Dec 31, 2010

Pesan harimau...

Kamal mundar mandir didalam bilik. Punat telefon ditekan-tekan. Tut..tut…tut…panggilan yang dibuat tidak disambut. Mukanya merah padam menahan marah. “mana pulak budak ni pergi…dah naik bisul jari aku call” ….jam ditangan menunjukkan pukul 9.00 malam. Kalau nak katakan pergi sembahyang, isyak awal tadi dah masuk. Takkanlah tak sembahyang-sembahyang lagi. Cetus hati Kamal. Sekejap duduk, sekejap berdiri. Hatinya tidak tenteram. Shamil masih lagi gagal untuk dihubungi sejak dari petang tadi. Punat telefon ditekan lagi…

Tut…tut…tut….

Shamil : hello, sorry..sorry…aku baru sampai bilik. Handphone aku tertinggal kat bilik

Kamal: ahh..sudahlah..dah ‘melecur kulit’ aku tau, marah ni.. marah ni….

Shamil:aiseymen…sorry lah laling, I tak sengaja

Kamal: uuooollss…laling abah kau…nak kuar pukul bape ni, kang lambat…

Shamil: oh…lupa..kau datang bilik aku sekarang, aku siap kejap…

Kamal: erm..ok..

Kamal dan Shamil merupakan salah seorang dari team seekers, pencari hantu. Malam itu mereka dapat informasi terdapat entity ditemui di jirat cina, Kuala Selangor. Sebaik sampai di bilik Shamil, Kamal sempat lagi ‘menghanjengkan’ Shamil. “Alah kau ni..marah aku lagi ke…” …. “ada otak lu pikir lah sendiri der, besar pangkat kau nak buat aku macam ni” Shamil hanya menggeleng-gelengkan kepala, dia muak dengan rajuk Kamal yang tidak habis-habis. “dahlah..jom gerak..nanti lambat lak…”

Kapoootttt…..pooottttt……pooootttt…..Shamil memecut motosikal….pot..pottt……dengan kapcai buruknya itulah mereka mencari sumber rezeki. Walaupun taraf motosikal berkenaan bolelah dikatakan sampah masyrakat… namun jasanya tetap besar. Dengan kapcai itulah Kamal mampu membeli sebuah rumah banglo bertaraf lima bintang di setapak (perumpaan tak beragak engko…..) . Makanya, Kamal dan Shamil tidak mahu membeli sebuah kereta pun untuk menggantikan kapcai buruk itu.

Jirat cina terletak diatas bukit. Kira-kira 20 minit dari pekan Kuala Selangor. Ketika semakin menghampiri kawasan jirat. Kamal berasa tidak sedap hati, tiba-tiba seekor harimau melintas. Ahh…sudah… Shamil kecut perut. Mana pulak datangnya harimau kawasan-kawasan kubur ni, ni mesti jelmaan ni.

Harimau: jangan teruskan langkah..nanti kamu menyesal….

Kamal: fuuyyooohh…boleh bercakap lah rimau ni

Kamal ‘impress’ dengan harimau itu. Kappooowwwww…..kepalanya diketuk

Shamil : lutut kau, memain pulak kat sini, dah tentu lah dia boleh bercakap…tu harimau jelmaan.

Kamal tiba-tiba rasa seperti hendak terkucil. Dia pernah mendengar dongeng cerita rakyat, kisah Harimau jelmaan. Kalau tak silap makhluk itu sebenarnya jelmaan hantu atau lebih tepatnya Syaitan.

Peluh semakin memenuh didahi.

Shamil : tok…anak cucu mintak lalu…ada kerja sikit.

Kamal : atok ko Salim kan. Bila jadi rimau.

(kappppoowww……kepala Kamal diketuk lagi)

Kamal : aiseh, gurau pun tak leh, relax lah…harimau je pon…bukan antu…

Shamil : memanglah harimau, tapi ni special sikit..boleh cakap…kang dia maki ko kang..padan muka

Harimau : aeh..slumber gurau Nampak…dah cukup ilmu didada kerrr….

Harimau yang dari tadi hanya memerhatikan mereka berdua mula berbunyi. Sempat memerli Kamal…bahasanya sungguh kasar dan biadab terhadap makhluk sepertinya.

Shamil : mintak mahap tok..dia ni memang macam ni…kecacatan kekal.

Harimau : herm…kesian mak bapak dia..(uoooolllsss..) aku ingatkan…jangan teruskan langkah kamu…ini perbuatan sia-sia

Habis sahaja berpesan, Harimau terus menyusup ke dalam belukar berhampiran. Shamil dan Kamal tetap meneruskan niat mereka. Pedal motor diperah perlahan-lahan. Sinaran bulan yang suram menjadikan suasana lebih menyeramkan. Sebaik sampai di kawasan jirat, Shamil menyandarkan motor di sebatang pokok. Mereka memulakan langkah dengan berhati-hati. Jam sudah pukul 1.00 pagi, memang waktunya. Sepanjang menjalankan aktiviti ini, mereka sudah dapat mengagak waktu-waktu yang selalu nya hantu-hantu akan keluar. Kalau public holiday, makin banyaklah hantu berkeliaran disana sini. Kadang-kadang sampai tak menang tangan. Business inilah yang membolehkan mereka hidup mewah seperti sekarang.

“eh..ada cahaya…” perlahan Kamal menegur. Shamil memerhatikan arah yang ditunjuk. Ada cahaya kecil disebuah kubur cina. Beberapa rantai dari mereka. Kamal mengeluarkan kamera perakam. Mereka melangkah dengan berhati-hati. Bimbang kalau-kalau terpijak ranting-ranting kayu. Berurusan dengan entity seperti ini, sekali tersilap…nahas menanti. Nafas semakin kasar. Degup jantung semakin deras.

Mereka berada betul-betul dihadapan kubur yang mengeluarkan cahaya itu. Cahaya kecil diatas kubur kelihatan seperti sebuah kertas…..Shamil mengambil kertas itu…what…?????

Surat permohonan cuti

Pemohon : Chin ah kap

Jelmaan : Harimau

Permohonan : meminta cuti sehari

Alasan : tahun baru

Pengesahan : Chong ngak kah (ketua antu, daerah kuala Selangor)

Uuuuooollllsss………


p/s : Selamat Tahun Baru \(~-^)/

2 comments: