Sep 22, 2013

Seutas Jam tangan lama....


Seutas jam tangan lama terperosok di penjuru dapur. Tidak jauh dari situ, kelihatan sekujur tubuh terbaring kaku di atas lantai. Darah berselerakan di merata tempat...dinding, almari dapur, pintu, tingkap dan juga rak pinggan sudah cukup menggambarkan betapa hebatnya pergelutan yang berlaku. Unit forensik PDRM sibuk mengumpulkan bukti dari tempat kejadian.

Zairi, inspektor dari unit jenayah PDRM bukit aman memerhati dengan teliti pada setiap inci ruang dapur, dia mahu memastikan tiada bukti yang tertinggal. Kuku pada jari telunjuk si mati tercabut dan melekat pada pintu dapur. Terdapat kesan darah pada bahagian sendal pintu. Beliau mengarahkan unit forensik untuk mengasingkan darah yang terdapat pada pintu tersebut, ‘instinct’ beliau menyuruhnya untuk berbuat begitu. 

Dia merenung lama pada pintu itu, matanya berkelip-kelip seperti cuba membayangkan sesuatu. Klik....klik....bunyi punat kamera ditekan...pantulan cahaya dari lensa kamera menganggu konsentrasi inspektor Zairi. Dia menoleh kebelakang...

“oh..maafkan saya tuan...saya Suzana wartawan jenayah utusan melayu...ini Kamal jurukamera saya.” 

Inspektor Zairi tidak menyahut, dia menggamit pegawai yang bertugas... Konstabel Halim tergesa-gesa datang sebaik melihat Inspektor Zairi melambai padanya. Dia terperanjat melihat Suzana berada di situ. “Eh..cik masuk dari mana ni? Ini kawasan larangan, maaf cik kena keluar.” 

 Kamal segera menyimpan kamera ke dalam beg, sudah banyak kali kameranya di rampas pihak polis atas alasan menganggu tugas. “Maaflah encik, kami cuma ingin mendapatkan ‘story’ untuk kes ni..kes panas ni...kes pembunuhan Tan Sri Mickel” Suzana cuba merayu.

“sudah..!keluar” Inspektor Zairi memberikan arahan. Nada suaranya lembut tapi muktamad.....

Suzana dan Kamal diiringi keluar oleh konstabel Halim ...Terbayang kehampaan pada wajah Suzana. “tak boleh nak bawak berbincang langsung..” gumam dia sendirian

”ehem ehem...maaf cik, saya dengar tu” Konstabel Halim menegur dari belakang. “Kami bukan tak nak tolong, cuma kes ni baru berlaku pagi tadi, jadi kami tak ada sebarang maklumat yang boleh diberikan, tambahan pula cik berdua masuk main terjah je..siapa yang tak marah...” sambungnya lagi
Suzana tersengih kerang “hehe...maafkan saya encik, saya tak bermaksud nak menganggu tugas, saya harap encik faham tugas saya sebagai wartawan..” 

“saya faham tu..tapi cik pun kenalah faham tugas kami jugak...beginilah, cik berikan kad nombor cik...kalau ada sebarang maklumat, saya akan hubungi cik...cuma saya mintak... tolong jangan bocorkan rahsia saya yang bagitahu..boleh?”

“ooooo..boleh sangat tu....ini kad saya...kalau ada apa-apa klu, cepat-cepat bagitahu ye..” Suzana segera menyeluk tangannya ke dalam beg tangan lalu menghulurkan kad pada Konstabel Halim
Konstabel Halim mengerutkan dahi “eh ...ni kad pengenalan...cik nak suruh saya buat apa dengan kad ni...buat sup ke??” Dia cuba berseloroh

“eh...sorry..sorry.. ni kad nombor saya, kalau ada apa-apa bagitahu ya..terima kasih” Konstabel Halim hanya tersenyum kecil dan menganggukkan kepala. Suzana dan Kamal segera meninggalkan tempat kejadian.
.........................................................................................................................................
“hahahaha...kad pengenalan...hahahaha...” Kamal ketawa terbahak-bahak, ‘dashboard’ kereta di ketuk-ketuk sambil tangan kirinya menekan perut menahan senak. “kau nak mintak tolong dia fotostat kan kad kau tu ke..surat beranak tak nak bagi sekali??? hahaha” 

Suzana yang sedang memandu kereta hanya mendiamkan diri, sedang asyik Kamal mentertawakan Suzana, tiba-tiba Suzana menekan brek kereta. Kamal terperosok ke tempat letak kaki penumpang. “hah..padan muka kau, tu makan dia...gelakkan aku lagi.” Getus Suzana sambil memasamkan muka.
“alololo...masam nya muka dia, aku bergurau je lah. Kau ni lain kali jangan lah gelabah sangat. Rileks lah....” 

“aku tak sedar lah tadi, sapa yang tak nak tahu kes ni, Tan Sri Mickel tu orang besar kau tau ....billionaire Malaysia kot..” Balas Suzana sambil membetulkan gaya duduk yang sedikit berubah akibat brek mengejut sebentar tadi, cermin pandang belakang di betulkan juga, dari cermin tersebut dia perasan ada sebuah kereta BMW hitam mengekori dari belakang. 

Suzana menoleh ke belakang “eh, aku rasa kereta ni ikut kita dari tadilah, aku perasan kereta ni masa aku nk keluar dari simpang keluar rumah tu tadi..”

Kamal melihat pada cermin sisi kereta, dia mengeluarkan pen dan buku catatan kecil dari kocek baju lalu mencatatkan nombor pendaftaran kereta itu. Tiba-tiba kereta BMW meluncur laju memotong kereta yang di pandu Suzana...


“Berhenti..berhenti...!!!!!” 

No comments:

Post a Comment