, duk teleng-teleng kiri kanan, nampak naqib study circle aku dulu. orang uganda...aku memang baik dengan dia. terus angkat kaki p duk sebelah die, bek punye die sengih,,,terserlah keputihan giginya itu..almaklumlah..brother tu kulit 'suam-suam' kuku....haha..ampun bro....
aku pun open citer, memang aku bab open citer bagi je,,,, kadang-kadang macam tak masuk akal pun ader...beselah...nak idup ni kene peramah....lau tak duk dalam gua jelah der...(tapi kalau dah sampai merapu macam aku, bek xpyh hehe)
aku tanya die...macamana beza student uia dulu dengan sekarang. Sebab die belaja kat sini, dari rambut tebal sampai lah rambut dah tak bape nak tebal nih, kire lame jgklah die blaja. dah anak 4 lah katakan.

'no..no..no...students back then, was very different than nowadays, it was obviously different, we were respect each other, no foreigner..no local..we united. everybody can become our friends. No sister or brother wearing jeans, no couples riding bike together...back then only less than 10000 students here, and there are all from religious school. Now..almost 25000 students. you can see...there are ..i dont know...i missed those all days... '

fuh, luahan perasaan lah tu, tapi aku dapat ilmu lah pada dia...ada lah ayat quran keluar.hadith-hadith..nampak lah bezanya student taraf phd bagi dakwah dari bebudak undergraduate yang baru tau hadith tara mane nak eksen-eksen berhujah. Aku pun tak bape nak ingat hadithnya..maklumlah..hati masih rapuh eheh... lebih kurang macam kita kena berpegang pada landasan yang betul, jangan jadi jumud...dia kaitkan dengan u ni, katenye.tak salah nak openkan pada budak-budak lain...tapi nilai-nilai murni jgn diabaikan. Masalah yang dia nampak sekarang ni, bebudak undergraduate yang baru bertapak dalam dunia dakwah ni...rasa mereka macam dah bagus sangat, hmm..aku pun cakap lah..'its ok sir, as long they try to spread the words of shariah' sir tu tapau aku balik 'its true brother, by making people more sarcastic with others'
...keluar tanda soal dalam kepala?????? ..apa maksud sir ni...
aku jawablah balik, walaupun xbape nak jelas...'well my friends and colleague had a little as you mentioned, hmm...maybe its hard to foretelling future at a first glance...maybe good if they are here, in a least cause they help to balance the network...in turn would be upside down then'

'hopely brother, hopely they are not snobbish as nowadays. Islam is not like what the were potray. maybe soon"

rasanya tu lah yang patut aku sharekan, yang selebihnya dia banyak nasihat aku, kuar lagi hadith-hadith...aku nganga dgn angguk je, nak paham tu....boleh lah...so so...haha...
hmm...dari maksudnya, kalau nak berkawan ke, nak universal atau sekular ke...jangan sampai harga diri, atau Islam diletak level kaki. Insyaallah bro...i will remember you... ni lah sebab kenapa aku ske borak dengan dia....so many things aku boleh belajar. Yelah...aku ni cetek ilmu, dangkal sangat. Nak banding dengan minah-minah dengan mamat-mamat dari sekolah agama tu. Tapi nak wat camna..depa dok kawan pilih bulu....lu pikir lah sendiri der n ter
waallahualam.....

‘Sesiapa yang menyumbang ke arah pembangunan Islam akan satu sumbangan
yang baik, maka baginya pahala di atas apa yang disumbangkan dan pahala
sesiapa yang beramal dengan sumbangan tersebut dengan tidak mengurang
sedikit pun pahala mereka, dan sesiapa yang menyumbang dalam Islam ke arah
keburukan adalah baginya dosa dan dosa orang yang beramal dengannya selepas
dari mereka, tanpa mengurang sedikit pun dosa mereka yang sedia ada.’
(Riwayat Muslim)

p/s :

‘Sesungguhnya akhlak Rasulullah itu ialah sepertimana yang terdapat dalam
al-Quran.’
(Riwayat Bukhari Muslim)

mari kita berhijrah ehehe



5 comments:

  1. memang pun beza...huhu. sekarang nak senyuman berbalas pun kadang2 susah..hehe. Ya Allah, Kau tunjukkanlah kami jalan yang benar dan Kau jadikanlah hari-hari kami yang mendatang lebih baik daripada semalam...amiin~

    ReplyDelete
  2. susah jugak nak cakap, kadang-kadang sudu lebih pada kuah....moga-moga......

    ReplyDelete
  3. susah nk tido kan??
    so saya TAG awak..
    do view my blog..
    =)

    ReplyDelete
  4. memang susah ni, kene try n error dlu..
    dah tgk dah..nanti esok pagi taulah =)~

    ReplyDelete
  5. hahah.. reply kat email lagi..
    huhuh..
    pjg sungguh citer eh..

    ReplyDelete