Dec 2, 2010

jepun pemimpin raja

“jepun..jepun…lari…lari…” penduduk kampung berteriak menyelamatkan diri. Di selekoh kampung Changkat terdapat segerombolan tentera jepun lengkap beruniform dan bersenjata sedang bergerak menghampiri kawasan kampung. Suara-suara ketakutan kedengaran disana sini, penduduk kampung berselerakkan menyelamatkan diri. Bunyi das tembakan berselang seli dengan laungan “Allahuakbar…!!!” …..beberapa pahlawan kampung gugur dalam serangan yang tidak dijangka. Jumlah mereka yang sedikit tidak mampu menandingi kehebatan jepun. Setingkas manapun pahlawan menggunakan keris, tewas juga dek bidikan peluru dari laras senapang tentera jepun.

Selepas beberapa ketika, tentera jepun berlalu pergi sambil menyanyikan lagu kebangsaan Negara mereka, yang tinggal hanyalah suara esak tangis dari anak-anak kecil dan isteri-isteri pahlawan kampung yang telah terkorban dalam peristiwa berdarah itu. Era pemerintahan jepun di tanah melayu adalah sejarah hitam yang tidak dapat dilupakan oleh mereka yang hidup sezaman. Keganasan, kekejaman, anak gadis dirogol , penduduk kampung yang dibunuh sesuka hati merupakan antara pahit maung yang terpaksa mereka telan.
Lalu lahirlah pahlawan-pahlawan melayu yang telah termaktub dalam sejarah tanah air, bangun dengan semangat waja, menentang penindasan terhadap bangsa tanah tumpah darah. Berjuang berhabis-habisan siang dan malam tanpa mengira penat lelah hanya semata-mata untuk membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah. Demi masa depan anak cucu yang lebih terjamin.

Selepas 53 tahun merdeka. Negara membangun menjadi salah sebuah Negara yang disegani. Kehidupan masyarakatnya lebih teratur. Kedamaian yang dikecapi adalah berkat mereka yang terdahulu. Bangsa yang berbilang kaum bersama-sama menggembleng tenaga dan idea, menjadi teras kekuatan Negara. Berpayung di bawah langit yang sama dan berdiri diatas tanah yang tiada bezanya.

Perjanjian bersama dipersetujui sejak dari dahulu menjadi lambang perpaduan antara kaum. Tidak wujud penindasan ataupun penghinaan mengikut apa yang termaktub didalam perjanjian tersebut. Masyarakat berbilang bangsa menjadikan lapangan demokrasi sebagai platform untuk menyampaikan idea, pendapat mahupun pesanan. Institusi politik yang pelbagai menambahbaikkan konsep kebebasan bersuara dan bertindak.

Malangnya, apa yang termaktub…dilihat buruk sekali muktahir ini. Hasil dari salah faham, penyelewengan ataupun mungkin ketamakkan segelintir dari mereka. Gila kuasa, kemewahan menjadikan antaranya gelap mata. Hingga sanggup menggadaikan prinsip yang sedia ada. Bukan ianya tidak relevan. Cuma perlu ditambahbaikkan mengikut peredaran masa. Tidak perlu disentuh istilah siapa raja siapa tidak, kalau ianya lebih memburukkan keadaan. Kenapa tidak menumpukan usaha yang lebih terarah kepada kebaikkan, yang lebih dapat meningkatkan corak hidup masyarakat yang berbilang kaum ini. Antara sabda Rasululullah s.a.w “orang yang beriman itu bukanlah orang yang suka menuduh, suka melaknat, suka bercakap kotor dan keji”
Setiap perjuangan berteraskan prinsip, menjadi pemimpin baik di arena politik atau organisasi kedua-keduanya menuntut tanggungjawab dan kejujuran. Laksanakanlah dengan adil. Nama dan pangkat bersifat sementara. Jangan kabur dengan pujian yang melambung..kelak kita akan ditanya. Amanah yang dipikul seberat gunung yang dijunjung.

‘Tetapi sekarang sejak dia merasakan bahawa dirinya kaya dan wangnya cukup sudah untuk menjadi kuda menuju maksudnya, -ia sebenarnya miskin, miskin dengan handai sahabat yang jujur setia. Bahkan kian miskin dia dengan budi,-kerana ia sekarang sepanjang hari rintang disayang dan dipuji orang yang pandai bertanam tebu ditepi bibir. Demi kemiskinan budinyalah maka ia sekarang menjadi ...takbur!’
( Hamka, Tuan Direktur: 14 ).

“orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka dimuka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang maaruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar dan kepada Allah kembali semua urusan (S. 22:41)

“Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan, menganiayai diri sendiri kemudian ia mohon ampun kepada Allah mesti ia mendapati Allah maha pengampun lagi penyayang (S 4:110)

Kalau raja itu salah, betulkan mereka.. dengan baik…Cuma,jangan hidup megah dengan hanya mempersalahkan. Mengata itu dan ini, tiada kemana perginya. Sayangnya kedamaian ini jika dikucarkacirkan. Bimbang akan tiada lagi Ahmad dan Ah Chong pergi ke rumah Silva untuk menyambut Deepavali suatu hari nanti.

p/s:Jangan hilangkan islam untuk kepentingan peribadi

2 comments:

  1. orang beriman tidak akan bosan untk meraih manfaat berfikir, tidak brputus asa dlm mghadapi keadaan dan tidak akan pernah brhenti drpda berfkir dan berusaha.....:)

    ReplyDelete
  2. orang yang mementingkan kepentingan bersifat sementara, tetap akan berfikir, berfikir bagaimana untuk mengeksploitasi sesuatu, untuk kepentingan mereka=)~

    ReplyDelete