Oct 25, 2010

karangan paper julai...siri 4


Hanya, kerdipan mata menjadi pembual bicara diantara mereka. Tidak ada sebarang pergerakkan, keduanya seakan terpaku tidak mampu berkata-kata. Hembus nafas Mat Besi kedengaran semakin kasar, buat pertama kali dalam hidupnya dirasakan begitu bertuah sekali. Bertuah kerana dapat menatap gadis secantik Puteri Nadiah.

hatinya bersuara.....“Siapakah gadis ini, aku sangat suka melihatnya, wajahnya sungguh ayu, terasa sejuk mataku melihat nya”

Danial berasa sedikit janggal melihat situasi itu, cemburu mungkin

“ehem ehem, sudah-sudahlah tu” ……

“kenalkan, ini Puteri Nadiah, bakal isteri aku, Nadiah ini Mat Besi orang kampung kita” Puteri Nadiah kaget mendengar kata-kata Danial, dia mengerling sambil matanya dibulatkan....

“Siapa cakap aku bakal isteri kau” “………” senyap tiada jawapan, Danial mengalih-alih pandangan ke siling Dewan

Mat Besi geli hati melihat keadaan itu,“ Salam, maafkan saya Puteri kerana memandang Puteri terlalu lama, takut kurang senang dengan perlakuan saya” Dia memulakan bual bicara, walaupun terasa gugup dihati, dikuatkan juga untuk bercakap dengan Puteri Nadiah

“oh, tidak mengapa, saya pun minta maaf juga, andai saudara juga berasa sedemikian rupa, tak perlulah bahasakan saya puteri, panggil Nadiah pun tidak mengapa”…
balas Puteri lembut, mengatur perbualan,

mereka saling berpandangan, Mat Besi mahupun Puteri Nadiah seperti tidak mahu mengalihkan pandangan masing-masing

keadaan itu membuatkan Danial semakin kurang selesa, badannya terasa panas entah kenapa “takpe, tak perlu minta-minta maaf ye, sudah lah Mat, kita habis ye, aku ada urusan dengan Nadiah ni” Danial berbahasa basi mencari peluang untuk menghalau Mat Besi dari situ

“oh…maafkan saya, minta diri dulu ye….salam”... Sebelum berlalu pergi, Mat Besi sempat mencuri pandang kearah Puteri Nadiah yang sedang menguntum senyum kepadanya......gembira bukan kepalang rasa hati, kalaulah boleh melompat-lompat setinggi mungkin, sudah tentu dia lakukan..

“Siapa yang cakap aku ni bakal Isteri kau?” Puteri Nadiah mengulangi pertanyaannya yang tergantung sebentar tadi, tindakan Danial sesuka membuat pernyatan itu membuatkan dia sedikit marah, tambahan pula apabila berhadapan dengan Mat Besi sebentar tadi

“hmm, memanglah kau bakal isteri aku, kan keluarga kita dah bersetuju dari dulu lagi”

“jangan nak memandai ye, itu keluarga aku, bukan aku, aku tak nak bakal suami aku pemalas macam kau, buat malu keluarga je”

“kau mahu ke tak mahu ke, keputusan dah dibuat, kau tak ada hak nak ubah…” Danial mengeras kan sedikit suaranya

“aku yang nak kahwin…akulah yang buat keputusan, bukan keluarga aku” Puteri Nadiah tidak mahu mengalah, perbualan antara mereka beransur tegang…..

1 comment: