Dec 25, 2010

level four story...4


Lima minit selepas loceng dibunyikan Lina dan Farish jalan beriringan menuju ke kantin sekolah. Langit pagi agak suram, angin bertiup segan.
"Hahaha...camne lah kau boleh terhantuk kat meja semalam...lawak giler doh..."
"ala..aku mengantuk sangatlah semalam, x boleh nak handle" Jawab Farish....Lina menekan perut menahan geli hati. "macam tembikai pecah bunyinya ...hahaha..." semakin menjadi gelak Lina, Farish mencebeng.
"gelakkanlah aku...gelak..sampai lumpuh pun takpe..biar puas hati kau"
"alala..Farish comel, jangan lah marah...aku gurau je hehe...kuci-kuci"...pujuk Lina. "apa kuci-kuci....ingat kambing ke ni? huh"

Di kantin, Aiman sedang menikmati Nasi lemak kegemarannya. Nasi disuap perlahan-lahan...sambil mata galak memerhati kiri dan kanan. "kemanalah budak dua ekor ni, kata nak jumpa kat sini...lambat betul" . gerutu Aiman.
"amboi-amboi..makan tak menyempat ye, tak tunggu kitorang pun" Farish menegur Dia dan Lina sampai membawa Nasi lemak masing-masing."nak tunggu korang berulatlah nasi lemak aku ni nanti. Lambat sangat..."balas Aiman. Lina mencebik"ewah-ewah...siap perli lagi tu, kitorang ada keje sikit lah tadi... bukan sengaja.."Kejadian Farish semalam menjadi tajuk perbualan. teruk Farish digelakkan oleh mereka berdua.sedang leka berbual, Lina ternampak kelibat Shafalina di kaunter bayaran. Cepat-cepat dia memanggil "Lin..Lin...." Shafalina menoleh, kelihatan Lina melambai-lambai tangan kearahnya. Makanan dibayar, dia bergerak menuju ke meja mereka bertiga.

"Salam...hai..baru nak makan ke?" Lina menegur ramah. "tak adalah, dia dah makan semalam..." Aiman menyampuk.
"eh....eh menyibuk pulak dia...." Lina menjeling, Farish ketawa tersenggut-senggut. "dah kau nampak dia beli makanan, baru nak makanlah tu...apa punya soalan lah kau ni"

"hehe..tak apa, ye..saya baru nak makan.." Shafalina menjawab. Farish mencuit paha Aiman. Aiman mengerling mengenyitkan mata, masing-masing berfikiran kuning. "saya selalu nampak awak bertiga makan disini, nak tegur segan pulak" Sambung Shafalina. "eh nak segan apa..join jelah kitorang, tak ada hal lah" balas Lina.
kurang tiga minit lagi loceng tamat waktu rehat akan dibunyikan. Namun mereka bertiga masih leka berceloteh. Macam-macam soalan ditanyakan kepada Shafalina. Dari tempat tinggal hinggalah kepada warna kegemaran. Lina lah yang paling excited sekali.
*****************************************************************
waktu riadah pada waktu petang memang sangat dinanti-nantikan oleh pelajar asrama. Pelajar lelaki akan turun ke padang bermain bola. Fary seperti biasa akan jogging dipadang.
"Fary..Fary..." Lina memanggil dari tepi padang
"hnnss...hnnss..nak apa?" tanya Fary, dia tercungap-cungap lelah. Terik mentari petang suram diselimut senja. Peluh yang menitik dilap.
"tadi pagi, aku Farish dengan Aiman terserempak dengan Lin kat kantin, kitorang ajak lah dia lepak sama. Macam-macam kitorang cerita hehe.."
Fary ternganga.....
"yeke...apa yang korang borakkan???"
Lina tersengih gedik "adalah..saje bagitau kau. Kalau nak apa-apa...cakap aje kat aku ye..tata titi tutu " "eh..eh..lina..lina....."Fary melambai, Lina berjalan laju tidak menghiraukan panggilan Fary. "heish budak ni....saje nak buat aku geramlah tu..."getus hatinya.

*******Assalammualaikum.... kehadapan saudari Shafalina. Izinkan saya bahasakan awak Lin. Saya suka nama awak. Nama secantik orangnya. Maafkan saya, andai warkah ini membuatkan awak kurang selesa, saya cuma ingin memberitahu niat hati untuk mengenali awak. Hati saya sudah tertarik pada pertama kali saya memandang awak. Saya suka melihat awak. Cara awak, tingkah laku, tutur kata. Saya terpesona. Bohong kalau saya katakan saya tidak terasa perasaan itu. Tapi, biarlah...biarlah kita mulakan dari bawah dahulu. Mungkin saya tidak seperti 'prince charming' awak, tapi..sekurang-kurangnya..benarkan diri awak untuk mengenali saya. Walaupun untuk sementara. Itu sudah mencukupi. Sifat fizikal bukanlah sebab utama kehadiran persaan itu, its just all about you....the way you are. get me blind. For old time sake, I was on edge. hopely Lin, sooner than later...you would grant my wish. Its sound a relief. Thanks Lin for being the one that i always think. ~~~~NukilanFarysa*******

7 comments: