Feb 16, 2012

coretan buat sahabat….


Saat itu hujan. Aku bersama seorang sahabat. Seorang perempuan. Kugelarkan dia sebagai wanita besi. Aku banyak belajar darinya untuk menjadi seorang penyabar dan tenang dalam semua perkara. Kelemahan yang tidak boleh aku sembunyikan ialah sifat gelabahku. ketika aku mengenali dirinya, sedikit demi sedikit aku cuba belajar untuk menjadi orang yang lebih ‘slow and steady’.

Menjadi seorang ibu disaat bagaimana dia sekarang, pada umur yang sebegitu adalah perkara yang tidak mampu aku lakukan…..jika aku seorang perempuan. Semenjak akhir-akhir ini, aku menjadi semakin rapat dengannya dan semakin itu jugalah aku lebih mengenalinya. Pernah sekali aku berasa begitu terdesak, aku bercerita dengannya…perasaan aku sebak, seperti menangis. Dia sabarkan aku. Ahh..malunya menangis depan perempuan. Lelaki sentiasa hidup dengan ego mereka. Termasuk aku. Abaikan persoalan ini.

Ketika hujan itu, aku melihat dia lain sekali. Pelik…ku bertanya kenapa….dia berdolak dalik…tapi yang kupasti…dia menyembunyikan sesuatu. Aku cuba meneka. Puas berfikir…apakah ia…tiba-tiba persoalan ini timbul

“kau mengandung ke?”

Haha…tahniah sahabat. Dia mengandung buat kali kedua. Tidak tergambar perasaan aku tika mendengar berita itu. Gembira…kelakar…entah..susah untuk aku jelaskan. Melihat dia saban hari, ketawa bersama, melawak…’gila-gila’…dan sekarang…dia mengandung..haha…tahniah ku ucapkan. Kalaulah suami dia ada sekali, mungkin aku dapat melihat dia dilambung tinggi…agaknya….

Sahabat..

Walau tidak sepenuhnya aku kenal siapakah dirimu…tapi aku tumpang gembira atas berita itu. Aku tahu kau sedang berjuang dengan diri sendiri. Aku tahu kau kuat untuk semua ini..dan aku mengaguminya. Kau seolah-olah memberitahu yang aku ni bukan sesiapa berbanding apa yang kau hadapi sekarang. Umpama langit dengan bumi. Ia mendidik aku menjadi seorang yang lebih tabah.lebih kuat untuk hari-hari dalam hidupku.

Sahabat

Jangan lemah jika kau seorang yang kental

Jangan berduka jika kau boleh gembira

Sahabat

Lontarkan semangatmu jauh

Lontarkan jiwamu dalam

Kau seorang ibu

Kau boleh berlari

Sahabat

Jangan kata lemah…..

Kalau aku masih ber tah tih

Sedang kau sudah berlari

Jangan kata kau bersedih…..

Kalau aku masih tersenyum

Sedang kau sudah ketawa


Sahabat

Apakah kau merasa kau lemah , kalau semangat mu aku agung-agungkan

Apakah kau rasa rugi, kalau bahagia mu aku sanjungi

Bersyukurlah…kerana kau bahagia dengan keluargamu

Bersyukurlah…kerana kau berada pada jalan yang Allah Redhai


Sahabat,

Aku berdoa…agar kau sentiasa dirahmati Allah. Kutiplah apa sahaja yang kau perlu dalam hidupmu. Kerana kau seorang dan bakal ibu untuk dua anakmu. Kumpullah apa sahaja yang kau perlukan agar kau menjadi seorang ibu yang berjaya dalam hidupmu kelak. Semoga tuhan melindungi dirimu sentiasa. Ikhlas dari sahabatmu.

No comments:

Post a Comment