"sudahlah, aku dah fed up dengan perangai korang, semuanya pembohong..hipokrit!!!.." bentak Farid. Nasir tersentak dengan jawapan Farid " eh...apa yang kau cakap kan ni Farid, apa masalahnya ni..."
"ye Farid, sabar..kenapa ni, cube ceritakan" Ana mencelah
paanngg!!!....kerusi melayang ke dinding, Farid menoleh ke arah Ana dan Nasir, mereka kelihatan resah. Lengan Nasir dipaut erat oleh Ana. "korang tak payah nak tunjuk baiklah, dasar talam dua muka...depan punyalah baik, belakang bukan main mengata aku. tak payah nak jadi ustazlah kat sini." "Ya Allah....aku tak faham lah, kenapa ni? tiba - tiba je.." desak Nasir
"Sudahlah!!!!" Farid menengking, menjengkilkan mata ke arah mereka. Beberapa ketika, dia berpaling...dan berjalan pergi dalam keadaan tergesa-gesa. Nasir dan Ana saling berpandangan, seribu persoalan bermain di benak mereka.
beberapa meter dari situ, kelihatan Suraya terpaku sendirian. Dia seolah-olah tidak mempercayai apa yang telah dilihat petang itu. Farid, orang yang sempoi, mudah ketawa, tiba-tiba menggila. Diperhatikan keadaan meja dan kerusi yang tunggang terbalik, fikirannya masih cuba menyangkal perkara sebenar.
"kenapa??? kenapa???" tuturnya sendirian.
**** "Farid..Farid... tadi aku dengar Ana dengan Nasir bukan main tergelak lagi, dengarnya macam tengah mengata kau.." "eh..yeke..kau sungguh ni" Farid seperti tidak yakin. "betul..aku dengar tadi"****
'mungkinkah kerana apa yang aku katakan itu, dia mengamuk' Suraya bermonolog
****"tak guna, berani diorang mengata aku...tak sangka, kawan jadah" gumam Farid, menyimpan geram di hati. Dia mengetap gigi sambil mengepal-ngepal penumbuk."****
bayangan itu terimbas lagi. Kali ini, menguatkan lagi anggapan Suraya. Ini semua adalah berpunca darinya.
"Su..Su..." bahu Suraya digoncang.."eh...!!" Suraya tersentak, wajahnya pucat..."kenapa ni, kau nampak lain je" Dia memandang mereka, Nasir dan Ana, "kau nampak ke apa yang jadi tadi?" Nasir bertanya. Suraya diam, dia mundar mandir ..."Su..Su..!!!" Ana menggoncang-goncang bahu Suraya .."kenapa ni..apa masalah kau? jangan takutkan aku!!!"
"maafkan aku, maafkan aku...aku rasa, Farid mengamuk sebab aku...aku...aku bagitahu dia, yang korang mengata dia hari tu.." "apa!!!" jerit Ana,
Nasir terkesima......
"patutlah dia marah bukan main...." persoalan terjawab.....
"kerana kami mengata..dan kau beritahu dia..."
siapakah yang bersalah....Ana, Nasir atau Suraya....atau....
Maha Suci Ya Tuhan, Kau yang satu.... kalau dulu aku selalu memandang jelek pada ciptaanmu. hari ini aku merasa sakit nya dipandang jelek. Lebih sakit kerana ia hadir dari sahabat dunia akhirat ku.
"Tak guna betul.." Farid mendengus. Sesekali disisir rambut kebelakang. Badannya terasa panas. Dia cuba menenangkan diri. Nafas ditarik sedalam-dalamnya.
Marah dan lidah seperti rakan karib, aku tak boleh biarkan mereka selalu bersama, jika tidak..buruk padahnya.
"aahhh....hnnss...hnsss..." bunyi dengusan nafas Farid kasar...dia ke hulu ke hilir di tepi tali air berdekatan dengan sawah padi. Fikirannya buntu....
Jiwa aku tergamam, aku melihat kebesaran Yang Maha Esa, Makhluk lain turut sama menyaksikan...cantik dan indah....
Farid masih lagi tidak dapat mengawal diri, tiba-tiba dia berlari, sekuat yang boleh. kepala nya didongakkan ke langit. "aahhhhhhh..." sesampai diatas bukit ...dia menjerit sekuat hati...
Massyaallah, badanku bergetar...air mata ku mengalir, aku tidak pasti kenapa...cuma aku rasa, ini mungkin kerana Allah itu cuba mengajar aku sesuatu...
"Amin" Suraya menekupkan kedua telapak tangannya ke muka...tersedu-sedu menahan gelora ....Perasaannya bercampur baur,akhirnya dia menangis teresak esak. tidak mampu menahan sendu yang dirasa.
sekian...

waaahhhhh....macam double meaning je citer ni..hehe. or tripple??
ReplyDeletetak semua orang boleh puas hati dengan semua benda..
tak semua kawan boleh terima keburukan kawan dan simpan untuk diri sendiri...
banyak maksud tersirat ni, memang sush nak puaskan hati semua org, macam kita hidup berdasarkan kehendak mereka pulak...
ReplyDelete