Pada suatu hari Ahmad berjalan-jalan, dia berhajat hendak membeli gula-gula kegemarannya…ketika didalam perjalanan dia terjatuh, habis baju dia lenjun terkena percikkan air tanah yang bertakung kerana hujan. “cis bedebah..tak gune punye air..habis kotor baju aku” habis dimaki hamun dek kerana bajunya kotor, segala macam perkataan error keluar. Sedang Ahmad leka mengeluarkan perkataan-perkataan yang boleh menggelapkan hati tiba-tiba dia teringat niatnya hendak membeli gula-gula…..apa lagi..macam ayam kene lastiklah dia lari…ketika itu malam sudah menjengah tingkap…bimbang maghrib nanti dia tak sempat nak ke kelas mengaji.
Sebaik sampai ke kedai cik bakar maidin, Ahmad terus bergegas kebelakang kedai, mencari-cari gula-gula kegemarannya, “Ahmad, cepat sikit..pak cik nak tutup kedai ni” Pak cik Bakar melaung dari kaunter, kenal sangat dia dengan Ahmad, kalau datang ke kedai tak mencari gula-gula hudson memang tak sah….dengan muke seposen Ahmad menghampiri kaunter “hah, ni pak cik ..hudsonnya hehe” …
”hehe..yelah…kenapa comot sangat kamu ni, pak cik tengok dah macam pengemis di kuala sepetang je haha”…..
“tak ada ape pakcik, tadi saya terjatuh, nak cepat sangat, takut terlepas kelas ngaji ustaz ma’in, berapa harga ni pak cik” ….”hmm..dua hinggit..untuk kamu spesel price…”
“hek eleh takat kurang seposen bek tak payah, kemut punye orang tua…..”Ahmad mencemek didalam hati, sewaktu diraba-raba poket belakang untuk mengeluarkan dompet, baru dia tersedar yang dompetnya tiada, terus automatic muka Ahmad jadi cuak, aisehmen.”macammana nak bayar ni…”…diingat-ingat mana dia meletakkan dompet, rasanya ada bawak tadi.
(ape kene mengene kedai runcit dengan kedai pajak, nyanyuk punya orang tua…)
Ahmad membuat muke ayam berak kapur, ke hulur ke hilir mencari idea nak bayar harga gula-gula…Cik bakar pulak, sibuk menekan-nekan kalkulator yang dibeli kat kedai dua ringgit bulan lepas, mengira untung jualan hari itu, “hehe…Ahmad pakcik gurau je lah…nanti esok datang bayar ye….”
Tak gune punye orang tua, die kenekan Ahmad rupenye “terima kasih pak cik, saya blah dulu ye…kem salam anak pak cik yang comel tu” “eh2 budak ni..” haha..sempat lagi Ahmad tu, hagham jadah betul….
Wennngg..wenngg…. Ahmad berlari sambil membuat bunyi ala-ala sedang menunggang motosikal, tujuannya hendak pergi ke tempat dia terjatuh tadi…mana tahu memang disitu terjatuhnyta dompet dia. Sebaik sampai..Ahmad melihat-lihat di merata kawasan, tetapi tidak nampak pulak baying dompet, usahkan bayang..kesan dompet pun takder. “adulah..macammana ni…matilah aku…” dia mengeluh…sambil menggaru kepala yang tidak gatal…..
(dipendekkan citer, kat umah teruk Ahmad kene fire dengan makbapak die, bapak die telah mentransformkan diri menjadi atromen taro, sementara ibu menjadi mrs amazon bersama senduk ditangan….mereka kaw team bersama men fire Ahmad, habis berasap telinga Ahmad mendengar siaran radio tertunda malam itu…)
……………………………………………………………………………………………………
Dihari lain, Ahmad n co keluar berjalan-jalan di bahau al mukarramah….saje ilang tensen, sambil ambik angin di hembus angin nan lalu….. sedang die berjalan-jalan itu…tiba-tiba mereka terdengar suara orang menjerit “help..help…” semua orang berlari menuju arah jeritan itu, jauh disudut ruang kedai ada sorang pak cik tua yang agak-agak macam dah tak bape center tengah memegang mic…sambil menjerit help..help……
“hnss..hnss…(bunyi orang mengah)..kenapa ni pak cik..” Ahmad dengan gaya yang agak gelabah bertanya, konon-konon concern lah pasal pak cik tu, padahal saje nk tunjuk bek sebab ada awek lawa gilerrrrr area-area situ. “handphone pak cik kene curi, uwuwuwu..handphone pak cik kene curi..wawa..” pak cik tersebut menceritakan sebab kenapa dia menjerit tadi….”hah..mana pencuri tu lari?” Ahmad yang konon-konon concern tadi rasa kesian pulak dengan pak cik tu, dah lah tua, senget pulak tu, dahlah nangis macam budak sekolah peralihan..sapelah pencuri mental yang nak mencopet orang tua ni, memang cimploit betullah….
Ahmad n co terus berlari kearah tempat yang pak cik itu tunjukkan….. (pendek kata, mereka terjumpa pencuri itu, Ahmad terus henshiin..menjadi kamen rider kabuto…membelasah pencuri itu sampai lunyai….) sebaik habis membelasah, mereka membawa handphone berkenaan kepada pak cik itu…malangnya…handphone berkenaan tidak dapat digunakan lagi…sewaktu berlari tadi pencuri itu telah tersengaja menjatuhkan telefon tersebut, tema beliau adalah..kalau beliau tak dapat…orang len pun tak dapat..
(ape kes..hp tu bkn die punye pun…)
“ nah pak cik..telefon....maaflah, dah rosak..” Ahmad memulangkan hp berkenaan..pak cik senget menangis lagi mengada….. “uwaawaaa hp aku…uwaaa……”, “takpelah nak, terima kasih ye..ni upah kamu….” Ahmad terlihat dompet pak cik itu, adalah dompetnya yang hilang……
Dia baru teringat pak cik ini lah..yang…..
----(flashback…sebelum dia berlari-lari ke kedai, dia pernah terlanggar pak cik ni….rupe-rupenye pak cik ni lah yang telah mengambil dompetnya)-------
“hahahaha…hahahaha……..xpe pak cik simpanlah duit pak cik tu..hahahahahaha…” Ahmad tergelak kuat, yang lain hanya mampu memerhatikan perbuatan Ahmad, penuh persoalan di kepala ….kenapa Ahmad tergelak…kerana …Pak cik… Hp dan dompet….hahahaha….
Kerana apa….kerana dunia ini umpama roda….”hahaha…” Ahmad terus tergelak…tidak henti-henti….teringat betapa besarnya kuasa Tuhan…..
p/s : berdasarkan kejadian sebenar hanya watak dan tempat yang berbeza.....
kejadian sebenar? terjadi kat awak ke?
ReplyDeleteadalah...rahsia.. hehe...tp mmg kejadian sebenar... nk keluar rumah hati2...tkut ad penculik ke ape ke..okey...
ReplyDelete