Dec 18, 2010

level four story...3

pagi itu, Fary bergegas ke bilik guru, 3 hari lepas, Cikgu Zaidah ada memberikan tugasan kepadanya. Ketika sedang mencari-cari senarai nama pelajar bermasalah, Fary terperasan Shafalina, duduk betul-betul sebaris dengan tempat dia berada. Fary terkesima.....jantungnya terasa seperti berhenti berdegup. Shafalina yang sedang leka membaca suratkhabar terpandang Fary, dia tersenyum manis....menundukkan sedikit kepala. Fary menjadi semakin tidak keruan, mahu tidak mahu dibalas senyuman itu.
diberanikan diri mendekati Shafalina. Nafas ditarik sedalam yang boleh....." lama tak nampak awak, awak Shafalina kan?" Fary memulakan perbualan. Buat-buat tidak mengenali Shafalina.
"oh, saya kurang sihat, hari ini baru dapat datang ke sekolah. ye...panggil sahaja Lin. Awak buat apa disini?" lembutnya suara dia.....suara hati Fary berkata-kata. Jiwanya melonjak gembira. Sudi Shafalina membalas pertanyaannya. "Ada kerja sikit, cuaca sekarang memang tidak menentu, jagalah kesihatan awak, jangan berpanas selalu, awak buat apa disini?"
"terima kasih....saya tunggu Cikgu Azulawaty, nak hantar surat cuti sakit"
"oh...Cikgu Azula ada dibawah, awak pergilah jumpa dia, mungkin tak masuk ke bilik guru pagi ni, terus ke perhimpunan" terang Fary
"yeke, kalau begitu saya pergi dulu ye...." balas Shafalina, sambil bergegas keluar. Fary hanya tersenyum dan menganggukkan kepala. Pagi itu, seperti pagi yang bertuah untuknya. Pagi dimana dia mula berbual mesra dengan Shafalina.

*********************************************
hujan turun renyai-renyai pagi itu, menjadikan susana kelas agak bungkam. Masa terasa bergerak perlahan sekali. Farish terhangguk-hangguk menahan rasa mengantuk, sesekali menguap. Suara Cikgu Hisham sayup-sayup kedengaran ditelinganya. Selang beberapa minit..pamm...kepalanya terhantuk ke meja. anak-anak mata tertumpu ke arahnya.......

No comments:

Post a Comment