Jauh dipinggir kota, terdapat sebuah kampung dipanggil kampung Puteh berseri. Kampung tersebut diberikan nama sedemikian kerana semua orang didalam kampung tersebut putih – putih belaka. Ejaan P.U.T.E.H pula adalah kerana sewaktu proses pencalonan nama untuk kampung berkenaan dikendalikan oleh orang tua yang hanya pandai menulis jawi sahaja, ejaan rumi beliau hanyalah di level suam – suam kuku sahaja.
Maka, alkisah yang ingin disampaikan adalah berkenaan kisah dua orang pemuda yang ingin menawan hati seorang gadis yang sangat cantik rupa parasnya. Pemuda pertama bernama Ahmad al Habsyi wal valentine rossi b uthman de abukukutercabut wal max biaggi. Namun oleh kerana namanya yang sungguh saintifik dan unik itu maka, orang kampung hanya memanggil beliau dengan gelaran mat besi sahaja bersesuaian dengan pekerjaan beliau sebagai pencuri besi, eh2 silap2 sebagai peniaga peralatan – peralatan berasaskan besi……………………..pemuda yang kedua bernama Daniel Haikal ,dia diberikan nama sebegitu kerana latar belakang keluarganya yang berada, kaya raya lebih kaya dari saudagar sadiq segaraga…
hahaha ( gelak bongkak )…. ( ade ker masuk sekali dengan Saudagar kemut tu huah2..xpepasal je…) okeh2 sambung cerita….
Mat Besi dan Danial sungguh berbeza sekali peribadinya, Danial seorang yang malas bekerja, manakala Mat Besi pula terkenal dengan sifat ringan tulang dan menghormati masyrakat kampung.
Terdapat seorang gadis yang sungguh cantik rupawan, senyuman nya boleh memporak perandakan sesebuah intitusi perkahwinan yang dibina dari asas cinta yang separa kukuh atau tidak kukuh langsung. Nama diberi oleh kedua orang tuanya ialah Puteri Nadiahtul Balkish. Kedua orang tua Puteri sangat ingin bermenantukan seorang kerabat diraja hingga tak menyempat2 meletakkan nama Puteri di permulaan nama.
Pada suatu hari berlakulah banjir dikampung Puteh Berseri, Mat Besi, Danial,Puteri Nadiah dan seluruh penduduk kampung diarahkan berpindah ke kawasan penempatan sementara yang terletak kira –kira 2500 dari aras laut kerana bimbang akan menjadi mangsa rakus deras banjir yang tidak berketepian.
Ketika itu, semua orang sibuk memindahkan barang-barang yang sempat diselamatkan ke pusat pemindahan banjir berkenaan kecuali Danial yang hanya tahu membuta sahaja. Perangainya membuatkan penduduk kampung berasa sungguh meluat dan menyampah tahap giler melampau seperti hendak menghalau sahaja Danial dari situ, hanya kerana mengenangkan keluarga beliau yang sudah banyak membantu penduduk kampung niat itu dibatalkan.
Suatu Masa, Puteri Nadiah sedang berehat-rehat di tepi longkang sambil memerhatikan anak-anak berudu yang sedang berenang-berenang girang bersama jejentik-jejentik didalam air longkang yang penuh dengan lumut hijau….tiba-tiba…………………………………….

No comments:
Post a Comment