Dec 17, 2010

jangan begitu

Sewaktu kecil, tika masih kencing didalam seluar...semuanya dilakukan untuk kita. Dari atas kepala hinggalah ke hujung kaki. lengkap serba serbi. kala itu, yang kita tahu, hanya lah merengek meminta susu, tidak mengira waktu. kadang siang kadangnya malam. si ibu atau mungkin juga si ayah, bergegaslah bangun melayan kerenah buah hati pengarang jantung mereka.

Teringat sewaktu kecil, kira-kira umur setahun setengah, bak kata ibu....saya sudah pandai merangkak, ketika itu nakal bukan main.....petang itu ibu tertidur, mungkin kerana keletihan. Sebaik sedar, saya tidak berada disebelahnya, gemuruh rasa hati tidak terkata. Ditoleh kiri dan kanan, rupa-rupanya saya sedang merangkak di bawah katil. Terus ibu mengambil, dengan mulut membebel tak tentu butir bicara. Habis kotor baju saya, lantai dibawah katil agak berdebu. Saya hanya tahu ketawa, melihat sahaja ibu membebel seorang.

Itu cerita ketika masih bayi. Sekarang sudah besar, dewasa mungkin.... bak kata orang-orang tua sudah ber akal...dah boleh jadi bapak orang hehe. Segala urusan saya perlu lakukannya sendiri. Dari mengemas, mencuci, hinggalah kepada mandi, semuanya sendiri. Sebaik menjejakkan kaki ke gerbang menara gading, perkara-perkara itu menjadi semakin penting.

Disini, rakan-rakan juga sebegitu rupa. Kami masih lagi dalam tempoh belajar akan betapa susahnya hidup sendirian. Kalaulah tiada sokongan antara satu sama lain. Mungkin kami tidak mampu berdiri segagah ini. walaubagaimanapun, ada segelintir dari rakan-rakan saya yang hanyut dalam dunia mereka. Ada juga yang menjadi semakin baik, bersyukur kalau itulah yang berlaku. Ada juga yang suka mempergunakan mereka yang lain, demi nama dan pangkat.

Andai kita suka mempergunakan rakan yang lain, demi sekeping nama, tidak kemana akhirnya. Janganlah selalu begitu. suka berkata tidak tahu, alasan itu dan ini. Akhirnya, kawan yang lebih bertolak ansur, tersepit dalam tanggungjawab bersama. Kalau petah pun berkata-kata, tidak bermakna kita lincah dalam berurusan. Dalam usia seangkatan dengan saya.....kita masih lagi belum habis menyelusuri rona-rona kehidupan, belajarlah apa yang kita perlu tahu. Dalam hidup ini. Selagi ada waktu kita bersama. Jangan selalu mengelak dari ketentuan takdir, atau bermain dengan takdir itu sendiri. Jadilah lebih bertanggungjawab. Apa pun, ukurlah baju dibadan sendiri.

Apa yang saya katakan, hanyalah picisan nasihat basi...luput ditelan zaman. Namun ingatlah, perkara ini hanyalah seperti menjemur baju di dalam lautan...... waallahualam...

3 comments:

  1. Bersabarlh mghadapi pahit manis kehidupan krn kebiasaanya sabar akan mendekatkn kebijaksanaan dan kejayaan...betulkah BBEGITU...heheh.:)

    ReplyDelete
  2. bersabar dalam keadaan tertindas, tak boleh jugak...kene pada gayanye lah ..=)~

    ReplyDelete
  3. kene bersabar jgak lah dlm apa keadaan pon...

    "kalau kite meilih kemenangn x semestinye kta akn dpt kemenangan, tp kalau kite pilih kesabaran semestinya kt akan dpt kejayaaan 2"

    betul ke?..ehehhehe

    ReplyDelete