Sep 3, 2013

Ku cuba mengomel




Kelmarin aku berbicara akan persoalan hidupku. Kisah lampau yang suka aku ungkapkan kerana sememangnya kita tidak bisa melihat pada masa hadapan. Adakah aku ini hidup dalam buaian angan-angan lampau. Ya ..kalau itu yang kau mahu katakan...tapi bagiku itu membuatkan aku sedar akan hadir wujudku kedunia ini. Fitrah penciptaan manusia ke semesta cakerawala yang maha dahsyat ini. Tunjukkan padaku siapa mereka yang boleh melihat ke hadapan...bawakan mereka ke mari..ingin aku lontarkan seribu pertanyaan.

Abaikan aku sendiri dalam lingkup lamunanku...kerana aku tak mungkin bisa menguis kenyataan sebenar melainkan seizinNya. Biarkan aku bermain dalam ruang kotak angan-angan ku...mana tahu ku menemui keabadian yang tidak mungkin kau temui disitu.

Kau ber ilusi dengan halusinasiku...yang hanya aku sendiri faham...tak usah kau tampar lamunan ku...aku tetap kukuh disini...sekadar goyah dek fitrah manusia biasa yang sememangnya begitu...Namun jiwaku kental jauh pada sudut saenteronya...

Ku cuba mengejar satu bintang dalam berjuta bintang dilangit. Kau pilih satu buatmu jangan kau usik bintangku...kerana kau tidak mungkin faham...kenapa aku memilih bintang itu...

Aku melihat semalam untuk mencari bintang hari ini...aku melihat esok..namun bintang tidak kutemui...kau katakan berfikir kehadapan sedang semalam belum kau habiskan...langkah ku atur perlahan kerana ku  tak mengerti kenapa masa itu meninggalkan aku...

Cuma aku berdoa..agar masa sudi menanti harapanku....sedang aku terlalu banyak berbicara....bersoal jawab pada Nya mengharap jawapan yang entah orang kotor seperti aku mampu fahami. Kau teruslah disitu...menjadi seperti itu...aku meneropong ke langit mencari pari-pari hadir mengolah jawapannya.

Saat terdesak ingin aku berlayar dalam bahtera Nuh membantai arus laut membongkah tebing-tebing pulau mencari jawapan nya. Pari-pari kau tiada pada realiti hanya pada angan-angan yang jawapannya aku sendiri hadirkan. Mana bisa begitu sedang aku manusia polos boleh berfikir sehebat Ghandi...

Ini hanya hukum karma...dunia berputar ibarat roda...suatu hari nanti yang benar akan bersorak riang...sabar lah..pada siapa pun yang benar...ku berdoa agar kau jauh dari dosa membenci dan mengata...Biar Allah selesaikannya sesudah kau berdoa....

"..Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia.."
(Surah [22] AL HAJJ : Ayat 78)

No comments:

Post a Comment