Hidup, sentiasa penuh dengan pilihan..
manusia bertindak atas pilihan yang mereka buat,
sedar ataupun tidak, ramai daripada kita selalu
mengeluh, ber soal jawab atas pilihan sendiri,
sentiasa menidakkan takdir keatas diri,
menzahirkan kesalahan sendiri dengan seribu satu
alasan yang tidak munasabah,
menyalahkan kekurangan pada kelemahan yang nyata,
seolah-olah mereka terlupa bahawa mereka
hanyalah seorang patung bernyawa sandiwara
sang Pencipta....
mereka terlalu leka menuding pada
alasan-alasan yang hakikatnya
hanya lah sebuah pembohongan...
kenapa manusia sentiasa memilih pada keburukkan
kenapa manusia sentiasa memilih pada kelekaan
kenapa manusia sentiasa memilih pada kehinaan
fitrah manusia......
lupa pada Qada dan Qadar......
lupa bahawa hikmah ada menanti dihujung jalan......
lupa, untuk berpijak pada bumi yang nyata.....
lupa bahawa,
ALLAH ITU MAHA ADIL......
Ampunkanlah dosa-dosa kami
sesungguhnya,kami adalah selemah-lemah ciptaanMu
adilnya Kamu, memberi Kami akal, untuk menutup kelemahan kami
namun, manusia hipokrit, sentiasa berbangga dengan kelebihan akal
mereka pergi jauh, tanpa menoleh sedikit pun, terhadapMu
JAHILNYA MANUSIA
ALlah, sayang kami,Cinta kami.....
jauhkanlah kami,dari
KELEBIHAN YANG MENYESATKAN
Tunjukanlah kebenaran, kurniakan lah kesedaran,
bimbinglah hati-hati kami pada cahayamu,
agar kami dapat melihat syurgamu,
agar kami sedar, betapa lemahnya kami
agar kami tahu.....
Kau adalah Cinta kami
Kami merintih dalam sujud, memohon ihsan Mu,
Kami menangis dalam doa, memohon rahmat kasih sayangMu,
Kami meronta dalam jiwa, memohon.....
MATI KAMI DALAM REDHA DAN RAHMATMU
Kalau manusia mengenali Tuhannya
ReplyDeleteHancur luluh hatinya lembutlah jiwanya
Tak sempat mengingati perkara yang lain
Hati dan jiwanya semata-mata terpaku
Dengan Tuhannya
Jika manusia mengenali kehebatan
Keagungan Tuhannya kecutlah perutnya
Kalau manusia sentiasa sedar pendengaran
Penglihatan dan pengetahuannya
Tuhan tidak pernah lekang dari manusia
Nescaya manusia ini tawaduk merendah diri
Di bumi Tuhannya.....
Jika manusia rasa bertuhan hidup di hatinya
Matilah angan-angan
Takut pun datang menerpa dihatinya
Manusia akan sibuk dengan dirinya
Tak sempat memikirkan diri orang lain
Takut dan bimbang tak sempat mengumpat
Aduh! kalau Tuhan sentiasa dihati
Perasaan berTuhan mencengkam dihati
Mengenang pula nikmat
Nikmat Tuhan yang banyak
Bertambah perasaan cinta dan takut
Cinta kerana nikmat dan kasih sayangnya
Takut kalau nikmat ditarik semula
Kalau terbuat dosa akan diazabnya
Begitulah kalau seseorang hamba mengenali Tuhannya
Hatinya sangat sibuk dengan Tuhan
Dunia dan nikmatnya tidak mempengaruhinya
Sekalipun dunia di tangannya
~Mawaddah, Rasa BerTuhan