“Nadiah….. kau kena faham, permintaan keluarga… kau kene penuhi, kalau tidak kau yang susah nanti” Danial mengendurkan sedikit suaranya, tidak mahu perbualan antara mereka menjadi lebih tegang. Sudah pasti hubungan beliau dengan Puteri akan menjadi lebih dingin jika pertengkaran berlarutan dan semestinya dia tidak mahu itu berlaku
“ ahh..aku tak peduli, soal aku nak berkahwin dengan siapa, itu urusan aku bukan keluarga aku, dan kau kena ingat…kau tak ada hak nak tentukan hidup aku.” Puteri Nadiah berkeras, sikap Danial yang terlalu memaksa membuatkan dia geram. Jika tidak mengenangkan hubungan keluarga mereka, sudah lama hinggap penamparnya kemuka Danial
………………………………………………………………………………....................................
Di satu tempat, Mat Besi duduk termenung, melihat anak-anak ikan bermain-main di kolam kecil. Hujan semakin reda, menandakan banjir akan surut tidak lama lagi.
Dia mengelamun sendirian………………..
“ Puteri Nadiah, hmm…sedap nama tu,sesuai dengan orangnya. Siapakah keluarganya? Dimanakah rumahnya? Hmm….” Wajah Puteri Nadiah tidak dapat dilupakan, sejak dari tadi asyik bermain-main difikirannya. Suara, wajah, karakter, menarik perhatian Mat Besi untuk mengenali siapakah Puteri Nadiah dengan lebih mendalam.
“ Salam…..” suara menyapa tiba-tiba dari belakang, mematikan lamunan Mat Besi
“wslm…eh….” Mat Besi terkesima….. orang yang menyapanya adalah Puteri Nadiah, dia menjadi tidak keruan, ditoleh kiri dan kanan melihat-lihat jika ada mata-mata lain yang memandang. “Buat apa sendirian disini?” Puteri Nadiah memulakan perbualan…..”err.. x ada apa-apa,saje duduk menghabiskan masa, Puteri buat apa disini?”
“hmm, kalau saya kata saya nak berbual dengan awak, awak nak cakap apa?” jawab Puteri Nadiah dalam nada sedikit menggoda, sambil mata melirik nakal, peluh didahi Mat Besi mengalir perlahan, jantungnya berdebar-debar melihat Puteri Nadiah sebegitu “hmm..boleh…boleh… apa salahnya, saya pun tak ada teman berbual.”
Puteri Nadiah duduk betul-betul disebelah Mat Besi, kakinya dilunjurkan kedalam kolam sambil mengocak-ngocak air didalamnya. “eh..jangan buat begitu Puteri, lari ikan-ikan tu nanti” Mat Besi menegah perbuatan Puteri Nadiah itu, dia bimbang akan menakutkan ikan-ikan yang sedang berenang didalam kolam tersebut.
Puteri Nadiah berpaling kearah Mat Besi, matanya dikecilkan,
“kan saya dah cakap, jangan panggil saya Puteri” ….balas Puteri Nadiah dengan intonasi suara yang manja….Mat Besi……
aduhhh................abis tu, nak panggil ape? hehe
ReplyDelete