Kriinnggg..krriinggg…loceng kedua Sekolah Menengah Suria Utama berbunyi, menandakan waktu rehat untuk pelajar menengah atas. Semua pelajar meluru menuju ke kantin sekolah untuk mengalas perut. Nasi Lemak Kerang Mak Cik Hanis, pengusaha kantin sekolah sentiasa menjadi menu utama penghuni sekolah itu.Farysa…nama panggilan… Fary, tetap dengan tugas hariannya sebagai pengawas sekolah…meronda dari kelas ke kelas memastikan tiada pelajar berkeliaran didalam kelas sewaktu rehat, kerana tuntutan tugas membuatkan dia jarang mahu makan sewaktu rehat.
Sedang meronda-ronda Fary ternampak seorang pelajar perempuan sedang tidur berteleku didalam kelas. Dia kenal pelajar tersebut, Shafalina..pelajar yang terkenal kerana kecantikkannya. “Assalammualaikum, maaf ye..waktu rehat tak boleh berada didalam kelas” Shafalina terjaga, dia menoleh kearah Fary, “hmm..maafkan saya, saya rasa kurang sihat hari ini, tak larat hendak berjalan keluar, boleh saya duduk didalam kelas?” Fary berasa sedikit teruja mendengar suara Shafalina, inilah pertama kali dia mendengar suaranya. Selama ini dia hanya mendengar rakan-rakan memuji Shafalina, hari ini dia berpeluang untuk bersemuka dengannya…..
"hmm…baiklah…awak rehatlah, kalau ada apa-apa panggil saya, saya ada di koridor tingkat ini” walaupun undang-undang sekolah tidak membenarkan pelajarnya berada didalam kelas sewaktu rehat, dengan keadaan Shafalina sebegitu, sedikit sebanyak membuatkan Fary berasa kasihan. Dia berlalu pergi meninggalkan Shafalina berehat didalam kelas.
Di kantin sekolah, Farish, Aiman dan Lina sedang asyik menikmati Nasi Lemak Kerang. Farish sudah menambah dua kali, “kau ni Farish..sampai dua kali makan, mana tak buncit perut tu haha..” kata-kata Aiman menjengkelkan Farish “biarlah, aku nak makan dua kali ke, tiga kali ke..aku bayarlah bukan kau yang bayar ..huh”
“alah…relakslah Farish, Aiman gurau jelah..kau ni sentimental pulak” lina mencelah. “Entahnya, aku gurau jelah, don’t take it personal okay” ………….. “huh, dahlah, kau memang suka mengejek aku, jomlah..makan cepat waktu rehat dah nak habis ni” Boleh dikatakan semua pelajar sudah berada didalam kelas ketika itu, hanya tinggal beberapa orang pelajar sahaja yang masih berborak-borak dikantin termasuklah mereka bertiga.
Kelas 5 Arif, menempatkan pelajar-pelajar pilihan sekolah itu untuk persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Empat bersahabat Fary, Aiman, Lina dan Farish tergolong antara pelajar didalam kelas tersebut. Mereka merupakan pelajar sasaran sekolah untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM bagi tahun berkenaan. Tumpuan diberikan lebih kepada Fary kerana dia pernah menjadi salah seorang pelajar cemerlang ketika peperiksaan PMR dua tahun lepas. Farish duduk bersebelahan dengan Fary manakala Lina dan Aiman di bahagian belakang dan kanan meja mereka.
***Ketiadaan Cikgu Fareed yang sepatutnya mengajar subjek Sejarah waktu itu membuatkan suasana kelas hingar bingar seperti kapal berlanggar.disudut lain, Fary duduk termenung menyelak helai demi helai buku teks sejarah. Fikirannya terbayangkan Shafalina. Tanpa dia sedari Farish leka memerhatikannya. Farish menoleh kearah Aiman dan Lina sambil mengangkat – angkat kening mengerling kearah Fary. ***
“hei..!!! berangan ke..” sergah Aiman menepuk meja Fary, Fary tersentak. “hish, kau ni…kacau daun betullah..aku baru nak berangan kan Shafalina ni haha…” “apa..kau berangankan Shafalina??? biar betul…” Lina menyampuk dari belakang dengan nada perli bersahaja, “heishh..sibuk jelah amoi ni , ini hal orang lelaki kau mana boleh ambil tahu” pintas Farish. Lina mengangkat kerusi ke meja Fary, “ahh..aku nak tahu jugak, suka hati lah hehe..”
“hehe..sibuk jelah korang ni. Tadi aku terjumpa Shafalina kat kelas dia, masa rehat. Dia tak sihat, first time aku bercakap dengan dia. Luruh jantung aku beb haha..” penjelasan Fary di sambut hilai tawa dari Farish, Aiman dan Lina......
No comments:
Post a Comment