Nov 16, 2010

karangan periksa setengah tahun....

http://www.emocutez.comAisehmen…malam ni…senyap..sunyi sepi..tak macam hari-hari biasa…yang penuh dengan bunyi bising, kawan-kawan yang datang tak diundang…menyemakkan ruang yang dah sedia semak….kenapalah sunyi sangat, oh..ye..hari nikan raya aidiladha, lagipun cuti semester untuk sem 1 2010/2011 dah mula, semua orang dah balik rumah…..aku sorg je terhegeh-hegeh nak mengada dengan foreigner kat sini…. kat sini sensorang, baru aku sedar… betul rupenye apa yang dimaksudkan dengan ‘rumahku syurgaku’ …..rumah, merupakan sebuah tempat yang bolehlah dikatakan ala-ala private, menjadi tempat perlindungan untuk sesiapa sahaja yang memanfaatkan fungsi rumah tu sendiri, rumah juga sebenarnya adalah dunia kedua untuk kita semua, kerana disitu kita belajar mengenal erti hidup, disegenap ruang sempit didalam rumah…kita mengenal apa itu keperluan dan apa itu kehendak.

Disitu kita belajar apakah, bagaimanakah , dan mungkin kenapakah ….berhubung soal nilai – nilai jati diri, Hormat, kasih sayang, tolong menolong, marah, sedih mahupun apa sahaja…. mulanya disebuah objek dipanggil rumah.Disini, didalam ruang yang sepi ini, aku baru tersedar…mungkin terfikir..kadangkala kita perlu bersendirian tapi selalunya kita perlu berteman.http://www.emocutez.com Berteman dalam erti kata, mereka yang memahami dan menghormati diantara satu sama lain…dan pertama kalinya juga bermula dirumah…kita belajar berinteraksi dengan ibu, ayah mahupun adik beradik…. Rumah seolah-olah sekolah yang mendidik kita secara semulajadi. Lumrah manusia, dikurniakan akal dan rasa, untuk melihat dan menilai keadaan sekeliling, merasa kesannya dan bertindak terhadap kesannya.

Tik..tok..tikk..tokk..jarum jam kedengarannya kuat, aku melihat kepada langit yang gelap…aku terpikir, kenapa berbumbungkan langit, aku masih lagi basah dek hujan??? Langit bukanlah bumbung… dan langit bukanlah apa-apa untuk melindungi kita dari panas mahupun hujan. Langit adalah keajaiban, keajaiban sang pencipta..untuk menyedarkan bongkak dan dengkel manusia yang tak kenal siapa Dia. Rumah itu boleh dikatakan berbumbung, kerana ianya ada objek diatas tetapi bukanlah keajaiban, hanya lah rembesan idea dari keajaiban akal rahmat dari yang Esa. Tetapi, rumah melindungi kita dari hujan dan panas mentari, tidak seperti langit…jadi adakah rumah lebih baik dari langit? Tidak..masing-masing ada fungsinya…..aku tersenyum…http://www.emocutez.comhmm…entah apa yang aku fikirkan…

Duduk didalam gelap, takut..mungkin juga, mungkin tidak… entahlah…kenapa kita takut? Perasaan yang hadir kerana suatu perkara yang tidak pasti akan berlaku atau kerana permainan fikiran, atau mungkin kerana sifat paranoid yang sengaja diada-adakan ….. Dia memberi perlindungan kepada sesiapa yang memohon kepadaNya…tetapi, lumrah manusia..tak mungkin berubah…perasaan itu tetap ada, hanya boleh disangkal oleh permainan psikology antara takut dan slumber….yang mana menang yang itulah akan ditafsirkan oleh gerak laku si pelaku……

Mataku terpandang pada jubah yang akan kupakai esok, untuk sembahyang sunat hari raya aidiladha….jarang sekali kuingin berjubah…tak selesa mungkin…jika dilihat oleh kawan-kawan, mungkin kerana perangai aku tidak selayaknya untuk baju sedemikian…apa pun aku mengambil peluang ketiadaan kawan-kawanku untuk menyarung baju yang kusimpan sepanjang waktu…http://www.emocutez.com

Esok aku boleh melihat upacara korban disini, ditempat aku berkeluh kesah menuntut ilmu…Hmm…korban,,,apa itu korban..kenapa kena berkorban? Boleh ke tidak berkorban??? berbalik kepada fitrah???atau sekadar memenuhi kehendak sejarah yang berlaku, atau hanya salah satu ritual adat yang berlaku sejak turun temurun…apa-apa pun, akal tidak mampu untuk menafsirkan segalanya…

Allah Itu Maha Besar, Maha Berkuasa…yang teratas untuk seluruhnya…. Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha , samaada yang celik mata dari katil yang empuk, atau mereka yang sedang menjalankan tuntutan agamanya….dan juga untuk mereka yang menyambutnya selepas melihat yang lain terkorban…. Allah tidak benci pada hambaNya yang mengenali Dia...kerana Dia seorang pencipta……. semoga Allah melindungi kamu semua….. Selamat Hari Raya Aidiladha http://www.emocutez.com

No comments:

Post a Comment