Dec 30, 2010

level four story...5

Selepas menunaikan solat Isyak dibilik. Shafalina duduk berteleku dimeja belajar. Bunyi kipas buruk peninggalan arwah nenek menjadi nada peneman. Dia merenung kosong….

***ketika disekolah, Fary tiba-tiba menghulurkan sepucuk surat kepadanya. “eh…apa ni?” Shafalina terkejut. Fary melihat disegenap ruang, bimbang kalau-kalau ada mata-mata memandang, reputasi sebagai pengawas sekolah harus dijaga. “hmm…awak ambiklah dulu, nanti taulah apa kandungannya” “eh..eh…saya tak nak ambik…apa ni?....”ambik dulu..nanti baca ok…” Fary mendesak. Mahu tidak mahu diambil juga. Sebelum pergi, Fary meminta Shafalina membalasnya secepat mungkin. Shafalina seolah-olah dapat menduga isi kandungan surat itu. ***

Selepas membacanya, hati Shafalina menjadi runsing. Tidak diduga Fary boleh menulis sebegitu. Dia keliru, apakah yang patut dibalas. Sehelai kertas dikeluarkan. Tuk…tuk..tuk.. “lin..lin..mari makan…mak dah hidang atas meja tu..” “hmm..baiklah mak” Jawabnya pendek.

…………………………………………………………………………………………………………………

Tepat pukul 11.00 malam, sebaik habis waktu ‘prep’ Farish dan Aiman bergegas ke dewan makan. Menu malam itu kuew teow goreng. Memang menjadi kegemaran mereka, tambah-tambah Farish. Pantang ada lebih, habis dicedok ke pinggan. Ketika hendak masuk ke dalam dewan, Lina ditahan oleh Fary “ish…nak apa? Aku lapar ni…” marah Lina

“tadi aku bagi surat kat Lin, luahkan isi hati aku” ….Lina terpaku…”what???...” matanya dijegilkan “kau gila ke…dia tak kenal kau sangat…kau dah terjah macam tu je” ….”ala…sama je kan, akhirnya aku kene cakap jugak kan..apa masalahnya” Fary pelik dengan reaksi Lina. “suka suki je kau ni, kau ingat perempuan macam lelaki. Lin tu lain tau…aku tengok dia bukan jenis perempuan gedik…” terang Lina lagi.

“hah…sebab tulah…nanti lambat-lambat orang lain masuk line susahlah aku hehe” balas Fary, sambil melawak…. “heish…orang serius dia main-main pulak”

“ehem ehem….hai..tengah buat apa tu?” Cikgu Hisham, warden sekolah menegur dari belakang. Fary dan Lina kaget. “tak ada buat apa abi, ada hal sikit..” Jawab Fary gugup. “haah, yelah..banyak hal awak kat sekolah ye, sampai malam hah, kalah pengetua sekolah yek…” Perli Cikgu Hisham, selain dari menjadi warden asrama,dia juga merupakan satu-satunya guru yang mengajar matapelajaran kimia disekolah. Panggilan ‘abi’ dan ‘ummi’ diberikan kepada warden aspura dan aspuri. “Dah masuk cepat …habis makan tidur…” Lina dan Fary terus masuk ke dewan makan dalam keadaan tergesa-gesa.

………………………………………………………………………………………………

~~~“Waalaikumsalam…..

Kehadapan Saudara Fary, buat pertama kali, saya melahirkan setinggi-tinggi syukur ke hadrat illahi, kerana menjadikan saya seperti bagaimana saya sekarang. Demi Allah, saya mahu menjadi hamba yang taat kepadaNya. Harap Fary juga begitu. Dalam kelemahan iman dan ketandusan takwa saya membalas warkah yang saudara berikan. Maafkan saya, jika diri yang jahil ini menjadi zina kepada mata Saudara. Alangkah terhinanya diri, disaat hati saudara ternoda noktah hitam kerananya. Sumpah pada junjungan ibu saya, betapa saya menjaga batas diri agar tiada yang menerima azab kerananya.

Malang sekali, warkah itu membuktikan sebaliknya. Saudara…bukan saya menolak permintaan saudara. Sesungguhnya setiap manusia diberikan senaskah perasaan untuk dibelai. Segenggam harapan untuk dicurahkan. Setitis cinta dan sayang untuk diabadikan. Maafkan saya… kerana diri ini belum lagi bersedia….untuk menyingkap tabir kehidupan yang baru. Jiwa diri masih mentah untuk menilai jiwa-jiwa yang lain. Peribadi diri masih buruk disisi Dia cinta agung.

Dalam rona kehidupan,diri ada cita-cita, saudara juga begitu. Garapkanlah impian itu dahulu. Berikan sedikit masa untuk impian itu bernafas dengan selesa. Tetapkanlah impian disisi Ibubapa, insyaallah, tiada lain yang akan saudara fikirkan. Namun, tidak salah kalau kita ingin berkawan seperti biasa. Bertukar-tukar idea dan pendapat. Cuma diri tidak mahu kita terlajak jauh. Cukuplah berkawan, bergurau…yang sekadarnya…berkawan lah seramai mungkin, namun jagalah hati. Biarlah, tiada lagi noktah hitam dihati saudara..kerana diri selepas ini. Hanya itu yng diri pinta… Wasslam….”

‘Dan Dialah yang Maha Pemberi keputusan lagi Maha Mengetahui’

(Saba’: 26)~~~

3 comments:

  1. oh shafalina....sungguh suci dirimu...uhuuuuu

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..the best la en.asyraf..bagus betul nama2 watak yg digunekan...huhu..ape pun,keep it up..sabda Rasulullah SAW. "sampaikan ayatku walau sepatah" salam mujahadah..=)

    ReplyDelete
  3. waalaikumsalam....hehe...Salam mujahadah

    ReplyDelete