Dec 2, 2010

level four story...2

kalau nak aku tolong rapatkan kau dengan dia , bagitau lah aku…aku kan perempuan, senang sikit nak masuk jarum” Lina memberikan cadangan

Farish memandang Fary sambil mengenyitkan mata, senyuman nakal meniti dibibir. “apa lagi Fary, Lina nak tolong tu janganlah jual mahal…” “heish, korang ni…aku manalah nak sampai bercinta-cinta ni, kawan-kawan aje bolehlah…lagipun takkanlah si Shafalina tu nakkan orang macam aku” Fary cuba berbasa basi dengan mereka, yang sebenar memang dia mengharapkan Lina sudi membantu dirinya, untuk lebih mengenali Shafalina. Pertama kali memandang dia sewaktu perhimpunan pagi awal tahun lalu telah membuatkan Fary tertarik hati.

“Ala..kau ni, nak bermadah pulak..katakan ye kan senang…” Aiman bersuara separuh menyindir. Tiba-tiba, Cikgu Azulawaty…guru matapelajaran Fizik kelas berkenaan masuk sebelum sempat Fary membalas kata-kata Aiman, “Assalammualaikum semua…hari ini saya akan menggantikan Cikgu Fareed, kamu bolehlah buat kerja sendiri. Saya tak mahu sebarang suara dikeluarkan.”

************************************************************

Tepat pukul 9.00 malam, semua pelajar asrama sudah berada di bilik ulangkaji untuk menyiapkan latihan yang diberikan, atau mengulangkaji pelajaran yang tidak difahami. Beginilah rutin harian pelajar yang tinggal di asrama Sekolah Menengah Suria Utama pada sebelah malam.

Tikk..tikk..tikk… Fary melaga-lagakan pembaris dengan pensel. Malam itu dia tidak dapat menumpukan perhatian pada ulangkaji. Telinganya terngiang-ngiang suara Shafalina. Wajah Shafalina seolah-olah sedang berada betul-betul dihadapan mukanya. Shafalina, gadis berdarah melayu. Namun wajahnya seperti kacukkan arab, keningnya tebal…matanya galak, senyumannya sudah cukup meluluhkan hati mereka yang melihat.

Abg Fary…buat apa tu? Berangan ye…hehe” serta merta wajah Shafalina hilang dari kacamata Fary, beliau menoleh kebelakang, Shafiq pelajar tingkatan 3 memandangnya sambil tersengih. “heish..kacau je, nak apa ni?” Tanya Fary pendek. “nak mintak tolong abg ajar saya matematik ni, ada masa tak?” “hurmm..cepatlah..” Jawab Fary acuh tak acuh. Begitulah suasana di asrama, kadangkala yang senior akan membantu yang junior dan sebaliknya. Suasana sebegini, menjadikan hubungan antara mereka lebih akrab berbanding pelajar yang tinggal di rumah. Apa sahaja yang berlaku kepada pelajar asrama, yang lain turut terkesan. Umpama cubit paha kanan, paha kiri turut terasa.

Dirumah, Shafalina menghabiskan masa berbaring dibilik. Sakit kepala yang ditanggung sejak sehari yang lepas masih lagi dirasai. Kepala dipicit-picit dengan harapan rasa sakit berkurangan. Hujan lewat malam yang turun tiba-tiba menjadikan ruang bilik sejuk dan mendamaikan. Pintu bilik dibuka, Mak Cik Nurah ibu kepada Shafalina masuk sambil membawa ubat dan segelas minuman.

lin, bangun nak…makan ubat ni” Shafalina hanya menurut permintaan ibunya…malam itu sahaja sudah tiga biji ubat panadol ditelan, namun rasa sakit kepala masih lagi terasa. “hmmm..sakit lagilah mak, esok saya tak pergi sekolah ye…?”

************************************************************

Pagi itu kelas bermula seperti biasa. Semua pelajar didalam kelas 5 Arif tekun mendengar penerangan yang diberikan oleh Cikgu Hisham. Guru matapelajaran kimia. Sesekali Cikgu Hisham menyelitkan lawak-lawak slapstick menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik dan kurang membosankan.

“Lina, kau sempat salin note yang cikgu bagi tak?” Aiman bertanya perlahan. “ Sempat, nanti lepas kelas kau ambil dari aku” ketika menjawab pertanyaan Aiman, Lina ternampak Fary sedang mengelamun…leka memandang ke luar tingkap. “ish budak ni, cikgu tengah mengajar sibuk tengok ke luar, cari penyakit betul”

ok..sampai sini sahaja, see you next class..chow”

terima kasih cikgu”…………

“hai Fary, mengelamun Nampak…apa hal?” tegur Farish..... “yelah Fary, apa masalah kau ni? ” Lina menyampuk.......

kau orang ni, kalau tak menyibuk hal orang tak boleh ke…???”

kriing…kriingg…loceng waktu rehat berbunyi. Cepat-cepat Fary keluar meninggalkan Farish dan Lina terpinga-pinga. Dia bergerak menuju ke tempat tugasannya. Sebenarnya dia berniat untuk bertemu dengan Shafalina, kebetulan tempat dia bertugas berdekatan dengan kelas Shafalina, 5 Delima. Puas diperhatikan setiap pelajar yang keluar dari kelas itu, namun bayang Shafalina tidak juga kelihatan.

Fary..buat apa disini, mari ikut saya sekejap, ada hal sedikit saya mahu bincangkan” Cikgu Zaidah entah dari mana munculnya memanggil Fary. Mahu tidak mahu Fary terpaksa turuti arahan Cikgu Zaidah. Cikgu Zaidah merupakan guru disiplin yang berpengelaman disekolah itu. Sejak Fary tingkatan satu lagi dia sudah menjadi guru disiplin. Terkenal dengan ketegasan dalam menjalankan tugas, ramai pelajar sudah menerima kesannya.



2 comments: