Dec 31, 2010

karangan paper julai...siri 7

Mat besi diam. Kelu seribu bahasa. "Nadiah ni....." hatinya layu, "paksa-paksa aku pulak." Puteri Nadiah memandang muka mat besi ,setiap inci muka diperhatikan. Mata bertemu mata. Selang beberapa ketika, Puteri Nadiah mengalihkan pandangan. Blushing ler tuh... Mat besi mengintai-intai, Puteri Nadiah mengelak. Macam main cak-cak pulak. "janganlah mat besi..." tegur Puteri Nadiah. "lah…kenapa pulak?" Mat besi terpinga-pinga. tadi bukan main kau cabar aku, dah kalah kerrr? Mat besi tersengih umpama kerang busuk. “tadi kemaen kau cabar aku ye… eh2...??” hehe

"Astaghfirullah...tak baik saya tengok awak macam tu tadi. kan dari mata turun ke hati...bahaya tau!" Kata Puteri Nadiah. Mat besi berpaling ke hadapan,memandung jauh…sejauh pandangan,memikirkan rasionalnya kata-kata Puteri Nadiah. hemm...betul juga tu. dari mata, informasi sampai ke minda, membentuk gugusan fikiran yang akhirnya akan mengalir ke dua arah; hati dan motor yang menggerakkan tindakan refleks, iaitu tangan. (huish, hebat jugak mat aku ni! sampai ke situ pikirnya…aloha)

"ehem,ehem…" suara garau dari belakang mengganggu perbualan mereka . Mereka menoleh kebelakang, hampir serentak. "Nadiah!!!! apa kau buat kat sini dengan Mat Besi ni??" Danial memandang Puteri Nadiah dengan sinis, dia mencekak pinggang. Puteri Nadiah mencebikkan bibir. Meluat dengan sikap Danial yang ‘busy body’. "suka hati la, bukan kitorang buat benda tak baik pun..." Balas Puteri Nadiah lantang.Mat besi memandang Puteri Nadiah. “bagus, Danial berang, "balik Nadiah..balik!!! nanti bapak kau cari kau." "Tak nak!" Nadia membentak. "balik!!aku kata balik..balik!!!" Danial menengking. Ikutkan hati, mau Danial menghinggapkan tangan ke muka Puteri Nadiah. Berani dia melawan aku. Mat Besi tersentak… “berani dia menengking Nadiah…apa lagi..balaslah der…”naluri gelap Mat Besi menghasut, seperti dalam novel dr Jekyll and mr.hyde.

“amboi..amboi..lawan tokey Nampak….” Mereka bertiga terperanjat. Macam kenal je suara tu..alamak..john the lennon. “habislah…..” Danial gusar, tangannya menggaru kepala yang tidak gatal. “ape citer ni yob, men terjah je…teman bek punya usha dari jauh tadi..deme takde wat pape…apehal macam ngongkang benor ni..” keras suara John the lennon, misainya diputar-putar, melenting baik punya ke atas. “saya Cuma tegur aje..diorang ni menjurus kepada aktiviti yang tidak sihat….tak boleh dijadikan contoh ni” jawab Danial tergagap-gagap.

“hmm…next time kamu berdua jangan nak dating-dating macam ni, tak elok orang pandang…paham??” Puteri Nadiah dan Mat Besi hanya menganggukkan kepala mendengar nasihat John the lennon.

Puteri Nadiah bangun, dengan wajah masam mencuka….dikebas-kebas kain yang berdebu. Dia pergi tanpa menoleh sedikit pun kepada Danial. Tak kuasa melayan orang seperti itu. John the lennon menghelakan nafas.. “macam-macam budak-budak sekarang ni”

“hah..Mat, jangan nak dekat dengan Nadiah lagi ye…” Danial tiba-tiba sound Mat Besi. Ish lebih dah mamat ni…..

“ape dehal, lu sapa nak sound-sound gua…lu bapak die ye…”

“uwah…tinggi bahasa ko, lu gua…bahasa jiwa bangsa tau…” Danial menggertap kan gigi…

“dengan ko, tak payah nak jaga bahasa. Sedarlah diri tu sikit…hidup atas budi mak bapak, kerja pun malas…ada hati nak tegur orang..”situasi menjadi semakin tegang. Masing-masing tidak mahu mengalah. Danial dengan rentak nya, Mat Besi dengan keras hatinya.

“lebih dah kau ni Mat…kang aku tumbuk kang…”

“cis…ada hati nak tumbuk aku….tangan lembut macam betina …sayur lah ko ni..” hati Danial bertambah bengkak.Geram melihat Mat Besi dan Puteri Nadiah bersama tadi, ditambah dengan cercaan sebegitu, menjadikan keadaan lebih parah.

Dusshhhh…Danial melepaskan tumbukan. Tepat kemuka Mat Besi. “arrrkkkk….” Danial menjerit…Mat Besi menendang Danial, baek punya kat blind point badan. Forbidden area. Apa lagi..melenjan lah si Danial. Menekup-nekup private part.

“sudah…sudah…hei..hei…berhenti…” Puteri Nadiah entah dari mana, menahan pergaduhan antara mereka.

Pang….penampar hinggap ke muka Puteri Nadiah. Dia terjelepuk ke tanah….siapakah yang menamparnya…..

“alamak…sori-sori…..”


3 comments:

  1. karangan paper january xad ke...???hik2

    ReplyDelete
  2. sape yang tampor puteri?? aduhh..siannye..sakit tuuu....huhuhu

    ReplyDelete
  3. karangan paper january belum lagi...
    siapa yang menampornye...tggu dan lihat hehe

    ReplyDelete